Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Pernikahan Fifi dan Feriz Omar



Pengacara terkenal, Fifi atau Noor Hafiza Saharuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Feriz Omar, 37, yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pada 8 Ogos 2008.

Selain menerima wang hantaran RM50,000, bekas pengacara rancangan Bersamamu TV3 itu juga menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 selain tujuh dulang hantaran berwarna emas daripada Feriz. Fifi, 25, pula membalas sembilan dulang hantaran berwarna perak antaranya sirih junjung, bunga rampai, kek, buah-buahan dan minyak wangi. Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Fifi, Saharuddin Othman, 56, di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada pukul 9.30 pagi.

Bibit-bibit percintaan pasangan itu mula bercambah pada penghujung Mac lalu sejak pertemuan pertama mereka di TV9 pada tahun 2006. Ketika ditemui selepas majlis akad nikah itu, Fifi dan Feriz tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kerana kelancaran majlis tersebut.

“Syukur pada Allah kerana majlis pernikahan kami berjalan lancar, doakanlah agar jodoh kami kekal selamanya. Fifi sudah buat keputusan, selepas ini akan lebih fokus kepada keluarga dan bidang pengacaraan. Untuk lakonan, insya-Allah drama Qasidah Buat Laila adalah yang terakhir Fifi lakonkan,” katanya.

Majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini pada 17 Ogos 2008.

Pasangan tersebut kemudiannya akan bertolak ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk berbulan madu sambil mengerjakan umrah.

Dari pengacara, Fifi bergelar pelakon pula setelah muncul dalam drama bersiri Tentang Bulan. Dalam Tentang Bulan The Series arahan Mazri Mustafa itu, Fifi berlakon sebagai guru di sebuah sekolah di kampung.

Kredit foto dari: Minaq Jinggo Fotopages

Untuk gambar perkahwinan Fifi, sila layari:

http://budifoto.blogspot.com

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Majlis Persandingan Fifi & Feriz
  • Fifi Selamat Lahirkan Anak Sulung
  • Gambar Pengacara Fifi & Suaminya Feriz Omar di AJL23
  • Gambar Fizo Omar & Ibu di Makan Malam Hari Ibu Rafflesia
  • Gambar Fizo Omar di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Gambar tunang Ning Baizura, Omar Sharif Christopher Layton Dalton
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10
  • Gambar Kahwin Zizan Nin dan Farahdhiya Mohd Amin



  • 3 Komen untuk entri “Gambar Pernikahan Fifi dan Feriz Omar”

    1. naNaku kata:

      congrats fifi….hope suami dpt jg dgn baik… ;) nmpk comeyyy ar…hehehheheh :)

    2. sir with love kata:

      cute la

    3. Hakim fifi | Atriumforum kata:

      [...] Gambar Pernikahan Fifi dan Feriz Omar | Sensasi Selebriti | BeritaPengacara terkenal, Fifi atau Noor Hafiza Saharuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Feriz Omar, 37, yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pada 8 Ogos 2008. … Norman Hakim (15) [...]

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK