in

Gambar Pemenang Jumbo Queen Malaysia 2010

Semalam – 26 Oktober 2010, jam 8 malam telah berlangsung Malam Final JUMBO QUEEN 2010 di Concourse Level, Sungei Wang Plaza.

Budiey turut dijemput untuk turut sama-sama menyaksikan aksi-aksi comel dari 10 orang finalis. Terima kasih Sungei Wang Plaza!

Jumbo Queen 2010

Acara pertandingan tahunan yang mencari wanita comel bertubuh gempal yang cantik, berbakat dan genius ini dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza dengan kerjasama MyFM & MixFM sebagai radio rasmi. Selain itu juga Feminine sebagai Majalah Rasmi, Moleque Design Boutique sebagai Penaja Rasmi bagi Pakaian Kasual dan Penaja Solekan dan Dandanan dari Secolo Hairdressing.

Jumbo Queen 2010

JUMBO QUEEN adalah satu-satunya pertandingan yang menjadi platform bagi wanita bersaiz besar untuk mengetengahkan personaliti, kecantikan luar dan dalam, serta mencungkil bakat terpendam dari mereka. Ia terbuka kepada wanita bujang atau berkahwin, berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 80kg.

Terlebih dahulu, Budiey nak ucapkan tahniah buat 10 orang finalis yang bekerja keras untuk menjayakan JUMBO QUEEN 2010. Mereka ialah

  1. Azurah Ismail
  2. Yeoh Shook Chiang @ Jennifer
  3. Chaai Thiah Chin @ Momo
  4. Michell Ching Git Yean @ Michelle
  5. Karina Abdullah @ Dreena
  6. Nurul Aqilah Bt Rosli @ Iela
  7. Ong Liam Leng @ Mandy
  8. Lau Siew Ching @ Diana
  9. Suhaily Mohamad Ali @ Lynn
  10. Lee Hui Leng

JUMBO QUEEN 2010 dihoskan oleh bekas penyampai Radio Era dan Sinar iaitu David Lau. Diadili oleh 5 orang juri profesional iaitu Ms Jagan Kelly – Ford Supermodel Winner 2009, Mr K K Lim – Senior Manager, Promotion & Public Relations of Sungei Wang Plaza Management Corporation, Mr. Ray Chan – Managing Director of Secolo Hairdressing, Cik Ina Mazlina – Founder of Moleque Design Boutique dan Ms Vivian Tok – penyampai MyFM.

Jumbo Queen 2010

Semua finalis perlu melalui 3 cabaran iaitu sesi perkenalkan diri, sesi Evening Wear dan persembahan bakat. Tak lupa juga, tepukan dan sorakan dari penonton diambil kira sebanyak 10%.

Menurut orang kuat Sungei Wang, Budiey diberitahu JUMBO QUEEN 2010 mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta. Pertandingan ini mula diadakan pada tahun 2007 dengan jayanya.

Berikut ini senarai pemenang JUMBO QUEEN 2010. Tahniah buat semua!

  1. Pemenang Most Charming Jumbo Queen –  Michelle
  2. Pemenang Most Talented Jumbo Queen – Diana
  3. Pemenang Most Popular Jumbo Queen – Lynn
  4. Pemenang Mix FM Most Popular Choice Award – Lee Hui Leng & Momo

Jumbo Queen 2010

Dan ini senarai pemenang Utama

  1. Juara Jumbo Queen 2010 – Dreena
  2. Naib Juara Jumbo Queen 2010 – Mandy
  3. Tempat Ketiga Jumbo Queen 2010 – Lee Hui Leng

Siapa kata orang gemuk atau gempal tak boleh beraksi di pentas? JUMBO QUEEN telah membuktikannya!

Jumbo Queen 2010

Pemenang Mix FM Most Popular Choice Award – Momo

Jumbo Queen 2010

Pemenang Mix FM Most Popular Choice Award – Lee Hui Leng

Jumbo Queen 2010

Pemenang Most Charming Jumbo Queen –  Michelle

Jumbo Queen 2010

Pemenang Most Talented Jumbo Queen – Diana

Jumbo Queen 2010

Pemenang Most Popular Jumbo Queen – Lynn

Jumbo Queen 2010

Tempat Ketiga Jumbo Queen 2010 – Lee Hui Leng

Jumbo Queen 2010

Naib Juara Jumbo Queen 2010 – Mandy

Jumbo Queen 2010

Juara Jumbo Queen 2010 – Dreena

Jumbo Queen 2010

Jumbo Queen 2010

Jumbo Queen 2010

Jumbo Queen 2010

Jumbo Queen 2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Mastura Jadi Ibu dalam Filem Aku Tak Bodoh

Aleeza Kasim Dan Datuk Mohd Fauzi Sah Bercerai