Home HOME | My Few.net | Diary Budiey | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Contact Me | Bookmark (Ctrl+D)





[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]




Gambar Nabila Huda & Liyana Jasmay di Prebiu DUHAI SI PARI-PARI

Semalam telah berlangsung Majlis Prebiu Filem Duhai Si Pari-Pari di Golden Screen Cinemas MId Valley. Kesemua penggerak utama filem terbitan Tayangan Unggul ini hadir. Antaranya, Que Haidar, Harun Salim Bachik dan dua orang pelakon wanita yang Budiey kira adalah pelaris untuk filem Duhai Si Pari-Pari iaitu Liyana Jasmay dan Nabila Huda.

Sempena dengan dunia fantasi dan kayangan si Pari-Pari, kesemua yang hadir juga berpakaian serba putih. Taglinenya macam Budiey pernah dengar aje.. “Cerita Cinta Biasa Tapi Luar Biasa..” ooo patutlah, ada iras-iras tajuk lagu Dato’ Siti Nurhaliza rupanya.

Bagi Budiey, filem ini sangat ringan dan penonton boleh terhibur dengan komedi yang dilakonkan oleh semua pelakon. Cuma Budiey lihat karakter Que Haidar agak pelik sedikit. Mengingatkan Budiey tentang watak Jim Carrey dalam beberapa buah filemnya yang menggunakan ekspresi muka yang sangat maksimum. Kadang-kadang kalau kita tengok memang karakternya sangat aneh dan keterlaluan. Namun, syabas buat pengarah yang pertama kali mengarah filem. Bukan senang untuk buat penonton ketawa.

Ironinya, Que Haidar pernah berlakon bersama Nabila Huda dalam sebuah drama di TV3 berjudul Cinta Untuk Ain. Pastinya, penonton akan melihat persamaan dan perbezaan karakter yang Que Haidar boleh bawa. Impak, keberkesanan dan cara penyampaian itu memang penting sebab dari situ sesebuah filem diukur. Dan Que Haidar begitu berterus terang dengan media semalam, sebab pertama dia memilih untuk berlakon dalam filem ini adalah kerana duit. Itu memang benar. Semua pelakon memang mahu duit. Kalau tak macamana nak sara hidup kan?

Filem yang menelan belanja RM1.4 juta ini menampilkan cerita Fairy Tale Comedy. Dikuatkan lagi dengan lakonan dari cameo seperti Hans Isaac, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil dan Aziz Satar.

Oh ya, pelakon drama Nur Kasih, Remy Ishak pun ada dalam filem ni. Dia jadi devil si penjahat yang bersekongkol dengan watak Mala lakonan Nabila Huda. Budiey difahamkan pengambaran filem ini dibuat pada tahun 2007, bermakna pada masa itu Remy Ishak masih nak bertapak dan Liyana Jasmay pun nampak tembam dalam filem ini.

Untuk info pembaca, filem arahan pertama Azmi Md Hata ini akan ditayangkan mulai 31 Disember 2009. Kiranya, filem ini adalah filem penutup untuk tayangan filem Melayu. Dalam masa yang sama menjadi filem pertama yang akan ditayangkan untuk tahun 2010.



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari
  • Gambar Liyana Jasmay Jadi Pari-Pari
  • Filem Duhai Si Pari-Pari
  • Remy Ishak Si Koboi Jahat
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Peraduan Jom Menonton Filem Duhai Si Pari-Pari
  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Jawapan Trivia: Liyana Jasmay Duta Baru Maybelline New York
  • Gambar Nabila Huda di ABP 2009
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay



  • 10 Komen untuk entri “Gambar Nabila Huda & Liyana Jasmay di Prebiu DUHAI SI PARI-PARI”

    1. aini kata:

      hermmm nabila cam x cukup kain la….x comel la

    2. Tabuan kata:

      Tak silap aku si nabila pernah gi umrah kan…. ???

      Takpelah nabila lantak hang ler.. yg tanggung suami mu… ;)

    3. Gurl kata:

      Nabila still vouge walaupun berbadan 2, moga dgn kehadiran cahaya mata itu nanti,bertambah cerialah hidup mu bersama suami tercinta…liyana plk soo cute…

    4. aku ni kata:

      yes Tabuan, nabila mmg penah pegi umrah dgn ayah dia….tp aku bukan nak kata aper la….zaman skrg ni, org pegi umrah sebab nak melancong…ibadah tu dah kira, klu sempat buat la kott….aper2 pun aku harap nabila sedar yg aper yg dia makan, pakai n buat during pregnant ni…boleh bg ‘kesan’ pd zuriat dia nnt….

    5. Lulu kata:

      tapi still .. untuk yg anugerah ape tu.. saya rasa nabila patut menang bukan liyana .. sebab lakonan nabila tk kaku dan dia pandai berlakon sgt.. tapi mungkin lum rezeki dia kot untuk menang…

    6. spontan kata:

      oklah 2

    7. NONA kata:

      betul kata “aku ni” ngan lulu..harap2 nabila akan berubah dan jaga kelakuan during pragnant ni..apa2 pun nabila patut menang masa anugerah hari tu..liyana pulak yg menang ? bukan best sgt pun..

    8. gaban kata:

      kuningnye gigi liyana…ke gigi nabila yg putih sgt?eeyark!!

    9. DEARzaty kata:

      aww… i like liyana jasmay.. she so damn hot larhh.. !! :)
      and.. nabila huda.. u akan jadi hot mummy.. congratulation… :)
      yeahh… !! liyana jasmay.. i like ur style, u anak jati kl yg sangat urban larhh.. !! seriously., u my fasion idol larhh.. so cute.. :)

    10. Hamba Allah kata:

      LJ hot…NH pun hot gak!

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




































































































































































































































































































    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK