Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Perkahwinan Mawi dan Ekin – Hantaran Dari Nas



Selamat pengantin baru buat Mawi dan Ekin. Semoga bahagia ke hujung hayat. Sebagaimana korang tahu, Budiey tak dapat dijemput ke majlis perkahwinan mereka, jadi, diorang suruh Budiey pinjam gambar dan artikel dari media lain.

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Asmawi Ani, 27, atau Mawi hari ini sah bergelar suami kepada Nora’ Asikin Rahmat, 29, atau Ekin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih gading tajaan Butik Cosry, majlis akad nikah disempurnakan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan empat orang saksi termasuk penyanyi Akhil Hayy mewakili keluarga Mawi dan pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah bagi pihak keluarga Ekin.

Majlis dimulakan apabila rombongan pengantin perempuan membawa masuk 11 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan, kasut, dompet, tali pinggang, sejadah berserta songkok, al-Quran, cincin, set pewangi, buah-buahan dan sirih junjung.

Ia diikuti rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran berupa al-Quran, cincin, tas tangan, kasut, jam tangan dan alat solek, pewangi, kek, sirih junjung serta wang hantaran berupa cek bernilai RM30,000.

Walaupun raptai majlis tersebut diadakan sehari sebelum upacara itu, Mawi dilihat agak berdebar tetapi dapat melafazkan akad nikah dengan lancar.

Sebaik sahaja akad nikah selesai, Mawi diberi peluang membaca taklik dan seterusnya melakukan sujud syukur bersama imam masjid berkenaan, Mahadir Yahya.

Majlis menjadi agak lucu apabila Mawi kelihatan kekok dan terus ketawa apabila diminta jurugambar untuk mencium dahi isterinya selepas sesi menyarungkan cincin bagi membatalkan air sembahyang serta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50.

Bagaimanapun suasana sedikit hiba apabila Ekin mengalirkan air mata ketika mendengar pesanan ibunya, Fatimah Saad.

Upacara akad nikah itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis lebih dua jam bermula pukul 10.30 pagi.

Ini merupakan majlis pernikahan artis kedua yang disiarkan secara langsung selepas majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada 21 Ogos 2006.

Pada sidang akhbarnya, Mawi berkata, beliau amat gembira kerana akhirnya bergelar suami kepada Ekin selepas melalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan mereka.

“Sebelum ini kami menghadapi macam-macam dugaan tetapi akhirnya kami disatukan juga sebagai suami isteri,” kata Mawi yang akan melantik Ekin sebagai perunding imej dan pengurusnya.

Kata Mawi, antara faktor yang menambah perasaan sayangnya terhadap Ekin ialah apabila melihat pengorbanan isterinya yang tabah menghadapi tekanan ketika dikecam oleh segelintir pihak.

Ekin yang akan membuka butik busana Muslim selepas perkahwinan berpendapat, dia membuat keputusan yang betul memilih Mawi sebagai suaminya walaupun penyanyi itu turut dilemparkan pelbagai tuduhan.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) malam ini dengan 1,500 tetamu. Majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember ini di Felda Taib Andak, Kulai. -Utusan Malaysia

 “Dihina, dikutuk dan dikecam, namun kasih Ekin tetap kepada saya.’’ Mawi atau Asmawi Ani, 27, mengungkapkan kata-kata itu ketika menceritakan semangat kental isterinya, Ekin atau Nor’Ashikin Rahmat, 29, semasa menghadapi pelbagai dugaan alam percintaan sehingga terpaksa berlinang air mata.

Menurut Mawi, ketabahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Ekin itu amat disanjunginya.

“Kami hadapi macam-macam dugaan sejak berkenalan. Terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan termasuklah dihina, dikecam dan dikutuk tetapi dia wanita yang kuat, walaupun hari-hari dia berendam air mata,’’ cerita Mawi.

MAWI dan Ekin melambai tangan kepada para peminat selepas majlis pernikahan mereka di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru semalam.

Mawi berkongsi kegembiraannya selepas dia dan Ekin selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Sultan Abu Bakar di sini semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan disaksikan oleh Kadi Daerah Johor Bahru, Syeikh Husni Tamrin Md. Sharif dan Imam Mahadi Yahya.

Tepat pukul 11.40 pagi, dengan hanya sekali lafaz dan mas kahwin RM22.50, Ekin sah menjadi milik Mawi.

“Ini perjalanan baru kami. Harap semua pihak doakan kami kekal hingga ke akhir hayat,’’ pinta Mawi.

Sementara itu, Ekin pula menganggap perkahwinan itu adalah hadiah atas segala kesabarannya selama ini.

“Saya rasa mengahwini Mawi adalah satu keputusan yang tepat. Mencintai Mawi kepada saya bukan satu kesalahan, sebab itu saya beranikan diri untuk meneruskan hubungan kami sehinggalah berkahwin,’’ kata Ekin pada sidang akhbar selepas majlis akad nikah semalam. – Kosmo

Detik-detik yang mendebarkan bagi pasangan pengantin Mawi-Ekin telahpun berlalu. Tentunya orang yang paling gembira di saat ini kerana segala yang dirancang berjalan lancar ialah wedding planner Nas Andika.

Nas merupakan penggubah hantaran kedua mempelai – 9 daripada pihak Mawi dan 11 hantaran dari pihak Ekin dan juga pelamin.

Selain hantaran, tuan punya butik andaman Nas Great Idea, telah ditugaskan membuat pelamin persandingan untuk majlis malam ini di Stadium Tertutup Johor Bahru (MBJB) dan Hotel Palace of Golden Horses pada 11 Januari 2009.

Elemen Jawa diambil kira dan sentuhan Nas dapat dilihat majlis resepsi kedua pengantin ini nanti.

Bagi pelamin persandingan di MBJB, Nas mendapat ilham untuk memberikan konsep bingkai-bingkai gambar yang besar disulami jambangan bunga ros yang cantik bersama chandelier.

Sementara tema Arab pula menjadi inspirasi bagi persandingan Mawi-Ekin di Hotel Palace of Golden Horses.

Hantaran berwarna hijau muda pilihan pihak lelaki. Bunga melur dan anyaman berupa daun palas melambangkan si pemberi berasal dari Jawa.

 

Pelamin indah yang direka oleh Nas memang nampak begitu unik dan menarik sekali.

Hantaran berwarna merah jambu pilihan Ekin diberi sentuhan kreatif oleh wedding planner Nas.

Hantaran dari Ekin – kasut warna biru laut jenama Gucci untuk suami tersayang.

Seputih salju kek pemberian dari Ekin. Warna kelopak mawar merah jambu menaikkan lagi seri kek ini.

Unik sekali hantaran yang digubah oleh Nas. Ini adalah hantaran dari Mawi untuk Ekin

Semalam berapa round?

Diketuai oleh Ustaz Dini

Happy nyer Mawi dan Ekin. Bulan Madu kat Korea & Syria dih

Seiringan sejalan dan sepasukan

 

Yeay, Mawi menjadi hak aku sepenuhnya. Korang jangan rampas

 

Hantaran yang diberi oleh kedua pengantin unik dan menarik. Merah jambu dan hijau muda warna pilihan.

Lambaian dari kedua pengantin baru. Bermulalah episod baru dalam kamus hidup Mawi-Ekin sebagai suami dan isteri.

Kucupan pertama dari seorang suami. Pihak media tidak ketinggalan mengusik Mawi dan Ekin ketika foto dirakamkan.

Kau bukan milik mak lagi Ekin, kau dah jadi milik Mawi… uhuk uhuk uhuk

Lihatlah dunia, inai di jari kami

 

Hanya sekali lafaz sahaja Mawi sah menjadi suami Ekin

Aku terima nikahnya…

Semoga aku bahagia bersama Ekin, Ya Allah…

 

Mawi-Ekin begitu teruja di majlis perkahwinan mereka.

