in

Gambar Maya Karin di Pelancaran Tilam Vono Maya Care

Pada 5 Ogos lalu, Budiey sempat ke Pelancaran Tilam Vono Maya Care yang diadakan di Sleep Clinic, Courts Setapak, Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Beberapa hari sebelum tu pun, Budiey ada ambil gambar Maya Karin di Pelancaran Produk Terbaru L’oreal di Mid Valley. Mungkin ramai lagi tak tahu, Maya Karin baru je balik dari bercuti bersama adiknya, Armin.

Menurut Maya Karin, ianya satu pengalaman yang luar biasa dapat menjelajah dari satu negara ke satu negara. Antaranya Brazil, Venuzuela, Peru, Colombia dan Peru. Maya Karin ada terima tawaran dari Shuhaimi Baba untuk berlakon dalam Petanda Putera tapi dia nekad untuk bercuti sebab memang dah lama sangat dia asyik bekerja. Lebih kurang 5 tahun Maya Karin tak bercuti, jadi dia mengambil masa untuk bercuti selama 2 bulan. Ambek kawww! Lama tu! Memang best. Tapi tak rindu orang Malaysia ke bila jauh sangat diperantauan sana?

Dengarnya, Maya Karin akan bercuti lagi selepas hari raya puasa nanti. Kali ini dia akan ke Australia. Sebelum tu, Maya Karin akan ke Penang untuk melawat sanak saudara di Pulau Pinang. Akan beraya di Australia bersama kawan-kawan rapatnya di sana. Maya akan menetap di Byrant Bay yang berdekatan dengan Gold Coast. Sepanjang bulan Ramadan, Maya kata dia tak banyak job, sekadar duduk berehat di rumah.

Maya Karin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya AidilFitri yang bakal tiba. Maaf Zahir Batin.

Julung kalinya, nama Maya Karin terpapar dalam jenama terbaru produk tilam Vono – Maya Care – Maya Karin Back Care Mattress Tange. Menampilkan rupa bentuk yang elegan, tilam Vono terbaru ini boleh dibeli dengan harga yang sangat murah selepas diskaun sebanyak 50%.

Selain ada cabutan bertuah dan sesi autograf bersama peminat, Maya Karin turut menghiburkan pengunjung yang datang dengan single terbarunya.

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Maya Karin Vono

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Lady Gaga Berimej Lelaki

Full HD 3D Glasses Initiative