in , ,

Gambar Pelakon Utama Filem Talentime Arahan Yasmin Ahmad

Pengisiannya sentiasa menyentuh jiwa. Daripada “Rabun” ke “Mukhsin”, dan terbaru, “Talentime”, setiap penghasilannya penuh makna tersirat di balik paparan visual dan mesejnya kepada masyarakat umum.

Membina nama di persada perfileman tanahair, juga antarabangsa, Primeworks Studios membawa kepada anda, satu-satunya: Yasmin Ahmad. Berbanding filem sebelumnya, “Talentime” memperlihatkan sentuhan berbeda daripada Yasmin, namun masih mengekalkan mainan emosi yang dalam dan cukup bermakna.

“Talentime”, karya Yasmin Ahmad yang cukup menyentuh jiwa. Berlatar pertandingan adu bakat antara pelajar di sebuah sekolah, “Talentime” bertumpu pada kehidupan dua keluarga berlainan bangsa dan agama; satu, keluarga campuran Melayu-Inggeris, manakala satu lagi, sebuah keluarga India yang konservatif.

Ia memberikan sudut pandangan sutradaranya, menyerlahkan realiti atau dalam erti kata lain, sebuah kejujuran dengan meneroka cinta dan keperitan hidup yang harus dilalui setiap manusia.

Kalau nak diukur dari reputasi dan sambutan filem sebelum ini, sudah pasti filem ini akan pecah panggung. Selain itu, kalau kita lihat, karyawan luar negara boleh mengiktiraf filem arahan Yasmin, maka kejayaan ini akan terpalit juga kepada martabar perfileman negara di mata dunia.

Syafiee Naswip sebagai Hafiz
Adibah Nor sebagai Cikgu Adibah

Harith Iskandar sebagai Abah
Howard Hon Ka Hoe sebagai Ka Hoe
Amelia Thripura Henderson sebagai Melati
Pamela Chong sebagai Melur
Mahesh Jugal Kishor sebagai Mahesh
Jaclyn Victor sebagai Bhavani
Mislina Mustafa sebagai Mak
Elza Irdalyna sebagai Mawar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Kasut Baru Siapa Ni?

Album Baru Anggun C. Sasmi Elevation Satu Identiti Menakjubkan