in ,

Gambar Party Kejutan Hari Jadi Aaron Aziz

Semalam, bersamaan dengan 23 Februari, hari Khamis, selain Majlis Akad Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU di Putrajaya dan Majlis Pelancaran Aiskrim Magnum Perisa Terbaru, Budiey juga mendapat jemputan untuk ke Parti Sambutan & Kejutan Hari Jadi Buat Aaron Aziz di Bora Asmara.

VIDEO UCAPAN AARON AZIZ BUAT PEMINAT

Namun, oleh kerana Budiey sudah bersetuju untuk ke Majlis Pelancaran Aiskrim Magnum, jadi tak dapat lah Budiey nak hadir di Birthday Party Aaron Aziz. Walaubagaimana pun, Budiey rasa sangat berterima kasih kepada penganjur party Aaron Aziz, siapa lagi kalau bukan Kelab Peminat Aaron Aziz atau lebih dikenali sebagai #Aaronators kerana sudi menghantar gambar-gambar sepanjang berlangsungnya party yang meriah ini.

Party ini diadakan adalah sebagai satu kejutan buat pelakon popular tersebut sebenarnya.

Seramai 140 orang peminat Aaron Aziz telah menghadiri party yang bertemakan biru dan putih ini. Jemputan dipilih melalui kuiz yang diadakan pada 4 dan 5 Feb lalu di mana 10 pemenang terpantas dengan jawapan yang betul mendapat jemputan ke party ini.

Party yang meriah dan happening ini bermula jam 8 malam. Gambar kredit kepada #Aaronators. Terima kasih banyak-banyak.

Buat Aaron Aziz, selamat hari jadi untuk anda. Semoga terus sukses. Jyea!

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem JUVANA