in

Gambar Megan Tan Yue Mei di Media Prima TV Networks Screening 2012

Hadir dengan dress turquoise, Megan tidak lekang dengan senyum manisnya di Media Prima TV Networks Screening 2012 yang berlangsung semalam. Budiey sempat borak dengan Megan, hos program Quickie 8TV yang katanya baru sahaja pulang bercuti di Melbourne selama 10 hari. Memang best dapat bercuti dan jalan-jalan sekitar Melbourne.

Megan bergandingan dengan Prem mengacarakan post party yang berlangsung sejurus selepas Media Prima TV Networks Screening 2012.

Megan ni memang senang nak didekati sebab dia tak lah sombong. Senang nak berurusan dengan Megan yang akan muncul dalam sebuah filem arahan Mamat Khalid, Apokalips ni. Mungkin pengalaman belajar dan dapat kelulusan kelas pertama dalam jurusan psikologi dan komunikasi banyak membantu menjadikan Megan bertambah matang.

Megan pernah dihantar ke London seorang diri untuk menemubual pelakon filem Harry Porter, satu pengalaman yang sangat mencabar kerana setiap media diberi masa yang sangat terhad.

Megan menjadi hos Quickie bergandingan dengan Naquib setiap hari di 8TV dan mereka bergilir-gilir mengendalikan rancangan yang disiarkan jam 9.30 malam, 10.30 malam dan 11.30 malam.

Seorang yang suka menyanyi, Megan juga pernah berlakon dalam sebuah telefilem berjudul Sakura bersama pelakon Shahz Jaszle yang diarahkan oleh Rosnani Jamil.

Megan

Megan

Megan

Megan

Megan

Megan

Megan

Megan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fara Fauzana & Neelofa Pengacara Nona 2012

Senarai Lagu Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 26