Cantik tak cincin nikah kami? Mawi-Ekin akan melayari bahtera yang baru dibina. Kedua pengantin mengharapkan doa restu dari peminat mereka.

Sah bergelar isteri. Ekin mengucup tangan suami penuh hormat.

Raja Sehari meninggalkan perkarangan masjid diiringi rombongan dari kedua belah pihak.

 

Selamat tinggal semua… malam ni kami boleh tidur sekatil dah… jangan jeles..

Bye Bye.- sumber foto MstarOnline

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Gambar Pra Perkahwinan Mawi dan Ekin
  • Photo Aein & Ekin Bakal Tunang Mawi @ Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana
  • Petanda ‘Sesuatu’ Di Sebalik Tragedi Pembawa Hantaran Ekin Jatuh Pengsan
  • Menjelang Sidang Media Perkahwinan Mawi – Ekin Hari Ini
  • Gambar Mawi & Ekin di Open House Aidilfitri Astro
  • Gambar Bayi Anak Mawi Bernama Cahaya Malaika
  • Mawi Mengaku Cinta Ekin Wanita Paling Istimewa
  • Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event



  • 73 Komen untuk entri “Gambar Perkahwinan Mawi dan Ekin – Hantaran Dari Nas”

    1. sape ntah kata:

      wei ikin hantaran2 pink nih duit ko sdrik ke? klo stakat nk fight siti tp ko bli pkai duit mawi bek xyah.ko ngaku jela badan ko tuh dari a smpi z klo x sbb mawi ko xmewah cm tuh la.ingt sikit kemamuan diri sdrik.jgn nk ngikis, ok?

    2. Honeybee kata:

      Alhamdulillah .. congrats ..

      …. cara Ekin ‘mnadah tgn’ msa brdoa .. hmm ..’smacam’ je ..

      http://www.youtube.com/watch?v=Pfk9MQ7s5gc

    3. eiyla comey kata:

      hm…apa pn dh sah suami istri…dok leklok jgn gado2 na mawi ekin…smoga cpt2 dpt ank erk!!!!!!!!!!!!!!amin…

    4. Honeybee kata:

      Budiey .. x lah cmtu ..X leh nk salahkn Mawi dlm hal ni .. I bet dia pun rsa srba salah- byk pihak nk kna fikir n byk pihak gak yg uruskn mjlis nikah dia ni .. nat wat camna kan .. sabar je lah n b profesional ek…

    5. kit kata:

      alah…Astro yg lorat..ngade2 xnak kasik media2 lain cover the wedding. Konon2 hak eksklusif diorang si mawi ni…

      patutla tgk kat newspaper either english or malay, sume tulis berita kecik je…x sehangat siti..

      anyways, congrats to mawi n ekin.

    6. Itsme kata:

      Phew! Thank God it’s over….! I mean the wedding not the marrriage….! :-)

    7. Obefiend kata:

      @itsme

      i will only say PHEW when the wedding is over.. 2 years max.. mark my word

    8. Honeybee kata:

      Mende lh korang ni – esp Obe…. nk lawan kuasa Allah swt ke? Wat if org ckp cmtu kt ko.. kawin kng .. stahun je!

    9. june kata:

      wahhh berseri seri pengantin..all the best…

    10. Teresa kata:

      Eleeee…….memang patut la Ekin tu buat tak tau je apa yang orang kutuk …Maklum la nak dapat Mawi . Tabahkan diri aje la apa je orang nak kata . Bukannya cantik pun ….macam muka tak ikhlas je .

    11. Teresa kata:

      Kalau Mawi tu penarik beca nak ke tidak ….Konon cinta ..

