in

Gambar Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0

Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0

aishah

Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.

Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program “Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah” di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

We Not Naughty

Lagu Bebas The Azenders Lagu OST Filem JIWA TAIKO