Gambar Pelakon Noniswara Kahwin
18KUALA LUMPUR: Aktres jelita Noniswara Baharudin akhirnya selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak malam tadi. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Malik Saleh dan adik kepada Rosman, Bani Uzair Baharuddin menjadi wali kepada adiknya, Noniswara.

Mas kahwin bagi perkahwinan pasangan ini adalah sebanyak RM 317. Namun wang hantaran ‘dirahsiakan’ kerana Nonis tidak mahu ianya dihebahkan.
“Biar saya dan suami saya saja yang tahu…,” kata Nonis dengan senyuman yang manis terukir di bibir.
Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek. Ini adalah perkahwinan kedua bagi kedua pengantin yang kelihatan berseri-seri dengan berpakaian putih sedondon.

PENUH SYAHDU….Kucupan suami kepada isteri di majlis akad nikah yang berlangsung dengan sederhana.
Noniswara, 39, yang mesra disapa Nonis itu kelihatan sungguh menawan dengan busana pengantin rekaan Butik Cosry sementara pasangannya Datuk Rosman, 5o tahun, tampan bergaya dengan pakaian baju Melayu putih senada. Selebriti yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama sementara Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.
Hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek.
Manakala hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula adalah sebanyak sembilan dulang iaitu Kitab Al-Quran, Tepak Sireh, Manisan, Set Wangian, Cincin, Jam Tangan, Set Pakaian Lelaki (Raoul), Kasut dan Kek.
Antara artis yang turut hadir pada majlis perkahwinan ini ialah Datuk Salwa Abdul Rahman, Radhi Khalid, Kuna, Fizo Omar dan Rebecca Nur Islam. Nonis akui begitu berdebar walaupun ini adalah perkahwinan kedua beliau.

Majlis resepsi akan berlangsung pada esok malam, 1 Ogos pada jam 8 malam di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Namun kata Nonis, majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana untuk meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Pasangan yang sama cantik dan sama padan.
“Majlis ini juga untuk memberitahu saudara-mara,teman rapat dan peminat, saya sudah menamatkan zaman solo (janda) dan kini berkahwin buat kali kedua dan membina keluarga yang baru. Saya harap peminat akan mendoakan majlis pernikahan dan resepsi kami berjalan lancar seperti direncanakan nanti,” kata Nonis di sidang akhbar sebaik akad nikah selamat berlangsung.
Nonis akan menggayakan rekaan Amir Luqman pada majlis resepsi. Dan khabarnya, tetamu jemputan akan dihiburkan dengan persembahan hiburan daripada rakan artis pada majlis resepsi itu nanti.

“Tunggulah besok….barulah surprise,” kata Nonis apabila diasak siapakah artis yang diundangnya untuk buat persembahan pada majlis resepsinya malam esok. [sumber]









Tahniah..moge jodoh kekal hingga ke hujung nyawa..
ramai artis kawin ngan org kaya.. last2 cerai.. sbb niat yg x betul
nonis..bukan kau suka menjanda je ke..haha
Life needs passion.
M illionaire chats.c/o/m__ is a private exclusive dating club to meet millionaires, rich and beautiful men and women worldwide. Find your perfect match easier and more effective!
hmm bile nikah pakai tudung,gi honeymoon pakai sleeveless…blahla
i remember noris karman ….i hope she will look after her husband ,noni ………. last time when noris kmn took people husband never think how pain is that …i remember she said family come first ..but now all gone ….because she think husband money n title datin….even her husband ugly and old …..i pity his first wife …for nonis take your husband…and don,t think his money …follow datuk siti she really our mentor …
what r u saying linda? siti is perampas no1…agaknya mmg trait org melayu-suke kebas laki/bini orang….yucks
hello fiza bila masa pulak sti perampas?? be careful when saying…watchout ur mouth…stupida!!!
bangga nyer datuk tu dpt bini cantik..bini pun bangga dapat suami kaya.. hehe..
agaknya suami fiza kena rampas org nama siti kot, tu yang mulut longkang tuh..
tak baik komen2 jodoh di tangan Tuhan tak kira no.1 ke no.2 kee janji bahagia….
tahniah nonis & suami!! semoga berbahagia hingga ke hunjung nyawa!!…. I minat Norish Karman sbg pengacara @ pelakon berbakat & siti plak yg disanjung & dijulang sbg penyanyi terhebat Melaya TAPI 2 Wanita nie sudah merampas suami sereta menghancurkan mahligai yg telah berpuluh tahun dibina, jiwa @ perasaan kaum hawa yg lain & bapa kpd anak2 yg memerlukan kasih sayang sorg ayah!! Mengapa Hidup dlm kepuraan2 yg dasar nya bak teratai cantik @ bersopan dipermukaan tetapi menyedut lumpur yg kotor didasarnya!!!!!!! What goes around come around lah!!!!!!!!
saya sokong Jun 200%
Pengantin yg sepadan.. Sama Cantik sama padan.. Dah lama I minat Nonis ni.. Cantik, good acting, stylish, popular, and….
All the best to Datin Nonis and Dato Rosman..
nana yg ko mrh sangat kat fiza nape?? aku sokong fiza n june…siti tu mmg perampas apa, harta dah bayk tp nk jugak amik laki owang…jgn mtg2 ko minat fanatik dgn dia, sume yg dia buat nmpak baik je..(baik lah sangat)
nice!. finally. brapa lama tah
Mengapakah selebriti kita suka kahwin-cerai, kahwin-cerai? Hairan, dah anak tiga, lima, umur dah stengah abad pun cerai-berai. Ni confirm, ni, walau dapat bini baru pun mesti second round case sama jugak kan? Setuju tak? Hai, yg ada tu rumahtangga orang sedang demam pun hubbynya kena rampas. Begitu lah dunia artis kita…
That man is a wife-beater! Be careful Nonis…nanti dia nak kawin lain…you pulak yang kena pukul..good luck!