    12. mita kata:

      x gmpak lngsung kauorg punya mjlis da………………….. jgn blkangkn media, tnpa media kau x diknali la

    13. Tabuan kata:

      Teresa kata : Kalau Mawi tu penarik beca nak ke tidak ….Konon cinta ..

      Aku lak kata : Rasa2 mu.. Kalau Datuk K tu pakcik security jaga bank CT nak tak ?

    14. Tabuan kata:

      Budiey kata : Hantaran berwarna hijau muda pilihan pihak lelaki. Bunga melur dan anyaman berupa daun palas melambangkan si pemberi berasal dari Jawa.

      Aku lak kata : Salah tu….Sepatutnyer.. anyaman berupa daun palas melambangkan si pemberi berketurunan Jawa ler..
      Kalo Si pemberi berasal dari Jawa.. makna nyer Si Mawi bukan Mat Msia tapi dah bunyi mcm Wak Kang dari Jawa lak.
      kekekekeke !

    15. pepcoy kata:

      sebab dah biasa sangat tengok dia rang dua ni bergambar sama dah takde serinye pengantin ni ek….yg kesiannye mawi ni nak puji isteri pun beragak lah.kena kutuk atau keji tu kan dah adat orang nak glamor.biasalah.
      ina dulu lagi hebat tak pulak kena puji.buat tak tau ade ler.doakan tak lah sebab tak minat tapi ingat je lah langit tak selalu cerah.jadikan hidup artis lain yang hancur sebagai tauladan…….

    16. zarin kata:

      betul kata HB… ramai sgt org-org belakang Mawi…. sebagai pengantin , “kita” inginkan yg sempurna utk semua org…. tak lama lagi Budiey pun akan lalui ini semua… percaya kata saya …. nobody perfect, .. apa lagi org popular spt mawi ni….

    17. bleumoon kata:

      Whats wrong wt u obef..? Y u r so sarcastic.. So annoying.. Dont make people irritating on u.. Libey2 kutuk plak.. Got bad experience wt ekin ker? Patut lerR..

    18. bleumoon kata:

      Mawi&Ekin, sama cantik, sama padan, bagai pinang d belah 2.. Sejahtera hendaknya hingga ke akhir hayat.. Honeymoon kt korea? Ooo.. So romantic.. Jeles mak..

    19. N_90 kata:

      congrats mawi_ekin,,mawi ttp world…….

    20. daniel sebastian kata:

      abang mawi dan akak ekin…. adik nk ucapkan
      SELAMAT PENGANTIN BARU.
      SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU.
      biarkan ape org nk ckp, abg & akak tetap dihati..
      muuuuaaakkkkssss….

    21. amy kata:

      Dah puas kutuk CT…sekarang beralih pulak kutuk mawi. Lepas ni siapa pulak kena kutuk. Sampai ada yang meramal 2 tahun boleh bertahan. Apa punya doa daaaa…

    22. itsme kata:

      Mabruk ya Mawi & Ikin…! Selamat Pengantin Baru dan semoga berkekalan ke anak cucu Insya Allah.

      ** Oh no…Adebayo got sent off…!!**

    23. june kata:

      pic2 ni ekin nmpk lebih matang dari mawi..kwn sya berbangsa asing..yg tk kenal siapa meka2 ni komen “she look like his elder sister” apapun ajal maut jodoh pertemuan di tgn tuhan..kita doakan yg terbaik untuk mereka…

    24. nita kata:

      doakan yang terbaik jer buat mereka tak ada ruginyer mendoakan yang baik2 untuk mereka…semoga allah swt merahmati jodoh mawi dan ekin.no one is perfect except allah…

    25. yanz kata:

      aku x paham tul dgn org2 yg dok kutuk2 & hina si ekin dpt kawin mawi ni.aku ni pun x ler minat dgn dia org ni tp sebagai muslim, korang patutnya percaya pd qada’ & qadar. dh ketentuan Allah s.w.t yg jodoh dia brdua. kita harap yg trbaik jelah kan. apa yg nak didengkikan sgt. korang yg kutuk ni jeles kot x dpr tackle mawi…hihihihi…

    26. ayang kata:

      i pun bukan nya peminat fanatik Mawi, tapi i x lah nyampah sgt..tp i tgk Budiey nie semacam je ngan mawi…klu anti pun jgn la ckp yg bukan bukan…doakan je org yg dirikan masjid supaya kekal ke akhir hayat..

    27. mulan kata:

      aku pun bla baca statement budiey bla dia kata artis diva yg poyo….aku rase si budiey ni x berbudi bahasa la dari segi kata….
      aku rase pasal kekecohan majlis mawi ni melibatkan antara stesen tv…
      aku rase arr..tv3 ni kecoh arr…dulu mase siti nurhaliza kawin diorg yg lebih2 wat siaran…kalau nak diikutkan siti nurhaliza tu lahir dari bintang rtm…jadi rtm yg sepatutnya mendapat hak utk buat liputan meluas majlis perkahwinan siti nurhaliza…nie x tv3 yg lebih2….

    28. awex cunz bangat kata:

      entah nyerrr…..

    29. Tabuan kata:

      Biasalah tu… Dulu TV3 buat siaran langsung untuk Si CT.. now giliran Astro untuk Mawi pulak.. Janji dorang dpt $$$$$$$$$$$

      Ada manusia… WANG BOLEH MEMBELI SEGALA NYER TERMASUK MAJLIS PERKAHWINAN…

      Mudah2an dgn majlis yg se gah gah gah nyer ini berkekalan hingga akhir hayat.. Ameen !

      ~ Money makes the world goes round ~

    30. Junid Abdullah kata:

      Tahniah dan slmt pengantin baru…buat Mawi & Ikin…tapi banyak orang tak puas hati knape?

    31. datin K kata:

      wartawan x payah kutuk..bak kata budiey..x payah pergi awal-awal..kan senang…x letih…x kena halau..wartawan kan ada kuasa macam kes fasha sandha dulu..

    32. vip2ve kata:

      semoga berkekalan….

    33. Insan kerdil kata:

      Kpd Mawi & Ekin……Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat…….
      SELAMAT PENGANTING BARU………Tapi saya tengor you berdua memang x sepadan ….. tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana…..Terima sajalah…..walau apa pun orang nak mengata atau mengeji………

    34. nyah kata:

      hello…korang nih xabis2 bangga ngan siti tu pasal ek?.. siti yg kaya tu kawin pun ditaja.. pastu ambik husband org lagi…huh..

    35. shida kata:

      SELAMAT PENGANTIN BARU.SEMOGA BERKEKALAN HENDAKNYA.

    36. MOHD ISMAIL kata:

      slmt pengantin baru mawi n ekin .semoga kekal ke akhir hayat.semua perkara yang belaku di atas muka bumi dengan izinnya.amin.

    37. rose_aidawatiez kata:

      nyampahhh…aku kenal la ekin tu sapee..

    38. rose_aidawatiez kata:

      nyampahhh…aku kenal la ekin tu sapee..

    39. shaizwanira kata:

      ekin,dak jb yg…tuttt!!mawi dah tsialp buat pilihan kott..dye tak slidik sape ppuan tuh sbnar..n ekin,pandai ngan lakonanmu..tahniah!pandainye dpan mawi ko berlinangan air mata..ape2pown..jgn arap aku akan doakan yg tbaik utk korg..ekin bkass…tut!!

