Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gambar Nikah Wedding Resepsi Tini Hot FM & Sol

Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru buat Kartini Kamalul Ariffin (Tini), penyampai Hot FM dan pasangannya, Sol. Semoga kalian bahagia dan sejahtera berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Mereka dinikahkan pada jam 10.40 pagi oleh bapa Tini sendiri, Datuk Kamalul Ariffin dengan dua kali lafaz. Majlis resepsi telah diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Tini menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM10,000 serta 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki termasuklah sebentuk cincin, sejadah, telekung, jam tangan dan pewangi. Pihak pengantin perempuan pula membalas sebanyak 13 dulang hantaran antaranya senaskhah Al-Quran, kasut, kek, pewangi, coklat dan kemeja.

Hanya lafaz syukur yang mampu diucapkan oleh Tini saat dirinya sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya itu. Berkali-kali juga Tini akui tidak dapat menahan perasaan gementar sebelum acara ijabkabul dijalankan pagi itu.

Konsep tradisional menjadi pilihan Tini dan Sol untuk resesi yang dihadiri sekitar 1,000 tetamu itu. Mereka yang menggayakan busana rekaan Lubis House untuk kedua-dua acara tersebut telah mengenengahkan tema warna merah hati dan krim pada resepsi tersebut.

Faizal Ismail dan Rafidah Abdullah bertindak selaku pengacara pada resepsi tersebut selain dihiburkan oleh persembahan termasuklah oleh Dina Malaysian Idol.

Rakan-rakan penyampai radio Hot FM seperti Leya, Anne dan Kieran serta ‘orang kuat’ stesen tersebut, Seelan Paul turut hadir memeriahkan majlis bersejarah pasangan ini.

Tini dan Sol akan mengadakan sebuah lagi resepsi di sebelah pihak lelaki pada 28 Februari ini di Kota Tinggi, Johor.

Sama cantik sama padan

Semoga bahagia hingga akhir hayat

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Azura Deejay Hot FM & Shaffique Kahwin 12 Julai
  • Foto Wedding Zara Salim Davidson
  • Penyampai Hot FM Tini & Sol Kahwin Bakal Jadi Raja Sehari
  • Faizal Yusop Bekas Suami Siti Nordiana Kahwin Hari Ini
  • Gambar Majlis Resepsi Wedding Zaff di Dewan Komuniti TTDI
  • Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson
  • Perkahwinan Along Raja Lawak dan Zila Seeron Pecah Rekod
  • Pamela Anderson Wedding Pictures
  • Gambar Wedding Dynaz & Mohd Hafizi Fizy Kahwin



  • 14 Komen untuk entri “Gambar Nikah Wedding Resepsi Tini Hot FM & Sol”

    1. anna kata:

      Tubuh bertutup aurat terdedah.

    2. KLIK SINI kata:

      semoga bahagia ..klik di sini utk lihat artis & lain2 lagi memang menarik http:/www.mixdownload.biz

    3. oneyani kata:

      sgt comey n sedpadan

    4. single_roseband's kata:

      berseri tol muka kak tini ni… anywy, selamat pengantin baru ye…

    5. kertas putih kata:

      selamat pengantin baru tini.. semoga bahagia ke akhir hayat… binalah rumah tangga yang disulami dengan cahaya islam..

    6. ummie cute kata:

      Selamat pengantin baru kepada Tini dan hubby..semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat~amin..

    7. Sufi kata:

      Selamat pengantin baru kepada Tini & suami. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat & melimpah ruah rezeki hendaknye. Nak tanye ni Tini buat inai kat mane? cantiknye. Bulan depan saye nak kawin tgh cari kat mane nak buat inai ni. Tlg bgtaw k bye.

    8. erz kata:

      HENSEM HUBBY DIA..HUHUHU
      ANYWAY TAHNIAH..
      KURUS BYK DIA..

    9. Jom Cuti - Cuti Malaysia kata:

      Selamat pengantin baru..semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..

    10. june kata:

      wahhh slmt pengantin baru..

    11. ziera & fieza kata:

      Selamat pengantin baru kepada Tini dan husband..
      Semoga berbahagia hingga akhir hayat..

    12. Suriya Sidek kata:

      nak jugak komen…nak jugak komen…Tini & Sulhi..Selamat Pengantin Baru dr Green Apple Team :)

      Semoga di murahkan rezeki & dapat anak2 yang comel2. Ha ah i admit, ramai client GA cakap Sol hensem…ehehe.. :)

    13. Tok Ngah kata:

      Tahniah buat Sulfi dan Tini, Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga.Pantun dari Tok Ngah

      Sulfi Jasmin nama diberi,
      Isteri yang cantik bernama Kartini
      Pernikahan kalian sudah pun dimetrai
      Semoga kasih sayang kalian kekal abadi

    14. nadrah kata:

      tahniah buat tini

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!