in , ,

Gambar Pengambaran Video Klip Semalam Tanpamu KRU Feat Stacy

Pada 6 Mac yang lalu telah berlangsung penggambaran klip video “Semalam Tanpamu”, KRU feat. Stacy.

“Semalam Tanpamu” merupakan salah sebuah lagu yang terdapat di dalam album terbaru KRUnomena yang dilancarkan pada 31 Januari 2013. Single ini semakin mendapat tempat di hati peminat apabila sering diputarkan di stesyen-stesyen radio tanah air.

Album KRUnomena memuatkan 10 lagu kesemuanya seperti Setiap, Semalam Tanpamu, Kesejatian Cinta, Separuh Mati, Sediakala, Lagu & Lirik dan Kali Ke-2. Tiga lagu popular yang turut dimuatkan di dalam album ini adalah Ganas (2011), Tiga Kata (2012) dan Wanita (2012).

Stacy 4

[dropcap]K[/dropcap]lip video “Semalam Tanpamu” menjalani penggambaran di Carcosa Seri Negara dan diarahkan oleh pengarah tersohor tanah air, Yusry Abdul Halim. Video klip ini bakal ditonjolkan dengan 4 elemen seperti “Spade, Heart, Club dan Diamond” yang secara keseluruhannya melambangkan empayar kekuasaan KRU. Klip video ini juga adalah sebuah MTV yang menarik dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Ia adalah hadiah istimewa khas buat tatapan peminat KRU dan Stacy.

Video klip yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM40,000 ini turut mendapat tajaan solekan daripada Plamentes HD Graftobian Asean dan sentuhan pereka busana terkenal tanah air iaitu Fairus Ramdan (FR). Video klip ini bakal melalui proses suntingan terlebih dahulu sebelum dilancarkan pada penghujung bulan Mac 2013.

[pullquote align=”right”]Lagu Semalam Tanpamu ini dianggap satu hadiah istimewa khas buat tatapan peminat KRU dan Stacy.[/pullquote]

Ini adalah album yang dinanti-nantikan kerana kali terakhir mereka muncul dengan album adalah pada tahun 2006 dengan 10 Di Skala Richter.

Menariknya, album baru mereka yang diberi nama KRUnomena merupakan album pertama mereka di bawah label muzik mereka sendiri, KRU Music (Sebelum ini, mereka dibawah naungan EMI.) KRUnomena memuatkan 10 lagu kesemuanya, seperti  Setiap, Semalam Tanpamu, Kesejatian Cinta, Separuh Mati, Sediakala, Lagu & Lirik dan Kali Ke-2. Tiga lagu popular yang turut dimuatkan di dalam album ini adalah Ganas (2011), Tiga Kata (2012) dan Wanita (2012).Bagi adik beradik ini, KRUnomena adalah album yg begitu istimewa kerana koleksi lagu-lagunya mencerminkan kematangan mereka dari segi muzik dan lirik.

Album KRUnomena telah dipasarkan secara fizikal di kedai-kedai muzik dengan harga RM29.90 dan untuk muat turun album KRUnomena secara digital, dapatkan album tersebut di iTunes. Bagi pembelian secara online, anda boleh melayari Facebook United Studios. Peminat-peminat setia KRU dan Stacy juga boleh muat turun Caller Ringtone “Semalam Tanpamu” untuk ceriakan pemanggil anda.

Gambar Sebalik Tabir Pengambaran Video Klip Semalam Tanpamu KRU Feat Stacy

Edry

Edry 2

Norman 3

Yusry

Stacy

Norman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Meet & Mix Veedo.my

Benji Ganti Remy Ishak Dalam Teater M.Butterfly