    40. salm0n kata:

      ala 0wg kal0 ta dpt jmptan kwen mmg cmtu,
      kc0h.
      kal0 dpt,diam la nnt.
      cm baby ta dpt susu,
      memekak jek!
      ;p
      pape p0n,
      kal0 ekin baek ker jaat ker,
      kkis harte ker,
      bi0r la.
      bkn hrte nenek kaw!
      abs cter.
      samat penganten baru MAWI n EKIN.
      hik3.
      =D

    41. Dila kata:

      Salam…
      ramainyer ngutuk2 ye..hehe…takpe demokrasi kn…rakyat berhak bersuara…tp agama jgn lupe yek….
      Tak kisah la suka ke tak, doakan yang terbaik jek…moga mawi n ekin kekal ke akhr hayat. moga bahagia…mendoakan org bahagia kn lebih baik dari mendoakan keretakan…ye kawan2..hehe….renung2kan la & selamat beramal..haha

    42. peminatmawi kata:

      selamat pengantin baru mawi dan ikin..sye doakan smge kekal higga ke akhir hayat..yg korang dok kutuk2 wt dosa jerk..dorg da sah jd suami isteri…korang jeles ke…cri kelemahan sndiri jgn cri kelemahan owg laenn!

    43. liza kata:

      kawin juga akhirnya…..baguslah…….

    44. mawar kata:

      erm..macam2 hal le..nnti aku kawen, nk msuk TV gak, bleh..?haha.. :p xkesah le ape pn, mga bhgia mawi-ekin ek.. :)

    45. as kedah kata:

      semoga mawi n ekin bahagia ke akhir hayat amin….jgn la kutuk diaorg.cantik lg ekin dari korang yg duk mengutuk

    46. teheee kata:

      shaizwanira kata: ekin,dak jb yg…tuttt!!mawi dah tsialp buat pilihan kott..dye tak slidik sape ppuan tuh sbnar..n ekin,pandai ngan lakonanmu..tahniah!pandainye dpan mawi ko berlinangan air mata..ape2pown..jgn arap aku akan doakan yg tbaik utk korg..ekin bkass…tut!!

      komen aku; org JB sume ckp bende yg same eak? “ekin pandai blakon”. aku rase la kan pttnye, “Ekin & Family pandai berlakon!” haaaa. bru btol. jgn jeles, dulu keje kat tmpt askar bole beli rumah CASH untok anank2 sorg 1, U!

    47. Rosela kata:

      Alhamdulilah mereka dah di satukan sebagai suami isteri yang sah!. Tak sangka ramai benar orang tak suka dengan mereka. Walau apa pun di ucapkan “Selamat Pengatin Baru” dan bahagia ke akhir hayat. Amin.

    48. ummie cute kata:

      Klau aku d tempat ekin pun..aku sanggup pekak kan telinga dan butakan mata..ye la..dpt laki jutawan woooooooooooo…….menangis smpai bengkak2 mata pun nanti dpt gak upah dari Mawi..iye tak????

    49. yatie_7 kata:

      semoga mawi dan ekin berbahagia sampai keanak cucu dan di harap ekin tahan menarima kutuk dari orang yang sakit hati kat ekin

    50. babysayang_1970 kata:

      Orang yang suka kutuk orang tu adalah orang yang tidak percaya qada’ dan qadar Allah swt. Macam dia orang tu perfect sangat. Coba la tengok sisi kain sendiri dulu… ada koyak ke tidak..? Sakit hati kat Mawi dan Ekin ni.., apa hal??? Dah jodoh dia orang. Walau apa pun orang nak kat kita tetap doakan semoga Mawi dan Ekin berbahagia hingga ke akhri hayat… AMIN…

    51. nad kata:

      semoga ekin ngan mawi kekal hendaknya
      amin
      hidup ini penuh dugaan
      hehehe

    52. smile kata:

      selamat pengantin baru gak lah……mawi ada kuota 3 lagi..huhuhu…..

    53. yuyun kata:

      mawi n ekin semoga bahagia.semoga berkekalan hingga keakhir hayat.

