Gambar Mawi dengan Kereta Naza Sorento Barunya

Usai sudah Anugerah Bintang Popular 2006 kira-kira jam 12.45 malam, saya terus bergegas keluar dari dewan. Hangat dengan bahang kepanasan dari api yang marak bahana persembahan Datuk Siti Nurhaliza dengan lagu Destinasi Cinta. Tetapi macam kurang gempak untuk penutup.
Dewan pada malam itu memang 100% penuh sampai ada yang sanggup berdiri. Tak sakit kaki ke korang nih ha? Dua jam lebih tu berdiri…
Kalau kalian yang pernah datang ke Arena of Stars masa ABP pada tahun lalu, sudah sedia maklum bahawa Mawi akan berada di luar dewan untuk majlis penyerahan kereta baru. Ini secara tak rasmi. Kiranya kereta Naza Sorento 2.5 (A) tajaan Naza Kia Sdn Bhd berharga RM143,000 itu dah sah milik mutlak Mawi. Sesiapa tak boleh pertikaikan. Siapa nak bantah sebab ini keputusan pengundi Berita Harian.
Keputusan ABP memang dapat dijangka. Budak sekolah pun pandai nak teka siapa yang menang. Adakah Mawi akan menang lagi pada tahun hadapan? Jawapan saya, YA… Mawi akan menang kalau Akademi Fantasia musim ke lima ini tidak berjaya melahirkan aura dan ombak sekuat tsuMawi.
Penghibur yang berbakat, bijak dan cantik sahaja tidak cukup. Aura kena kuat. Kredibiliti kena mantap. Semuanya atas kehendak orang kita. Diorang suka penghibur yang bagaimana… jenis apa, corak apa, perisa apa… semuanya ditentukan oleh orang kita.
Jadi, jom kita ucap tahniah kepada Mawi. Semoga rezeki Mawi melimpah ruah dan lebih banyak lagi pada tahun 2007. Kiranya ini adalah titik permulaan untuk anak Felda Taib Andak, Kulai ini untuk terus mencipta sejarah untuk kalendar 2007. Apalagi selepas ini?

Mawi: Besarnya kereta Naza Sorento ni. Nampak dari luar kecik je. Berapa orang boleh muat ni ek?
Peminat: Mawi aku undi ko beratus kali nih. Sampai pokai duit aku beli Berita Harian. Aku rasa, pasal aku undi yang jadi ko menang nih… Mawi… bawak ah.. aku jalan-jalan pusing KL ngan kete baru ko ni… Kira oraitla…

Apa yang saya tengok, lebih kurang 5-6 orang sekuriti jaga Mawi pada masa tu. Mawi pulak nampak macam rimas dengan peminat-peminat yang berasak-asak ingin bersalaman. Senyum manjang Mawi dengar semua orang ucap tahniah kat dia.
Tidak sampai 10 minit Mawi bergambar dengan kereta barunya itu, sekuriti dah kena ’usung’ Mawi masuk kereta. Risau takut orang semakin ramai bersesak-sesak nak bersalaman.
Apa sahaja yang Mawi cakap masa berucap, pasti ada yang tak puas hati. Seperti ucapan-ucapan penuh dengan nada kebanggaan dari Mawi semalam. Apa pendapat anda? Adakah ucapan Mawi itu dianggap keterlaluan atau memang sudah disusun sebegitu oleh Mawi?
Untuk ulasan ABP 2006 dan beberapa gambar eksklusif pasal baju Mawi masa ABP, sila ke blog Fiebie… Katanya, Hazwani Osman (anak ayam Fiebie) yang telah mereka suit yang dipakai Mawi. Memang glamour dan nampak klasik!
Tags: Anugerah Bintang Popular, MawiBaca artikel lain yang berkaitan:










February 6th, 2007 at 12:10 am
dier dah susun kot. yg bestnyer, selamba badak jer sound org yg buat isyarat over roll. biasalah kan, mawi kan dah jd dive. hehehe
February 6th, 2007 at 12:33 am
Mungkin kot ye Mawi dah susun dan hafal ayat yg dia nak cakap…
February 6th, 2007 at 12:07 pm
hahaha… nak jadi macam Sifu dia kot? jenis yang sound direct aje.
February 6th, 2007 at 2:40 pm
Sekadar bertanya, Mawi dapat kereta, pemenang-pemenang lain dapat piala je ke?
2 years in a row… so, officially Mawi dah take over title penyanyi no 1 Malaysia from Siti. Dulu rasa macam impossible je somebody boleh beat Siti. And now kita rasa macam mustahil ada orang boleh lebih glamer dari Mawi. Yang pasti, wartawan hiburan tidak lagi boleh merujuk Siti sebagai penyanyi no 1 negara, maybe still penyanyi wanita no 1.
Ada orang sanggup potong Berita Harian hari-hari untuk vote artis pilihan. Aduhai, manusia ni memang tuhan jadikan pelik dah unik.
February 7th, 2007 at 11:20 am
budiey
akak memang tak ada e-mel address, cuma suka2 masuk blog budiey dan baca komentar. Mawi menang lagi thn ni tapi masih ada yg kurang senang..sampai undian yagy kurang tu pun dijadikan isu. Undian artis lain tak pula diberitahu..macam Rosyam tu, apa dah jadi..raih pelakon tv popular aje thn ni..Undian Siti pula macamana…
apa-apa pun, akak tetap doakan Mawi akan terus berjaya…wartawan2 yg tak suka Mawi tu..cukup2lah menghebahkan cerita negatif pasal Mawi..
Mawi, terima kasih kerana melawat mangsa banjir baru2 ni…bantuan anda dihargai..terharu wpun baru 2 thn, dgn rezeki yg ada tu mawi sudi menghulurkan sedikit kpd mereka. Kami tahu Mawi ikhlas bukannya ada udang di sebalik mee…nak jadi ahli politik ke, nak dapat habuan bisnes ke..
Diharap Mawi sentiasa bersikap rendah hati, jaga hati penyokong dan budi bahasa jangan lupa…k…
February 7th, 2007 at 5:45 pm
rezeki mawi lagi tahun nih.harap2 nxt yr die menang lagi..wpon aku tak penag mengundi..hehehe
November 9th, 2007 at 9:34 pm
i sokong “akak yang kata”…pd wartawan yg xske mawi…jauhkn la dri amik tau psl mawi..cr la cite2 psl artis len..bkn pe..kbykn cite2 negatif yg xberasas byk berpunca dr wartawan….bkn je mawi tp rmi artis lain gak..bnde kck dbsr2kn..d tokok tmbh…mmm 2la krja wartawan…
kpd mawi..keep it up….ignore wat others said..as long as u n Allah knows da fact is….
March 26th, 2008 at 9:12 pm
agk2 die mng lagi x??? 2007?
hiks…
September 15th, 2008 at 11:57 am
harap-harap rezeki mawi bertambah……………..kereta naza memang power……………………world
July 11th, 2009 at 5:58 pm
mawi sore nye leh tahan