Gambar Noryn Aziz di Minggu Setiausaha Luncheon Special Hotel Quality
Setelah selesai menonton filem seram Slit Mouthed Woman di pra tonton di GSC Mid Valley, Budiey terus ke Hotel Quality untuk mengikuti persembahan Noryn Aziz dan Jamal Abdillah di Minggu Setiausaha yang telah bermula pada jam 12 tengahari. Tiba agak lewat, namun Budiey bernasib baik lantaran show Noryn baru sahaja bermula. Ini kerana sebelum itu, majlis memberi peluang dahulu kepada hadirin mengisi perut dan makan kenyang-kenyang sebelum berhibur.

Sebelum ini (22 April) ditempat yang sama, Kris Dayanti telah pun menghiburkan para setiausaha dan boss mereka dengan 13 buah lagu. Antara lagu yang didendangkan oleh Kris Dayanti ialah, Mencintaimu, Menghitung Hari, Cinta, Penasaran, Joget (Lagu Dangdut), I’m Sorry Goodbye, Love Story, LOVE dan banyak lagi.
Majlis eksklusif ini menyajikan lebih 60 hidangan makanan lazat dan mewah. Makanan disajikan berkonsepkan buffet antarabangsa di mana ia dipilih dari negara Asia, Timur dan Eropah. Di samping itu, para tetamu juga bakal dihiburkan juga dengan pengacara dan pelawak Dee (Ingat lagi dengan sitcom Jangan Ketawa?). Dee sangat lucu dan peramahnya orangnya. Harga bagi persembahan hari ini bermula dari RM280++, RM330++ dan RM380++
Selain persembahan mantap Noryn dan Jamal Abdillah, tetamu juga berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti tiket penerbangan ke Dubai dan Jakarta tajaan Emirates Airlines. Tetamu lain tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka masih menerima door gift tajaan Little Tree, Aura Seri, Nivea, Nestle, Avon, Brands, Ache Spa dan banyak lagi.

Takkan tengok monitor kot? Takut lupa lirik ya?
Budiey hanya sempat menikmati beberapa rangkaian buah lagu dari suara gemersik lemah gemalai ala ratu Jazz dari Noryn Aziz. Ini kerana Budiey terpaksa bergegas pula ke Planet Hollywood untuk mengikuti sidang media Showcase Matta yang bermula jam 3.30 di sana.
Antara lagu yang dipersembahkan oleh Noryn Aziz ialah L.O.V.E, Fly Me to the Moon, Smoke Gets in Your Eyes, Get Here, All the Men I Need, Cerita Cinta, Alam Maya, Di Dadaku, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Ku Pendam Sebuah Duka, Menaruh Harapan, Epilog Cinta, I’m Every Woman, Getaran, Joget Sayang Di Sayang, Can’t Take My Eyes of You, Masquarade dan dua buah lagu duet bersama Jamal Abdillah iaitu Kehebatan Cinta dan Sandarkan Pada Kenangan.

Budiey lihat ramai penonton tidak terlalu teruja kerana tepukan mereka tidak berapa kuat untuk Noryn, Mungkin Noryn terpaksa melakukan sesuatu untuk membuatkan penonton lebih enjoy dengan showcase di dewan besar sebegini. Budiey suka dengan suara Noryn yang boleh dikira cemerlang dan mantap dari segi vokal. Cuma dari segi komunikasi bersama penonton perlu diperbaiki lagi.

Noryn turut menyanyikan sebuah lagu untuk wartawan popular, HUZZ. Melihat pada sambutan, ramai kakak-kakak yang duduk di kerusi hadapan sahaja yang bangun untuk bertepuk tangan dan berjoget bersama Noryn.
Ramai rakan-rakan dari new media yang lain menyindir Budiey kerana masih lagi mempromosikan nama Noryn Aziz atas sebab pengurusnya begitu sombong dan kerek dengan kami. Budiey tidak kisah kalau manager Noryn sombong asalkan Noryn tidak sombong dan melayan kami seadil mungkin. Noryn sangat baik dengan media dan tidak pernah memilih bulu. Kemesraan Noryn melayan kami media picisan membuatkan Budiey suka untuk mempromosikan produk dari Noryn. Terima kasih Noryn kerana masih menghargai new media seperti kami.
Rasa Budiey, di zaman kebangkitan new media dan dunia blogger (new media age?) ini, pengurus artis, pegawai promosi dan juga promoter seharusnya melayan kami seadil sebagaimana layanan mereka kepada media diva dan mainstream yang lain. Ye lah, kami ini dianggap seperti Meet Uncle Hussain sedangkan mereka seperti New Boyz, gitu… OPS!
Untuk peminat Noryn, jangan lupa Noryn Aziz juga akan menghiburkan peminat di Planet Hollywood bulan hadapan. Berikut ini gambar Noryn Aziz yang sempat Budiey rakamkan untuk pembaca semua.





[tags]noryn aziz, minggu setiausaha, luncheon, alam maya album, L.O.V.E, Fly Me to the Moon, Smoke Gets in Your Eyes, Get Here, All the Men I Need, Cerita Cinta, Alam Maya, Di Dadaku, Malam Bulan Di Pagar Bintang, Ku Pendam Sebuah Duka, isu pengurus sombong, egoistik, Menaruh Harapan, Epilog Cinta, I’m Every Woman, Getaran, gambar noryn aziz, sam, manager noryn, kerek, Joget Sayang Di Sayang, earning money, Blog problogger, malaysian entertainment, chan lillian, funny, hong kiat, Idea, john chow, liew cf, make money online, money, nice number, short interview, Soccer, tips, toothbrush, toothpaste, wayne liew, weird, writting an ebook Can’t Take My Eyes of You, gossip, lirik, download, mp3[/tags]
Tags: Blog
Tags: Blog, Alam Maya, alam maya album, All the Men I Need, Blog problogger, Cerita Cinta, chan lillian, Di Dadaku, download, earning money, egoistik, Epilog Cinta, Fly Me to the Moon, funny, gambar noryn aziz, Get Here, Getaran, gossip, hong kiat, I-039m Every Woman, Idea, isu pengurus sombong, Joget Sayang Di Sayang, john chow, kerek, Ku Pendam Sebuah Duka, L.O.V.E, liew cf, lirik, luncheon, make money online, Malam Bulan Di Pagar Bintang, malaysian entertainment, manager noryn, Menaruh Harapan, minggu setiausaha, money, mp3, nice number, noryn aziz, sam, short interview, Smoke Gets in Your Eyes, Soccer, tips, toothbrush, toothpaste, wayne liew, weird, writting an ebook Can-039t Take My Eyes of YouClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 24th, 2008 at 2:03 pm
i suka noryn, suka sikap rendah diri die tu..
vokal die pun bagus..
persembahan die selalu segar je..
then i like her style.. die mmg cantik..
tp mcm u ckp la kurang menyerlah..
dunno why.. probably manajer/pro die kerek kot..
April 24th, 2008 at 3:56 pm
i in the other hand cant stand this woman. maybe ist her style. too made up to my liking. her face is permanently coated with 6 layers of make up!
April 25th, 2008 at 2:11 am
tak tahan gelak baca part ni:
“Ye lah, kami ini dianggap seperti Meet Uncle Hussain sedangkan mereka seperti New Boyz, gitu… OPS!”
April 25th, 2008 at 8:29 am
muke norynn nie babyface…cute sgt…lagi2 tang mata dia tu…
suara mmg kelas sgt…xyh dipertikaikan lagi…
gud luck norynn..support whtever u do………
April 25th, 2008 at 12:57 pm
erm..dlu aku xsuke ngan die..sbb seksi maut..tp sjk die blk umrah, dh krg seksinye..alhamdulillah..mmg cntk noryn wlupn pki juz simple n xseksi..aku suke die skang..hehe.. (cam le noryn peduli aku suke die ke x..haha..) cantik baju kuning ni..cam ala2 puteri gitu..
May 1st, 2008 at 9:08 am
nampak kan dia dah berusia…takpelahh..suara mantap