    54. nor kata:

      erm..semoga bahagia la ye mawi dan ekin…nanti i kawen pun nak wat wedding of the year jugak la…

    55. aziey kata:

      ikin kira bertuah ler dpt mawi tapi sebagai seorang isteri kena faham suami.ikin jgn abaikan tgjwb awak.buat yang terbaik.2 semua rezeki ikin.tahniah atas segalanya

    56. zaman kata:

      ikin 2 bukannye alim pon….dh la baju ketat2…pakai tudung lps kwn ngn mawi……ish…ish….ish…mawi…mawi…

    57. sayang kata:

      mawi saya suka sgt kt awk….pasangan awk 2 mmg secocok,ikin….npe ikin x pakai tudung betul2 waktu honeymoon????tlg la jelaskn…..

    58. what ever kata:

      mawi betul ke ikin 2 cinta&syg kt mawi?????hantaran ikin 2 spe yg byr????

    59. choco gurlz kata:

      Dengarnya…: Beri betis nak paha pula!

      NAK tergelak juga apabila Cik Normah cerita yang seterusnya ini. Bayangkan apabila diberi kepak ayam tapi nak seekor ayam. Kisahnya begini, adalah seorang selebriti yang entahlah Cik Normah nak tafsirkan artis ke tak.

      Iyalah, baru saja berlakon satu drama, namanya mula meledak apabila digosipkan dengan lelaki yang bertakhta di hatinya kini. Dah tu, dapat jadi duta produk kecantikan. Senangkan, bakat tak ke mana, tapi boleh popular begitu saja. Tak apalah, sudah rezeki dia dan Cik Normah tak nak ambil peduli pun.

      Ketika majlis perkahwinannya berlangsung, memang pasangan ini mendapat tajaan ramai pihak. Yang si selebriti perempuan ini turut mendapat tajaan sebuah gedung tekstil. Lalu, dia pun mengangkut apa saja kain yang berkenan di hati untuk hari bahagianya. Nak dipendekkan cerita, selebriti ini turut mengambil kesempatan mengambil kain untuk kaum kerabat, ahli keluarga dia lah. Gitulah kan apabila diberi betis nak paha.

      Iyalah, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Dah orang nak taja kan. Tapi kenapa sampai begitu sekali perangainya? Buruk benar Cik Normah tengok perangai dialah.

      Bukan itu saja, Cik Normah dengar selebriti perempuan ini juga suka menabur janji kosong dengan pereka fesyen. Bayangkan apabila sudah berjanji nak menggunakan khidmat pereka fesyen A, dia boleh berjanji pula nak pakai pakaian tajaan pereka fesyen B.

      Cik Normah ada pereka fesyen yang sudah serik nak berurusan dengannya lagi. Lebih baik si selebriti ini jadi suri rumah tangga cukuplah. Tapi tak boleh juga kan nak terperuk di rumah saja sebab dia sekarang sudah diibaratkan seperti pembantu peribadi suaminya.

      ***adakah berita gossip ini forward kepada Mrs. Mawi (Ekin)???

    60. nie aku kata:

      habislah mawi klu ekin jd pembantu peribadi dia, bkn aper kan ekin tu kan minat fesyen habis nanti di fesyenkan mawi.. ape2 pn dh sah2 laki dia lantak lah dia nk gredkn laki dia camner jgn jd mangsa fesyen udah…

    61. june kata:

      choco gurlz citer pasal sapo tu eh..

    62. choco gurlz kata:

      tah, aku rasa cam cerita pasai mawi ngan ekin…sebab dia punya klu-klu tu cam kena jaa…sebenaqnya berita tu keluaq kat paper berita harian hari rabu baru-baru ni…bila baca, rasa cam tau sapa empunya diri…tapi kalau aku salah, mintak mahap la naa… :-) …sebab la ni banyak sangat cerita yg tak dinyatakan sapa punya empunya diri pada satu-satu berita tu…ni bukan kutuk mawi ngan ekin yer…cuma nak mengutarakan pendapat jaa…nama pun tinggai komen, kan…

    63. nie aku kata:

      aku rase ikin nk dgn mawi br pki tudung kot bkn kerna dpt mimpi, cuber fikir, kn byk org tanyer ape mimpi yg dia dpt tu tp dia kater biarlah dia saje yg tau.. yealah mawikn nk gadis yg bertudung klu dpt isteri x pki tudung mesti byk org mengata, apelah salahnyer lps kawin br pki tudung dan beri alasan pki tudung kerana suami, kn best sikit denga mungkin kiter kt sini pikir alhamdulillah mawi pandai mendidik isteri menjadi org yg solehah.. alah ikin xyah nk plasticklahh..

