Gambar Nur Fazura di Majlis Prebiu PISAU CUKUR
Jam 12 tengah malam, Budiey baru sahaja pulang dari menonton filem PISAU CUKUR di Majlis Prebiu Filem PISAU CUKUR yang diadakan di Cathay Cineplex Cineleisure, Mutiara Damansara.
Ramai betul pelakon handalan yang ada dalam filem arahan Bernard Chauly ini hadir untuk memeriahkan majlis termasuklah Maya Karin, Aaron Aziz, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay dan Nas-T.. And of course, pelakon yang melakon watak gadis gedik dan keletah tapi bijak bernama INTAN pun turut hadir. Berbaloi pihak produksi setia menunggu Nur Fazura yang pada masa itu sedang sibuk dengan drama Exora semata-mata kesesuaian watak INTAN ini untuk Nur Fazura.
Filem ini takkan berjaya sekiranya tidak didokong oleh pelakon cemerlang, tersohor, ada nama dan berkarakter. Korang jangan terkejut kalau pelakon cameo pun semuanya terkenal dan punya nama. Walaupun tampil dua tiga saat, tapi setiap lakonan mereka akan diingati penonton. Itulah impaknya.
Budiey difahamkan, PISAU CUKUR adalah cubaan pertama Bernard Chauly dalam mengarah filem komedi. Ternyata, ianya sukses~!
Sepanjang menonton filem terbitan Red Films dan Grand Brilliance ini, Budiey gelak sakan menonton aksi lincah Nur Fazura membawa watak INTAN yang menjadi perantara TV ini membantu rakan karibnya, BELLA untuk mendapatkan bakal suami jutawan. Gandingan hebat lagi mantap ini sure takkan menjadi sekiranya tidak didokong oleh Aaron Aziz yang melakonkan watak detektif persendirian serta Maya Karin yang semua orang tahu, dia memang boleh watak wanita cantik yang seksi dan menggoda.
PISAU CUKUR akan belayar ke pawagam mulai 5 November 2009 ini~!
Mampukan filem PISAU CUKUR mencipta sejarah sebagaimana filem arahan pertama Bernard Chauly, Gol & Gincu yang meraih Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 2006?


Semestinya, Budiey percaya, ramai pembaca akan tertarik hati untuk melangkah ke pawagam dan akan enjoy menonton filem GOLD DIGGERS ini. Untuk peminat Nur Fazura, korang jangan bandingkan lakonan gadis kelahiran Pekan, Pahang ini dengan filem GOL & GINCU sebab bahasa badan yang digunakan NUR FAZURA untuk filem ini memang OVERDOSE~!
Okaylah, terus terang dan seikhlas-ikhlasnya, Budiey kasi 4 bintang dari 5 bintang untuk filem ini. Korang patut tonton sebab ini adalah kisah realiti masyarakat kat mana-mana di dunia ini yang cinta pada duniawi. Hatta budak-budak sekolah pun tahu, nanti besar nanti ada cita-cita nak kawin dengan jerung besar yang kaya raya yang boleh kasi kemewahan. Tapi bagi Budiey, wang dan kemewahan tak menjanjikan kemewahan. Dunia ini hanya pinjam-pinjaman dan bersifat sementara aje. Itu je korang perlu pegang.
Mula-mula, Budiey nak letak gambar pelakon yang manis bermata galak ini di sini. Oh ya, ramai gak tadi pelakon lain yang datang termasuklah Nora Danish dan Nabila. Insyaallah, Budiey akan letak kat sini.



Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 15th, 2009 at 1:23 am
gmbr first cam mka eja lak.. but love her so much..
October 15th, 2009 at 8:27 am
she’s d best!!…love her so much!!! tak sabo nak pi tgk ni!!….
October 15th, 2009 at 4:05 pm
correction: Filem Terbaik FFM 2006 ialah Gubra bkn Gol & Gincu. Gol & Gincu mng Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sazzy Falak)
October 15th, 2009 at 6:16 pm
wow!! filem yg ditungu2 dah nak keluar dipawagam… besttttt nyer & tak sabar nak tengok!!! We loveeeeeeeee u Nur Fazura!!! U r Divaaaa & All the Best!!!
October 16th, 2009 at 6:45 am
Pelakon masa kini cukup gah, berani seperti bolliywod,holliywod terutama pakaian ala barat-barat, jauh beza pelakon 50an,60an,70an,80an… pelakuannya lebih timuran..baik pakaian ..percakapan..perbuatan dalam lakonan ddddddd..
October 16th, 2009 at 8:54 am
tu dulu, skrng dah lain..
ketimuran ape dulu tgk filem p ramlee btol2..
lg ketat dari skrng..skrng ni x cukup kain jer..
ape2 pon itu antara diorng ngan Tuhan..
kita ni hnya mampu menegur..mngkin satu hari nanti dia taubat..kita x tau..
ape2 pon good luck fazura…minat ngan u all the time
October 16th, 2009 at 9:50 am
makin cun Fazura, gambar Maya Karin tak de ke? i wanna see her latest pics….
October 16th, 2009 at 1:39 pm
Klau ada Gossip Girl versi melayu . Fazura ssuai sgt2 jdi Blair
October 16th, 2009 at 2:34 pm
Fazura lebih berbakat drp Maya Karin yg streo-type & Fasha yg lebih gossip drp apa2.Sbb tu lah, dia dah over-shadow Maya.Lagi pun, watak ni sgt2 lah sesuai dgn dirinya.”Fit the shoe” kata omputih.
October 16th, 2009 at 8:37 pm
pe la yg korang minat sgt ngan die nie…
October 19th, 2009 at 1:06 pm
minat glerr ngn die ni. x hipokrit cm fasha tuh! go fazura go!
October 22nd, 2009 at 12:46 pm
fasha sandha lagi tak hipokrit. dia sentiasa tunjukkan kejahatan2 dia. artis yang nampak baik saja lagi bahaya!
October 23rd, 2009 at 3:24 pm
fazura, u go girl.. x ksah pe org lain ckp!
tak semua artis kat malaysia yang mcm u! i mean ‘damn talented’
January 1st, 2010 at 2:11 pm
fazzzz i likee u ..fazz ni natural beauty..
u x elok if mekap2 sgt…btw gudluck ya..
suker tgok lakonan u dlm pisau cukur..very de…
July 7th, 2010 at 2:21 pm
intan memang best???saya suka watak kmu dlam lakonan tersebut…moga sukses dalam lakonan seterus nya..