Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Pameran Pengantin Malaysia 2008



Pada  5 Julai lalu, Pameran Pengantin Malaysia 2008 Edisi Kelima telah diadakan di Tingkat 3, Dewan 2 & 3, Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Pameran yang julung kalinya diadakan di pusat beli-belah terkemuka itu menyaksikan lebih 150 gerai pameran dengan 100 penyertaan daripada pelbagai syarikat dan butik andaman. Pameran anjuran Urban Vibe Events itu berlangsung tiga hari menyaksikan hampir 100,000 pengunjung membanjiri Dewan Pameran Mid Valley Megamall.

Selain menampilkan pelbagai jenis tradisi perkahwinan di Malaysia yang merangkumi pelbagai kaum, fesyen pengantin juga turut diadakan.

Budiey turut dijemput untuk melihat perasmian pameran ini. Budiey rasa, pameran sebegini dapat mengajar bakal pengantin membuat perancangan perkahwinan termasuk berjimat cermat sesuai dengan krisis kenaikan harga barangan keperluan dan minyak yang melanda negara kebelakangan ini. Zahnita, model terkenal juga turut menjadi peraga bagi fesyen pengantin.

Dengan menampilkan lebih 30,450 kaki persegi ruang pameran dan melebihi 150 tapak-tapak pameran, Pameran ini dijangka akan menjadi pameran pengantin yang paling besar dan meriah untuk tahun 2008. Setiap penggiat-penggiat di dalam industri perkahwinan di Malaysia ini untuk menunjukkan pelbagai produk dan kepakaran-kepakaran masing-masing dengan menyertai kami di dalam pameran ini.

Pengurus Pemasaran Urban Vibe Event, Hafiz Hassan, berkata pihaknya menerima penyertaan daripada pelbagai pihak kerana kepercayaan diberikan sepanjang edisi yang lalu.

“Kebanyakan peserta ialah mereka yang sering menyertai pameran anjuran kami sebelum ini. Namun, kami juga membuka peluang kepada syarikat dan butik andaman yang baru mula bertapak dalam industri perkahwinan agar dapat meluaskan lagi perniagaan. Kami juga dalam perancangan meluaskan lagi penyertaan daripada pemilik yang berkonsepkan etnik Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.”

Para pengunjung ditawarkan dengan tawaran hebat persiapan raja sehari dan sertai acara menarik yang menanti anda!

Pelbagai aktiviti-aktiviti dengan hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan. Antaranya ialah Bengkel Sehari bersama Pak Abu, cabutan bertuah dan kuiz yang menyediakan hadiah-hadiah yang menarik seperti pakej fotografi, pakej videografi, 32″ LCD TV dan sepasang cincin perkahwinan. Selain daripada itu, terdapat juga acara pembukaan iaitu majlis perarakan masuk pengantin dengan paluan kompang dan pertunjukan fesyen.

Gambar Majlis Perasmian

[tags]wedding, exhibitions, bali beach weddings, bali wedding planner, garden, theme, beach weddings, jinbaran, ca associates, computer security, consultants, datuk s, datuk shafik rizaal saaban, it security analyst, kekasih fasha sandha, rizal syaaban, scan associates, snc associates, kecak dance, kuta, nusa dua hard rock, ubud, uluwatu, weddings in bali indonesia, urbanvibes[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Zahnita di Pameran Pengantin Malaysia 2008
  • KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN ANJURAN MASJID NEGARA
  • Sasha Bashir dan Yani Hijjas Berkahwin
  • Gambar Rosma & Khai Pakai Baju Gaun Pengantin
  • Kempen Derma Darah Dan Pameran Pendidikan Kesihatan
  • Sham Kamikaze Berkahwin Dengan Gadis Batu Pahat, Johor
  • Rodeo Malaysia MAHA 2008 Serdang Selangor
  • Gambar Majlis Persandingan Datin Nor Azlina Redzuan & Datuk Yusof Annuar Yaacob
  • Gambar Tasha Shilla di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara
  • Gambar Linda Onn di Red Carpet ABP 2008



  • Satu Komen untuk entri “Gambar Pameran Pengantin Malaysia 2008”

    1. obefiend kata:

      long shots only? we need potraits budiey

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK