Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Majlis Persandingan Zizan Nin & Fazilah Hani



Budiey BlogMAJLIS persandingan pasangan pengantin baru pelakon Zizan Nin, 37, dan Fazilah Hani Harun, 30, berlangsung secara sederhana namun meriah di Dewan Perdana Felda, di sini, malam tadi.

Pasangan mempelai yang tiba tepat pada pukul 9 malam disambut dengan paluan kompang dan persembahan pancaragam mengiringi pengantin sehingga menjejakkan kaki ke gerbang pelamin.

Majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman dengan menggunakan gabungan warna putih suci dan merah jambu dihiasi denganbunga-bungaan yang menceriakan lagi majlis.

Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul. Ia didahului oleh ibu bapa saudara pengantin perempuan diikuti ibu bapanya dan bapa kepada pengantin lelaki.

Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian penyanyi undangan dan persembahan nyanyian buat julung kalinya daripada rakan baik Zizan, pelakon Tony Eusoff.

Kira-kira 1000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin. Selain itu beberapa rakan artis seperti Aqasha, Tony Eusof, Korie serta rakan-rakan sekerja Fazilah dari stesen ntv7 turut memeriahkan majlis.

Pasangan Zizan dan Fazilah Hani selamat diijabkabulkan pada 19 Mac lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan hanya sekali lafaz. [sumber]

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Zizan Nin Akan Kahwin Fazilah Hani Harun 19 Mac Ini
  • Zizan Nin Kahwin Pembaca Berita NTV7 Fazilah Hani Harun
  • Zizan Nin Bukan Mahu Bercerai Tapi Ambik Kad Nikah
  • Gambar Majlis Persandingan Fifi & Feriz
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Gambar Sekitar Majlis Hari Jadi Zizan Razak Ke 28
  • Gambar Kekasih Yasmin Hani, Don Nazar Mustaffa Bekas Suami Haflin
  • Gossip Rumahtangga Zizan Nin & Fazilah Hani Ada Masalah
  • Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010



  • 7 Komen untuk entri “Gambar Majlis Persandingan Zizan Nin & Fazilah Hani”

    1. aku ni kata:

      congrat to both of them….aku suka dgn zizan sebab dia ni kurang gosip n that girl, aku penah la tgk kat tv9….tapi aku mushkil laa…naper la bersanding pun that girl pakai baju colour putih mcm tu sebab waktu nikah pun dah pakai colour tu…aku bukan jeles tp dah mcm tak tukar baju la plak…klu ader yg nak kata aku tak perasan design dia tak sama…aku perasan…. cuma, kan lg menarik klu pakai warna yg berlainan…ape2 pun aku doakan diaorg cpt2 dpt anak sebab zizan pun doa perkara yg sama..kan?…

    2. apeapeaje kata:

      …dan lagi satu sape make-up pengantin ni, sian dia…jd tak lawa lak….mcm bukan make-up utk pengantin…dgn tebal putih melampau..

    3. saya kata:

      huhu…anak dara ex majikan saya rupanya.. Ex majikan saya dh jadi Dato’.

      Saya ada gmbar awak semasa kita Fmly Day di Pulau Besar.

    4. DEARzaty kata:

      wahhh… ur wife.. so beautiful :)
      sweet je..

    5. Hamba Allah kata:

      Tahniah….
      Semoga mahligai yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat….

    6. achoo kata:

      wife lagi tinggi drp hsband…murah rezki tuh!

    7. ummu kata:

      cantex sgt.. p niela artis
      ble na awek,,yg sexy2,,
      ble kawen,,yg betudung j pilihan..~

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK