in

Gambar E’One, Azura dan DeQ’Wan Pengacara Baru Remaja TV3

Semalam, jam 8 malam, Budiey dan media lain telah menghadiri Majlis Pelancaran Wajah Baru Remaja TV3 di Lepaq Cafe, Desa Sri Hartamas. Kalau musim sebelum ini menampilkan Juliana Evans berkolaborasi dengan Aliff, tapi kali ini dek diorang ni dah terlalu sibuk dan mengalami kepadatan jadual harian, jadi terpaksa team Remaja mengambil pengacara baru iaitu Azura, E’One dan DeQ’Wan yang menggelarkan diri mereka sebagai R-Clix. Jom berkenalan dulu dengan mereka ya:

Semua cool dan gila-gila sikit

Azura: 24 tahun, berasal dari Johor Bahru, lahir pada 11 Mei 1984, Melayu, Bachelor of Multimedia (Hons) in Media Innovation, suka dengan aktiviti mencabar, jumpa kawan baru dan surf internet dan Azura katanya suka melayari blog Budiey.com. Terima kasih Azura. Suka dan happpy jumpa you semalam. U memang menarik tertarik dan memang da bom!

DeQ’Wan: Nama sebenarnya, Tengku Naharuddin Izwan B Tengku Nasaruddin, 24 tahun, berasal dari Kuantan, Pahang, lulusan Diploma in Business Administration, Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication, suka tidur, main playstation games dan melayari internet.

E’One: Nama sebenarnya Mohd Syazwan Roslan, berasal dari Kuala Lumpur, lahir pada 17 Jun 1984. lulusan Bachelor of Information Technology (Hons) In Software Engineering. Suka main games di PC dan Wii game, bekerja kerjaan kayu aka bertukang, surf internet dan memasak. Suka dengan gadget dan teknologi serta fesyen. 

E’One, Azura dan DeQ’Wan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Saida di Pelancaran Album Lentera Timur

Sekitar Majlis Pelancaran Album Rock Cintan 3 di Pasar Seni