in , ,

Gambar Norish Karman Bersalin Tersebar & Jadi Viral

Gambar Norish Karman Bersalin Tersebar: Kontroversi yang melanda Norish Karman kini bertambah panas apabila gambar Norish Karman di Hospital tersebar.

Sebelum ini timbul gosip yang menuduh Norish Karman telah mengandung anak luar malah dikatakan lama menghilang atas sebab ingin mengelak dari rahsianya terbongkar. Ada pihak yang menuduh Norish Karman tinggal di Bali buat seketika sehingga dirinya pulih. Namun, Norish Karman sendiri menafikan perkara tersebut sekeras-kerasnya.

Norish Karman Melahirkan anak

Kini gosip tersebut timbul kembali setelah sebuah blog hiburan hari ini telah menyebarkan beberapa keping gambar yang dikatakan bukti Norish Karman telah melahirkan anak luar nikah. Berikut adalah gambar-gambar tersebut:

Norish Karman Melahirkan anak

Selain itu, laman blog hiburan tersebut juga telah mengongsikan satu screenshot Facebook seseorang yang bernama Akemi Kun menyatakan mahu mendedahkan kisah sebenar Norish Karman. Menurut tulisan Akemi Kun, nama bayi yang dikaitkan dengan Norish Karman ini ialah Alexander bin Abdullah dan dilahirkan di KPJ Cheras pada 24 September 2011 kira-kira jam 613 petang. – Gambar Norish Karman Bersalin Tersebar

Norish Karman Melahirkan anak

Budiey masih belum pasti samada gambar dan cerita ini sahih kerana pastinya nanti ramai wartawan akan bertanyakan tentang perkara ini kepada Norish Karman. Sama-sama kita tunggu apa jawapan beliau. Yang pasti, semua manusia buat silap, jika tak pernah buat silap bukan manusia namanya.

Tak perlu nak memalukan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Sepatutnya kita berdoa untuknya semoga allah mengampunkan dosanya buka memalukannya. Bayangkan anda ditempatnya. Ingat la kawan, satu telunjuk menunjuk orang, tiga lagi jari menunjuk kita. Sama-sama kita fikirkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Aziz Satar Sesak Nafas Dirawat di Unit Rawatan Jantung

Summer Love KL Drama Bersiri Online Yang Difilem Mengguna Iphone