in , ,

Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi & Eddie CRK

Akhirnya, penerbit filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman telah bertunang juga dengan pemain bass kumpulan rock CRK, Mohd Eddie Ghazali dalam satu majlis ringkas yang diadakan di rumah Raja Azmi di Ukay Perdana, Ampang hari Isnin kelmarin. Raja Azmi tak ambil kisah dengan cakap-cakap orang yang mengatakan dia bertunang di usia lebih setengah abad dan bukan pertama kali disunting orang.

[dropcap]B[/dropcap]ukan tujuan untuk meraih publisiti, apatah lagi, Raja Azmi juga tak peduli pun kalau ada orang kata dia miang kerana dia anggap majlis ini hanya untuk memenuhi adat dan permintaan anak-anaknya. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi majlis ini adalah untuk membolehkan mereka mengenali hati budi dengan lebih dekat.

“Tak semua orang dapat bertunang kali kedua. Kak Mi rasa ini adalah anugerah dari Allah. Memang ada yang kata Kak Mi miang tapi Kak Mi rasa tak salah pun kalau kita bertunang kali kedua. Kak Mi nak ikut adat orang kita. Kita akan lebih kenal hati budi dan tempoh ini juga kita akan nampak sikap sebenar masing-masing. Yang penting, saya mahu berkongsi dan menjadikan kisah hidup saya sebagai teladan kepada orang lain.”

Acara merisik dan bertunang disempurnakan semalam diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung kedua-dua pasangan itu iaitu Mohd Daniel, 21, bagi pihak ayahnya iaitu Eddie dan Puteri Suraya Mohd Jalani, 28, mewakili Raja Azmi.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung. Manakala pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut.

“Kak Mi harap perkahwinan kali kedua ini kekal hingga akhir hayat. Sikap penyabar Eddie membuatkan Kak Mi tertarik kepada dia dan tak ubah seperti bekas suami.”

Eddie bersyukur dengan majlis pertunangan yang sederhana itu. Eddie dulunya dah lima tahun menduda selepas kematian isteri pada Januari 2008. Yang penting, Eddie dapat terima Raja Azmi seadanya.

“Saya pilih Raja Azmi sebab sifat keibuan dan peribadinya. Kami sebenarnya dipertemukan oleh anak buah saya yang menjadi jurulatih kecergasannya di gym. Kami kenal lepas tu bercinta. Saya tahu kisah hidup dia dan itu semua tak halang sikit pun untuk saya kenal dia. Ini kerana saya dah berbincang dengan dia, apa yang boleh dan apa yang tak boleh, dan dia terima.”

Hasil perkahwinan pertama selain Daniel, Eddie memiliki seorang lagi anak bernama Mohd Effy, 19.

Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek. Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.

Pada majlis bertunang itu, turut dilakukan ialah majlis menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Eddie, iaitu Mariah Abu Samah.

Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar.

Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

“Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Kira dah masuk enam bulan. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu. Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya.”

Pasangan tersebut merancang akan bernikah pada 15 September depan.

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aiman Hakim Ridza di Bazar Seindah Ramadan

Fara Fauzana & Yakult Rai Warga Emas