in , ,

Gambar Penyanyi Krista Kleiner di Anugerah Industri Muzik 19

Budiey pasti ramai yang tertanya-tanya, siapalah artis wanita bertaraf antarabangsa berbadan cantik dan langsing persis model atau Miss World yang hadir semasa sesi penyampaian anugerah berkepit dengan Rosmin Hashim (RIM) masa Anugerah Kembara… Budiey pun tertanya-tanya siapa dia ni, seawal pertemuan di sidang media AIM19 yang lalu.

[dropcap]O[/dropcap]kay, baiklah. Samada korang kenal atau tidak, Budiey perkenalkan sekarang. Namanya Krista Kleiner atau lebih dikenali sebagai Krista K. Beliau bukan calang-calang orang ya, beliau adalah seorang international recording artist song-writer. Melihat pada wajahnya, Budiey dapat meneka beliau berdarah campuran dan memang betul dia ada campuran Amerika-Filipina. Patutlah cantik.

Segala info pasal Krista K ada di SINI.

Bukan sembarangan jugak, sebab Krista K ni menggalas tugas sebagai penyampai anugerah untuk Anugerah Kembara yang dimenangi oleh Mizz Nina di AIM19 bersama Rosmin dari RIM.

Muncul di pentas antarabangsa seawal tahun 2010, Krista K melayarkan sayap bakat nyanyiannya di seluruh Asia juga. Debut single Krista K berjudul “Feels So Good” pernah diperkenalkan Malaysia dan kini popular di Philippines dan Singapore.

Muncul penuh gaya pesona persis ratu di karpet merah, Krista K yang memakai busana rekaan Cosry ini telah memukau khalayak yang berada di sekitar karpet glamor termasuklah jurugambar yang ada. Kemunculan Krista K di karpet merah juga menimbulkan tanda tanya, siapakah wanita berbadan mantap dan gempak nih?

[pullquote align=”right”]Memang body Krista K ni meletop habis![/pullquote]

Oh ya, Krista K sangat bertuah dan juga berterima kasih kepada Cosry kerana pakaian yang dipakainya untuk acara karpet merah dan semasa jadi penyampai sungguh anggun dan selesa.

Budiey dikhabarkan Krista K kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya di Malaysia. Beliau harap agar orang Malaysia dapat menerima kehadirannya di sini.

Terbaru, Krista akan perform di Crissa Jeans Dance Competition Event, Manila dan pada 6 Disember nanti dia akan mengacarakan red carpet Screen Singapore 2012 at Marina Bay Sands. Pergh! Terbaik gak ni.

Gambar Krista Kleiner di Anugerah Industri Muzik 19

Krista K AIM19

Krista K AIM19

Krista K AIM19

Krista K AIM19

Krista K AIM19

Krista K AIM19

Krista K AIM19

Krista K AIM19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fesyen Yuna di Anugerah Industri Muzik Ke 19

Gambar Roslan Shah Berkepala Botak di Karpet Merah AIM19