Gambar Pelakon Yatt dan Suami Yang Merah Sedondon
Wah, merah meronanye Yatt, sedondon pulak tu. Pasangan ideal dan romantik katakan. Itulah Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, pelakon wanita yang semakin cantik berisi setelah bahagia berumahtangga. Rezeki Yatt lebat jugak lepas kahwin. Buktinya, Yatt sekarang bergelar pengacara Pop Kuiz.

Masa Majlis Rumah Terbuka Media Prima lalu, Budiey sempat berborak dengan Yatt yang memang peramah dan talkative. Perut Yatt nampak dah makin membusung, dengarnya dah 5 bulan hamil. Budiey doakan semoga Yatt dan baby kat dalam perut tu sihat dan selamat melahirkan baby comel.
Yatt sempat berseloroh mengatakan Budiey ni, nampak aje kat event senyap dan pendiam. Nampak baik je tapi tulisan dalam blog Sensasi Selebriti ni pedas-pedas dan panas berbaur jahat. Budiey sekadar tersenyum mendengar sindiran Yatt. Tidak mengapa, tak kisahlah. Mungkin itu dulu, sekarang Budiey nak cuba jadi budak baik. Hehe~
Kalau nak tahu Yatt ni suka memasak. Sejak bergelar isteri pada 29 Mac lalu, Yatt sentiasa memastikan suaminya, Abdul Mutalib Shukor, menjamu selera hasil air tangannya.
“Kali ini, saya menghabiskan lebih kurang RM2,000 untuk diri saya sebab dah lama tak beli-belah. Boleh kata sesetengah daripada wang itu saya membeli kasut seperti jenama Guess, Aldo, Nine West, Charles And Keith dan Zara. Selain itu saya beli tiga beg tangan seperti Liz Claiborn dan Sisley. Kemudian saya beli dua helai kardigan. Bajet selebihnya, saya sediakan duit raya untuk saudara mara.”
Yatt sempat memperkenalkan suaminya, Abdul Mutalib Shukor kepada Budiey. Kami pun bersalaman. Mmm, ingat ke suami Yatt tinggi tapi orangnya murah senyuman dan agak kurus sedikit.
Masa hari raya yang lalu, Yatt menghabiskan RM5 ribu buat persediaan dan shopping. Sakan jugak tu. Maklumlah kali pertama beraya bersama suami tersayang.

Yatt bersama Anita Baharom

Sweet couple

Baca artikel lain yang berkaitan:









October 21st, 2009 at 11:26 am
Cantiknya Yat.. Alhamdulillah,, sopan jer pakaian dia wpun mengandung ! patut jadi contoh ni,,
October 21st, 2009 at 9:08 pm
eee tak da makne nya sweetcouple…???? sweet & sour couple ada lah!! yatt cantik & manis orang nya tapi laki, budak jual ikan lagi handsome… kalo kaya @ businessman ok jugak… nie ntah apa nak jadi, kemaruk nak belaki artis2 kita nie!!
October 23rd, 2009 at 4:01 pm
BUNGa: Ko kutuk2 org apa ko dapat… nak kutuk abang sedara aku lak, ko nampak jer laki dia mcm tue.. solat 5 waktu tak tinggal beb!!!! lantak dia arr… dia x usik ko pun… nasib ko belum tau lagi la…. itu kan qada dan qadar yang dah allah tentukan… ko x caya pada takdir ker…
October 27th, 2009 at 10:25 am
CIK BUNGA……muka x ensem xpe, yg penting prangainye ‘ensem’……kalu harta kurang pun xpe, dua2 keje so sama2 leh kumpul harta tu jd byk & kaya…..
cuba nengok org yg kawen sbb harta…x kemane kan…cerai berai..
amik la ikhtibar dr situ…….
tak gitu cik BUNGA taik ayam……..ooppss..
October 30th, 2009 at 3:33 pm
i sokong you Hello kitty…
November 9th, 2009 at 4:54 am
korg ni..
dose yg isteri buat, suami kene tanggung. berat tu. same2 beringat2. bykkan ilmu, bace byk ilmiah. tnye yg betul2 arif. jgn men tgk harte jee..yg penting akhlak bersih.
peace! salam.
ye la bagus laa da ’sopan’ sikit pakaiannye.
takkan la pulak nak ketat sendat padat time ngndong dowhh.
semoge suaminye dapat bimbing yatt ke jalan yg benar.
bukan setakat jage solat 5waktu je. belum tentu betul solatnye.
kan solat mencegah kemungkaran. knape tayang sane sini lagi?
alhamdulillah ade perubahan. smoge talib leh bimbing isteri die dari buat yg tak baik. same2 doa. same2 dpt pahale.
igt. sorg perempuan ade ‘tarikan’nye. kalau baik,solehah, boleh tarik 4 golongan, ayah, suami, abang/adik laki, bapa saudara ke syurga walaupun yg 4 td tu perangai tak senonoh. mcm tu la sebaliknya. sama2 kejar dunia dan akhirat. sama2 beringat2. jagalah maruah islam.