• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gambar Majlis Resepsi Umie Aida & Khairuddin

13
  • by Budiey
  • in Artis Berkahwin
  • — 29 Mar, 2010

Fasa Baru Umie Setelah Bergelar Isteri

RAMAI yang tidak menyangka aktres Datin Paduka Umie Aida akan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

Melihat riak bahagia di wajah Umie, 37, dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, ketika majlis persandingan mereka di Hotel One World semalam, jelas terpancar bibit-bibit cinta yang masih mewangi.

Umie dan Khairuddin bersanding dalam persalinan berwarna merah cili di Hotel One World semalam.

Warna-warna ceria yang menghiasi ruang persandingan lebih membuahkan makna kepada erti cinta sebenar yang diraih oleh Umie dan Khairuddin.

“Selepas bernikah, saya rasa angau bercinta dengan abang dan seperti hendak mengikut ke mana sahaja dia pergi,” kata Umie dalam satu sidang media selepas majlis persandingan itu.

Cara Umie bercerita menampakkan dirinya kini sudah tidak sepi tanpa cinta. Duda anak dua itu bagaikan telah berjaya menakluk hati Umie yang sebelum ini hampir membatalkan perkahwinannya.

Pasangan itu telah selamat melangsungkan pernikahan pada 14 Mac lalu di Tanah Suci Mekah.

“Alhamdulillah, selepas dua minggu bergelar isteri, saya menjadi manusia yang berbeza kerana sebelum mengenali abang, saya takut tiada perasaan cinta. Syukur, saya dapat rasai sendiri rasa cinta kepada abang.

“Saya tak boleh nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin. Semasa baru lepas bernikah, saya rasa kelakar apabila duduk berduaan dengannya. Kenangan waktu itu sangat bahagia dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli,” ujarnya sambil tersenyum di sisi suami tercinta.

Diusik apakah juadah pertama yang dimasak oleh Umie, dia berkata suaminya sempat menjamah sarapan pagi berupa roti sardin dan sup. Lantas, Khairuddin di sebelah mencelah: “Sedap sangat…”

“Abang dah mula bekerja. Apabila dia pulang kerja, dia tidak mahu saya terlalu sibuk memasak untuknya. Cukuplah sekadar menyediakan buah-buahan,” kata Umie yang turut sibuk dengan persiapan untuk berpindah ke rumah baru mereka di Bukit Kiara.

Ditanya tentang bulan madu, mereka akan terbang ke London memandangkan Khairuddin mempunyai urusan urusan perniagaan di sana pada bulan April ini.

Pasangan itu turut ditepung tawar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyentuh tentang anak, Umie yang mempunyai dua orang anak angkat itu berserah kepada Tuhan untuk mengurniakan anak pada bila-bila masa.

Tepat pukul 9 malam tadi, Umie dan Khairuddin disandingkan di atas pelamin rekaan Jovian Mandagie serta menyarungkan persalinan berwarna merah cili rekaan pereka yang sama.

Hampir 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang hadir ke majlis itu.

Turut hadir dalam majlis yang dikendalikan oleh Juita Jalil itu adalah keluarga Umie termasuk kakaknya, pengarah dan pelakon Erma Fatima, keluarga pihak lelaki, selebriti terkenal tanah air seperti Erra Fazira, Serina Redzuawan, Dynas, Nabila Huda, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Liyana Jasmay, Misha Omar, Fazura, Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Fahrin Ahmad.

Umie dan Khairuddin ditepung tawar oleh kedua-dua jemputan khas itu dan makan beradap bersama-sama. Sekali-sekala, mempelai dan tetamu turut diraikan dengan tarian Melayu tradisional dan nyanyian lagu-lagu ‘evergreen’ oleh Farhan, Ziana Zain dan Salamiah Hassan.

Selepas upacara makan beradap, pasangan pengantin menukar persalinan kedua yang serba putih untuk upacara memotong kek. [sumber]

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Umie Aida

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Wedding Rahsia Amber Chia
  • Next story Gambar Ainul Aishah di Pelancaran Drama Spa Qistina

ENTRI BERKAITAN

  • Gambar Selebriti di Majlis Resepsi Awal Ashaari & Scha Alyahya 7 May, 2012
  • Nurul Syuhada Kahwin Pegawai Bank Julai Depan 3 May, 2011
  • Gambar Pra Perkahwinan Scha Alyahya & Awal Ashaari 27 Apr, 2012
  • Gambar Majlis Perkahwinan Penyanyi Suki Low & Jeremy Chong 17 Dec, 2012

13 Comments

  1. fixa says:
    Monday, March 29, 2010 at 5:34 pm

    tahniah kak umie…cantik baju pengantin

  2. hamba Allah says:
    Monday, March 29, 2010 at 9:05 pm

    Alhamdulillah…semoga berbahagia…
    tapi rasanya spt mempermainkan hukum Allah…
    dah cantik2 nikah depan kaabah, tapi bila kembali..terdedah tanpa rasa apa2..mudah2an Allah sentiasa melimpahkan hidayahNya pada pasangan pengantin baru ini dan kpd kita semua…Ameen…Allah tidak berkehendak apa2 pada kita..justeru kita yg memerlukanNya..

  3. Honeybee says:
    Monday, March 29, 2010 at 9:21 pm

    dlu iras jaafar onn .. lani iras fareez lak ..
    Apa2 pun .. smoga brbahagia sokmo ..

  4. shine says:
    Tuesday, March 30, 2010 at 10:16 am

    umie aida seiras dgn muka ct nurhalizah la pulak…..

  5. femalesepiii says:
    Tuesday, March 30, 2010 at 12:46 pm

    Alhamdulillah. slamat gak umie aida bernikah dpn kaabah. Tahniah!
    Tapi betul gak…mcm mempermainkan hukum Allah. Patutnye dah
    susah payah nak nikah kat depan kaabah…pas nikah tu paham2
    sendiri laa nak bertudungke..menutup aurat ke.. Hmmm…
    tak mencacatkan pun baju kawin tu kalau kepala dan badan tu
    ditutup ngan tudung dan selendang yg cantek. Insaf2 la pas kawin tu.
    Apepun…semoga Umie Aida n suami berbahagia hingga ke
    akhir hayat hidup sebagai suami isteri..Amin..

  6. Ah Loy says:
    Tuesday, March 30, 2010 at 2:08 pm

    niceeee!!!!
    thumbs up!!!!

  7. Reena Shah says:
    Tuesday, March 30, 2010 at 2:22 pm

    congrats. napa rambut si khairuddin tu mcm kena karen letrik je

  8. salwa says:
    Tuesday, March 30, 2010 at 5:16 pm

    selamat pengantin baru kak umi dan suami semoga berpjgan
    hingga akhir hayat………

  9. Hamba Allah says:
    Tuesday, March 30, 2010 at 6:24 pm

    Tahniah buat Umie Aida dan psgn. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat & dikurniakan anak2 yg comel dan sihat. Harap lepas ni, pakaila baju yg menunjukkan status isteri orang…jgn dedah2 lagi weh! Tak elok bagi orang lain nengok pree jek….sian kat suami tu ha!

  10. zyda says:
    Tuesday, March 30, 2010 at 6:32 pm

    slmat pngtin baru…tp knp rupa datuk n datin cam lain mcm jer esp bhg idung lbh mncung dpd biasa…huhu

  11. apeapeaje says:
    Wednesday, March 31, 2010 at 9:05 pm

    congrats tuk umie dan Paduka. Skrg x lah asyik dgr cerita tok ct je ke luar negara ….. x sabar nak tgok umie perpakaian setelah bergelar isteri @ datin Paduka..

  12. TEPUNG TUKIR BANGGOL.wan mazzidi says:
    Thursday, April 1, 2010 at 1:20 am

    tok wan banggol.berpegang pada hati.bina masjid atas dasar keimanan.ya..

  13. atromen tarohh says:
    Friday, April 23, 2010 at 8:21 pm

    Hai nampak sangat la kemuna**kan artis-artis Malaysia ini. Guna Makkah, guna Kaabah untuk publisiti sahaja. Kemudian balik menikah pakai baju yang mirip kafir menikah jer. Beri alasan salahkan pereka fesyen yang menaja baju nikahnya. Bodoh. Asyik nak harap tajaan saja. Kalau kaya sangat tentulah boleh pilih sendiri jenis baju pengantin tu. Carilah fesyen yang bertudung dan sopan. Tak boleh guna duit sendiri ker? Nak berjimat kot?

    Artis-artis lain tolonglah ambil pengajaran dari kes ini. Janganlah nak beri alasan bodoh setelah terjadi perkara tak elok. Peminat sekarang bukan dungu tau.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.