Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Malam Gala SUMOLAH Movie



Walaupun filem Sumolah mempunyai struktur filem yang kuat… kekuatannya terserlah pada permulaan dan juga pengakhiran filem. Namun, ada beberapa babak yang meleret. Saya juga agak keliru seandainya watak Ramlee sebagai Mat Rempit tidak dipersembahkan sepenuhnya. Tidak ketara sangat pun watak rempit yang dipegang Ramlee kerana tidak ditunjuk barang sekali pun, Ramlee berlumba di jalanan. Melainkan dialog “Dewa Mat Rempit kembali lagi!”

Penonton filem ini mungkin tertanya dari mana idea-idea penceritaan plot ini diperolehi. Sudah tentu, penulis asal Sumolah iaitu Michihiro Kubota. Mungkin beliau ada alasannya sendiri untuk bercerita dengan sebegitu rupa. Mengikutinya, idea cerita ini ditulis pada tahun 2003. Ketika itu rupanya dia adalah pemerhati kepada bakat hebat pelakon Malaysia iaitu Afdlin Shauki. Dari inspirasi itu, ditokok tambah dengan idea dari Afdlin, maka timbulnya idea untuk menggabungkan perlawanan Sumo serta budaya Jepun yang berlatar belakangkan bumi Malaysia dalam sebuah filem. Filem ini mulanya bertajuk NOKOTTA iaitu satu prinsip atau kata-kata perangsang orang Jepun bermaksud, semangat yang tidak mengenal erti putus asa. Berusaha sehingga berjaya dan berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir. Menang atau kalah, bukan penentunya. Dari situ, cerita Sumolah juga digarap berdasarkan kisah seorang lelaki yang cuba untuk menjadi seorang manusia berguna. Berguna pada ibunya, berguna pada kawan-kawannya, dan berguna pada orang di sekitarnya.

Ini dia penulis asal Sumolah, Michihiro Kubota. You rock steady la bro! Japang mali!

Pelakon komedi, Shanie.

Gambar pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Pierre Andre. Tahniah, filem anda telah berjaya mengutip kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara iaitu RM6.2 juga. Filem yang mendapat sambutan luar biasa di Singapura ini juga akan dibawa ke Filipina. Wow! Untung besar. Boleh buat kenduri ni. Jangan lupa jemput Sensasi Selebriti ya…

Dayang Nurfaizah juga hadir bersama pengurusnya. Nantikan album terbaru Dayang berkonsepkan R&B pada November tahun ini. Antara lagu yang termuat adalah lagu yang menjadi lagu tema kepada drama Emil Emilda lakonan Syarifah Amani di TV3 berjudul Ingin Kumiliki ciptaan Audi Mok.

Ini dia peminat nombor satu Afdlin Shauki iaitu Amylea. Siap ambik autograf Afdlin. Bersama bekas pelajar AF5, Afiq. Erin mesti suka tengok gambar ni, kan Erin kan? Untuk info kalian, Afiq kini sibuk dengan show dan konsert di bawah pengurusan Maestro.

Pose meletop dari pelakon Datin Diaries, auntie Azean Irdawaty. Masih cantik kan?

Pelakon tambahan Sumolah sempat pose aksi Rikishi… tolak bang, jangan tak tolak. :)

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Foto Selebriti di Gala Nite Diva The Movie
  • Gambar Majlis Pra Tonton SUMOLAH
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Sekitar Malam Gala SUMOLAH – Intro
  • Foto Inthira Charoenpura di Malam Gala
  • Updated: Gathering Pembaca Sensasi Selebriti
  • Gambar Tiz Zaqyah di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Gambar Remy Ishak di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011



    • mazen

      waaa…..i like pierre… handsome la dia… suka dgn watak dia dlm dunia baru, mohd adifff…… he he he… muka sengal gile kat dlm drama tu.

    • http://xsyd.wordpress.com syd

      kak azean masih maintain cun…

    • http://bintangdisurga.blogdrive.com erin

      aaaaafffffiiiiQQQQQ ku….. aper amylea buat kat sebelah die tu budiey.. ni yg jeles nih…

    • http://www.ahmadfaidhi.com faidhi

      wah .. rambut baru ka pierre andre .. hahuahuhaha .. nice

    • den

      ada cd free kah kalau ada saya mau satu.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK