in

Gambar Pemenang Pengubahsuaian Porch Peraduan MML Makeover

[dropcap]T[/dropcap]ahun baru 2013 pasti akan kita nantikan. 2012 telah berlalu meninggalkan kita. Pastinya, azam 2013 akan kita semat untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang untuk kehidupan yang lebih sempurna di masa akan datang. Ada seetengah orang, azam tahun 2012 yang lepas masih belum berjaya tercapai, terpaksalah segala azam tu dibawa ke tahun 2013. Nak buat macamana, kadang-kadang, bukan kuasa kita untuk realisasikan semua. Tapi kena ingat, segalanya bergantung pada usaha dan komitmen dari kita. Kalau kita tak nak berubah, sampai bila kita akan berjaya mengubah nasib kita. Jangan tunggu esok, lakukan sekarang!

Syukur alhamdulilah, rumah Budiey dah kira hampir sempurna telah diubahsuai. Itu pun hasil dari pembacaan dari internet dan juga saranan dari kawan-kawan.

[pullquote align=”right”]Baru sekarang Budiey tahu, betapa pentingnya ilmu dekorasi dan ilmu pengubahsuaian rumah ni. [/pullquote]

Padai tahun baru ini, pastinya saat yang menggembirakan bagi sesetengah orang. Antaranya, bagi pemenang Peraduan MML Makeover yang telah pun menerima hadiah mereka berupa pengubahsuaian rumah. Jika anda semua masih ingat, pemenang pengubahsuaian ruang tamu telah dimenangi oleh Suria Anilah Wan Abdullah yang telah menghantar penyertaan bertajuk My Ugly Hall.

Wah, bukan main lagi Suria dapat bergaya dengan jubin lantai yang baru di tahun 2013 ni. Begitu juga dengan pemenang untuk hadiah porch iaitu Chin Siew Gaik. Tahniah diucapkan.

Memang betullah orang cakap, kalau dah jadi rezeki kita tu, memang tak kemana pun. Tapi rezeki ni jangan ditolak, musuh jangan dicari. Segalanya ditentukan dengan nasib kita berbeza-beza. Ada yang dapat sikit, ada yang dapat banyak. Begitu juga masa menyertai peraduan ni, yang hantar penyertaan bukannya sikit, banyak sampai pihak juri pun tak tahu dan keliru nak menentukan pemenang.

Bercakap tentang pengubahsuaian porch rumah pemenang ni, Budiey lihat gambar-gambar sebelum dan selepas pengubahsuaian memang memuaskan hati. Berbaloilah pemenang ni dapat. Tak rugi join peraduan ni, dalam ramai-ramai yang hantar, kita Chin Siew Gaik boleh dikira yang bertuah. Bukan senang nak terpilih ni.

Before

Sebelum diubahsuai

[dropcap]M[/dropcap]enurut Chin Siew Gaik, beliau dan keluarga memang terkejut dengan hasilnya. Selepas diubah suai, porch kereta nampak sangat kemas menawan dan sekaligus menjadikan seluruh rumah dah nampak lain. Nampak lebih baru dan lebih fresh!

Budiey kira, jika kita lihat gambar sebelum dan selepas pun, dah nampak ketara bezanya. Ibarat kata, jauh panggang dari api, jauh langit dengan bumi. Selepas diubahsuai, perubahannya bukan hanya dari bentuk dan ruang yang lebih luas, malah ia nampak lebih baik.

Salah satu perbezaan ketara ialah, pemenang merasakan porch yang baru berkilat ini lebih selamat dan terjamin. Jubin sebelum ini diperbuat dari bahan yang sangat licin, tak pasal-pasal boleh tergelincir dan jatuh, kalau tak kena buat, mungkin akan patah kaki ke, terkehel kaki ke, memang bahaya.

Itu belum dikira ada yang suka meludah di atas lantai. Memang nampak teruk sekali keadaan sebelum ini. Tapi selepas pengubahsuaian dari MML, keadaan yang dulu dah licin kini tak lagi, memang berjalan di atas jubin baru ni pun memang best jer. Selamat dan sangat selesa. Itu yang penting.

After

Mengapa anda mahu sangat hadiah pengubahsuaian porch kat rumah anda?

Jawab Chin Siew Gaik, dia dan keluarga sebenarnya dah lama dah merancang untuk buat pengubahsuaian untuk porch ni. Namun, sebelum kami mencari kontraktor dan pengeluar jubin yang sesuai, anak saya balik rumah cepat-cepat kasi tau yang ada peraduan untuk pengubahsuaian di iklah suratkhabar. Jadi, dari situ, kami mengambil keputusan untuk menghantar penyertaan. Saya sangat terkejut dan rasa sangat gembira sebab terpilih sebagai pemenang. Kira impian kami dah jadi kenyataan.

[pullquote]Yang paling seronoknya, pemenang telah diberi peluang untuk memilih jubin yang mereka rasa berkenan dan sesuai dengan citarasa mereka Itu yang untung tu..[/pullquote]

Bagi pemenang ini, mereka percaya yang kualiti jubin yang hebat dari keluaran MML dapat memberikan kesan khas yang cukup istimewa untuk ruang porch kat rumah ni. Rekaan yang menawan, elegan dan pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang melihat akan rasa selesa dan sungguh ohsem. Bagi pemenang, ianya sukar digambarkan dengan perkataan untuk menceritakan saat kali pertama melihat kesan selepas diubahsuai.

Pemenang ubahsuai ini dengar-dengarnya akan menganjurkan party sebagai kenduri kesyukuran la kiranya, bukannya nak show off sangat lah. Tapi pastinya, Tahun Baru Cina nanti adalah masa yang sangat bermakna sebab ruang porch dan jadi cantik dan elegan. Tak malu lah kepada tetamu yang datang. Bukan sahaja mengharga kecantikan jubin, malah tetamu boleh berjalan tanpa rasa risau tergelincir atau tercedera.

After (3)

After (2)

After (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Bersyukur Datuk K Semakin Sihat & Selamat Sampai di Malaysia

Filem Laga Gabung Pelakon Otai Berkarisma & Pelakon Muda Berwibawa