Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Gambar Marsha & Felix di ABP 2006

 Jelita, fotogenik dan anggun. Itulah yang saya boleh katakan tentang imej Marsha ketika beliau berjalan melintasi karpet merah di ABP 2006 yang lalu.

 Marsha pada Budiey adalah seorang bintang Akademi Fantasia yang ayu lagi manis selepas kelahiran gelaran Pesona Bintang yang diberikan pada Linda. Sepanjang musim Akademi Fantasia, Marsha antara bintang yang manis dengan memiliki wajah yang fotogenik. Sentiasa tersenyum, ramah serta manja.

 Meskipun tidak berjaya merangkul Artis Baru Wanita Popular, Marsha sudah berada di tahap yang boleh dibanggakan. Kemenangan berpihak kepada Farahwahida di mana keputusan ini amat memeranjatkan ramai pihak. Nampaknya, Ina Naim tidak berjaya menembusi benteng pengaruh bintang-bintang baru yang lain. Kesian Ina…

 Saya tidak sangka Farahwahida akan menang kerana beliau bukannya pendatang baru yang lahir dari khalayak peminat yang ramai. Ironinya, ramai penonton yang berada di dewan bersorak dan bertepuk tangan ketika nama Ina Naim disebut sebagai calon finalis. Dan ramai juga yang ‘booo’ Ina setelah mendapati nama lain yang disebut sebagai pemenang. Saya kira sudah tiba masanya kita menerima Ina Naim seadanya dalam arena seni hiburan tanahair.

Tidak mengapalah Ina, awak boleh mencuba yang memberikan yang terbaik pada tahun ini!

 Kepada Toby dan peminat Marsha yang lain, hanya dua foto ini sahaja yang sempat Budiey rakamkan buat kalian. Tidak dilupa juga foto teman baik Marsha iaitu Felix yang begitu kemas dengan pakaian yang ditaja oleh pereka tempatan. Felix nampak riang dan ceria melayan peminat yang ingin bersalaman.

 Tidak seperti artis sorang tu, yang memang kerek dan sombong sangat. Berjalan pun macam orang lupa dunia. Peminat menjerit nama dia pun tak nak berpaling. Apatah lagi nak singgah dan berjabat tangan! Kirim salam saje lah! Siapa yang saya maksudkan? Biarlah jadi rahsia.

 Biasalah, di Malaysia sekarang, sudah menular satu penyakit di mana artis sudah lupa diri. Lupa pada peminat yang menyokong. Lupa kepada budi peminat yang mengundi dan menjulang namanya. Pernah saya dengar seorang peminat dihalau oleh artis kesayangannya ketika Anugerah Juara Lagu yang lalu. Kesian dan simpati sangat Budiey dengar cerita dari mulut peminat tu. Dia kata, mulai hari tu, dia tak nak dengar lagu penyanyi tu lagi. Yang minat bertukar menjadi benci. Mmm… apa-apa aje lah!

 Tengok tu, Felix pun tahu nak bersalam dengan peminat… kan Felix kan?

Kebetulan dalam siaran Sebalik Malam di TV3 malam tadi, Felix menceritakan dia pernah digoda oleh Mak Nyah. Geli geleman Felix katanya kena raba kat Mak Nyah tu. Tak kuasa you! Hahaha… Tak cukup dengan itu, Felix pernah dihadiah dengan bermacam benda pelik seperti kondom, lolipop dan batang mancis. Apa kes kan hadiah kat artis benda-benda crap cam nih.

Macam-macam kerenah manusia dalam dunia ni kan?

Untuk foto yang lebih BESAR dan PUAS HATI, sila layari:

http://budifoto.blogspot.com

Tags: , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Marsha, Pelakon Drama Kirana Jelita & Seksi
  • Profile Marsha Milan Londoh
  • Gambar Marsha Milan Londoh di M-IFW 2008 @ The Garden
  • Felix Terima Cek Pemenang Pertama Project Runway Malaysia
  • FIESTA KAAMATAN GAWAI BERSAMA FELIX & MARSHA
  • Gambar Sekitar Konsert Mila AF5 & Frens di Planet Hollywood
  • Gambar Selebriti di Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ketiga
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Sekitar Preview Disney High School Musical 2
  • Gambar Anak Ellie Suriati dan Azri Iskandar



  • 2 Komen untuk entri “Gambar Marsha & Felix di ABP 2006”

    1. tobymiaw kata:

      thanks budiey for the lurvely fotos!!! cayalah… marsha cun abihh.. felix & mawi encemmm.. hahahaha…

    2. ENTAH kata:

      ENTAH APA2

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET