Gambar Pasangan Romantis di ABP 2006
Saya sempat mengambil beberapa keping foto pasangan artis yang digandingkan pada malam Anugerah Bintang Popular 2006 yang sudah seminggu berlalu.

Saya namakan pasangan ini pasangan millenium. Lihatlah sendiri dengan pakaian mereka yang begitu berkilauan. Siapakah agaknya pereka fesyennya? Memang mengancam habis. Agak-agak siapakah agaknya yang berganding dengan Jehan Miskin ni ya? Cun jugak. Jehan pernah berlakon dalam Qaisy & Laila yang dipilih mewakili negara ke Festival Filem Asia Pasifik 50 (FFAP50) dan Festival Filem India.

Lawanya…

Wah! Romantisnya pelakon Rita Ridaini & Zed Zaidi. Tetapi jangan salah sangka, diorang tidak pernah digosipkan sebelum ini. Zed Zaidi dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular. Ternyata pengaruh dan populariti Rosyam Nor sukar digugat oleh mana-mana pelakon drama TV. Fahrin Ahmad yang sedang hangat berkawan dengan Linda Onn pun tidak dapat memecah benteng kemahsyuran Rosyam Nor. Tahniah bro. Rosyam! Wa caya sama lu la, bro!

Reza, penyampai radio Era dengan seorang penyanyi. Siapakah penyanyi ini, saya tak pasti. Maaf tak sempat nak tanya lak.

Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar cukup tampan dengan imej western bertopi separa koboi. Sekali-sekala tampil dengan gaya klasik begini, Que boleh dicalonkan dalam The Most Gorgeous Person in Malaysia.
Que Haidar baru sahaja menghabiskan pengambaran filem Malaikat Maut terbitan Tayangan Unggul.
Ada 4 filem lakonan Que yang masih belum ditayangkan. Selepas ini, beliau katanya akan membawa watak yang mencabar… apa watak mencabar itu, anda kena tunggu…

Ako Mustapha bersama siapa? Zila Bakarin?

Kevin Zahri tampil seringkas seminimum yang mungkin. Mana tuxedo awak?

Sheila Rusly yang berjaya merangkul Artis Komedi Wanita Popular 4 tahun berturut-turut. Syabas kak Sheila! Di sebelahnya adalah suaminya, Jinggo.
Baru-baru ini, mereka berdua berganding bahu menghasilkan sebuah drama Satu Itjihad, terbitan JS Kreatif yang menjadi milik mereka berdua. Drama tersebut juga dilakonkan oleh pelakon kegemaran saya, Sofia Jane.

Raja Rock Malaysia, Amy Search bersama isterinya.

Gaun tona merah menyala yang dikenakan oleh Nabila Huda Suhaimi (anak Amy Search) tidak berapa sesuai dengan warna rambutnya yang perang. Apa kata anda?

Nabila lagi. Kawan dia tu sape ek? Macam familiar je…

Farid Kamil, pelakon filem Remp-it yang tinggi lampai ini akan berganding dengan Rosyam Nor dan Umie Aida dalam filem Di Kala Bulan Mengambang. Sebuah filem arahan saudara Mamat Khalid. Memang filem ini saya nantikan juga selain filem Sumolah dan Mukhsin.
Untuk foto yang lebih BESAR dan PUAS HATI, sila layari: http://budifoto.blogspot.com
Tags: Ako Mustapha, Amy Search, Blog, Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Jehan Miskin, Kevin Zahri, Linda Onn, Nabila Huda, Que Haidar, Rosyam Nor, Sheila Rusly, Zila Bakarin
Tags: Ako Mustapha, Amy Search, Blog, Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Jehan Miskin, Linda Onn, Nabila Huda, Que Haidar, Rita Ridaini, Rosyam Nor, Sheila Rusly, Zed Zaidi, Zila BakarinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 12th, 2007 at 11:35 pm
1) itu awek namanya Jue. Ex awek Ako Mustafa and pernah berlakon Dua Hati dengan Linda Rafar. Did I watch that drama? Hell NO!!!
2) Reza bukan dengan penyanyi. Itu kan Julia Hana.awek Remp-It yang main tarik rambut dengan Datin kat Midvalley!!! She’s a B**ch! WOop!!!! Sorry Budiey!
3) Nabila, with that hair? Is like Marylin Monroe getting one hell of a sun-tan.
February 12th, 2007 at 11:45 pm
Terima kasih Maddox sebab sudi kasi info. Hargai sangat-sangat…
February 13th, 2007 at 10:22 am
budiey, yg dgn reza tu x silap rin julia hana la.. heroin remp-it bukan penyanyi la..
May 12th, 2007 at 1:01 pm
Cantik2 semuanyer yer. tapi. no komen…
December 22nd, 2007 at 2:36 pm
1. JEHAN NAMPAK MACHO LAH. LEBIH-LEBIH LAGI BILA DENGAN JUE YANG CUTE NI. PAKAIAN DIORANG PUN NAMPAK CANTIK GILA LAH KAN. SAPA2 YANG TAK NAMPAK TU BUTALAH KUT.
2.HENSEMNYA ZED ZAIDI NI KAN .
December 31st, 2007 at 5:17 am
suma gambar cun except sorang tu je ( nabila huda ). u npk tak cantik langsung. cuba 2kar stail u tersendiri. lg pun skin color u tak seswai ngan color rambut u 2. who am i 2 critics u,ni hnyala pendapat kami je sebagai peminat..
February 29th, 2008 at 3:17 am
yg dgn ako tu pwlakon baru kan???
yg berlakon cita xx-ray tu kan??
March 27th, 2008 at 4:01 pm
i love u kevin zahri…too much
March 29th, 2008 at 1:08 am
laa juliana hana penyanyi la…kumpulan expose kalau xsilap,
March 31st, 2008 at 10:31 am
hai tengah buat apa tu
sabar jumpa nanti
July 7th, 2008 at 10:50 am
que haidar nampak gerek beb………..jehan memeng sesuai digandingkan bersama jue,SWEET GILER!!!!!!!!!!!!!QUE HAIDAR MEMAG MACHO!!!!!!!!!!
August 14th, 2008 at 1:55 pm
ummmm , macam2 pakaian diorang ni, suka tengok muka jue aziz dgn irma diorang ni cantik n natural
December 9th, 2008 at 8:57 am
npe la si nabila huda 2 warnekan rmbut dye cam2…
elok2 tuhan da bgi rmbt warne itam,yg dye pegi warnekan watpe..
ayo…..
February 19th, 2009 at 5:24 pm
lihat lah perbezaan amy search dlu & sekarang..wife die ttp nmpk cntik wlupon da bertudung skunk..
February 19th, 2009 at 8:56 pm
Itu maknanyer orang tu ikhlas nak bertudung.. bertudung dgn betol..
bukan mcm si dektu yg masih nampak jambul !
May 18th, 2009 at 3:23 pm
kalau boleh jangan lah pakai baju to seksi sagat kite kan orang malaysia tunjukan kite orang timor.
July 11th, 2009 at 3:13 pm
wah romantis bgt ia aku jdi iri nieh?
July 11th, 2009 at 3:16 pm
kalian romantis bgt cieh?aku jdi iri nieh,kapan ya aku bisa seromtis nie sama psngn ku?ajarin donk cpya aku bsa seromntis klyn?
July 11th, 2009 at 3:20 pm
woi ajarin dunk?