    64. junejb kata:

      korang nie perhal arr kn..suke sngat ktuk2 org..apsal..ko ingt ko tue bgus sngat ker nk ktuk2 org cam tue arr..relax arr beb ekin n mawi slamat menjlni mlm pertma dgn baeek..korng plak kecoh2 kt luar..tp ekin ko krektr ko jgn arr plastc sngat..org menympah beb..maner arr org xbnci kt ko 1fmly..wlaupn Ekin tak **R**N tp berbaloi beb dpt hntaran masyuk dr mawi..per2 pn aku still wish yg baik2 nye kat mawi n wife..tp jgn mimpi arr aku nk vote korng laki bini k….

    65. ieda_90 kata:

      wow psangan romantik giler2……………..
      cute sgat2 ler…………..

    66. ape ape ntah kata:

      oii ‘sapa ntah’! bangang betol ko ni, tau la jeles xdpt kawen ngan mawi. ko tu bkn stakat buruk smpai mawi xnak, busuk ati pulak tu. dh ikin tu isteri, mmg laa mawi yg tanggung. kalo die nk bayarkn dulang2 bg dua dua pihak, ko jeles ape kes? dah die bnyk duit! cantikkn dulu hati tu, pastu repair sket muka, baru ade can nk dpt husband kaya n hensem .. muhahahhaahah

    67. janna kata:

      aq pmint mawi dri dlu…
      walaubagaimane purn aq doakan korang bahagia smpai akhir hayat…
      ekin jga bek2 mawi 2 agr x jtuh d tngn aq pulk..
      hehhehehehe…

    68. fa_Ra jB kata:

      wahhhhhh……….tahniah ekin dan mawi…..grand giler r mjlis diorangggg…

    69. amiraedora kata:

      sungguh indahnya perkhawinan mawi-ekin tuuuu….. comelnya

    70. ape ape ajer kata:

      hm… sama padan ekin ngn mawi.
      pmpuan yg baik adalah utk lelaki yg baik2 shj. tahniah ina krn dpt lelaki yg lbh baik dr mawi. aku x prnh minat langsung mawi ape lg ekin. pd aku 2-2 xde bkt. aku dok jb, umah aku xde astro so lgsung xknl mawi. dok jb ni best, mcm2 chanel ader. stat knl mawi mase interview rtm ngn ina dulu. aku negk mawi mse tu cam beruk terkinja kinja. so disgusting. klau jd artis takat artis sms jer… umah aku xde astro pun xpe. 1st time dgr mawi nyanyi lagu aduh saliha, terkezut mak… camtu rupanya juara AF.
      lg 1, mawi kta dia hargai ketabahan dan pengorbnan ekin, tp dia langsung x hargai pengorbanan tunang dia ina dulu. nampak sgt mawi ni plastik. dpt bini pun plastik. si ekin tu dulu sllu kene angkut ngan tut… x leh ckp nti kene pancung kpala. huhu..
      so korg brdua mmg padan kawin. sama2 plastik.

    71. ena.... kata:

      smoga bhgia hnga ank cucu…..

    72. natra binti shahrin kata:

      wah nampak meriah majlis perkahwinan ikin dan mawi

    73. anis kata:

      mawi ko ni de otk ke tk,kesian la kat ina,ikin ni pun satu dok kbs laki org tu phl?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK