Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Majlis Perkahwinan Ungku Intan Sarafina & Iskandar Ezzahuddin



MENERUSI seorang kenalan, mereka dipertemukan hampir dua tahun lalu. Sejak pertemuan itu, ikatan persahabatan yang terjalin mula membuahkan benih-benih kasih dan akhirnya termeterailah lafaz cinta di antara mereka sekitar Mac lalu.

Yakin dengan pilihan yang dilakukan, penyanyi cantik Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 27, atau lebih dikenali sebagai Intan Sarafina serta pasangannya Iskandar Ezzahuddin Dr. Ahmad Zulkiflee, 32, memilih tanggal 17 Oktober lalu untuk diijabkabulkan.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM80 oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Mohamad Afandi Che Harun, setelah diwakilkan oleh bapa Intan, Ungku Yahya Ungku Mahmood di kediaman penyanyi itu di Villa Laman Tasek, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Dengan sekali lafaz, status pasangan yang bertunang pada 31 Ogos lalu itu sah sebagai pasangan suami isteri.

Pada majlis yang turut dimeriahkan oleh ahli keluarga terdekat, Intan turut menerima wang hantaran RM15,000 daripada Iskandar selain saling bertukar dulang hantaran.

Pastinya kegembiraan yang bertamu di hati kedua-dua mempelai ketika itu sukar digambarkan dengan kata-kata. Ketika ditemui selepas upacara akad nikah tersebut, kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana segala yang dirancang berjalan seperti yang diharapkan. Memang Intan rasa gembira sangat sebab tak sangka status Intan kini sudah bertukar menjadi seorang isteri.

“Walaupun pada mulanya Intan rasa berdebar sangat tetapi bersyukur kerana akhirnya kami berjaya disatukan,” kata Intan penyanyi yang sangat popular dengan lagu Duhai Malam.

Suami izin aktif

Berazam memberi yang terbaik dalam kehidupan rumah tangga, kata Intan, selepas bergelar isteri dia harus menjadualkan semula perjalanan aktiviti seninya berbanding rutin yang dijalaninya sebelum ini.

“Semestinya Intan perlu membahagikan masa sebaik mungkin selepas ini sebab bagi Intan, antara keluarga dan kerjaya kedua-duanya sama penting.

“Walaupun dia (suami) tidak menghalang aktiviti seni Intan, tetapi Intan perlu fikirkan yang terbaik untuk kami sebab dia sekarang bukan sahaja sebagai teman Intan tetapi sudah pun menjadi suami.

“Selagi ada tawaran nyanyian, Insya-Allah Intan akan terima asalkan tidak pergi jauh dalam tempoh masa yang lama. Dia memang faham kerjaya Intan, cuma dia nasihatkan pada Intan supaya tidak lupa pada tanggungjawab dan tahu membahagikan masa,” kata bekas peserta One In A Million musim kedua (OIAM2) itu tanpa berselindung.

Ditanya tentang perasaannya yang bakal berpisah dengan keluarga kerana menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri, kata Intan, dia sudah biasa berjauhan daripada keluarganya sejak bergelar artis.

“Sebenarnya Intan dah biasa berjauhan dengan keluarga sebab banyak buat persembahan di luar Kuala Lumpur jadi kebiasaannya memang tidak rasa sedih. Bagaimanapun, kali ini Intan pergi sebagai seorang isteri yang sudah ada tanggungjawab lain, bila berpisah dengan keluarga memang rasa sedih juga. Alhamdulillah, keluarga mertua Intan pun baik sebab mereka menerima Intan seadanya. Memang Intan rasa bertuah sangat sebab dapat jadi sebahagian daripada mereka,” kata Intan yang bakal menetap bersama suaminya di kediaman pilihan mereka di Bandar Sunway, Damansara.

Bercerita tentang anak, kata Intan, dia dan suami merancang untuk memperoleh empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Masih belum menetapkan destinasi berbulan madu, kata Intan, dia dan suaminya mungkin akan ke Bali, Indonesia selepas majlis resepsi mereka di sebelah pihak pengantin lelaki yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada Januari tahun depan.

Sementara itu, Iskandar pula menggambarkan isterinya itu seorang wanita yang cantik dan berkeperibadian menawan.

“Pada pertama kali melihat Intan, saya memang tertarik kepada dia. Peringkat permulaan, kami hanyalah kenalan biasa sebab saya sibuk dan diapun sibuk dengan OIAM. Bagaimanapun, awal tahun ini hubungan kami menjadi lebih erat dan mula keluar bersama. Jadi rasanya saya pun tidak mahu tunggu lama sebab umur saya pun sudah semakin lanjut,” katanya.

Kredit berita: Utusan Malaysia

Kredit gambar: Gua, Kosmo

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Kekasih Intan Sarafina di Pulau Andaman
  • Gambar Megat Evan Raez Anak Intan Sarafina
  • Gambar Majlis Intan Sarafina & Iskandar Bertunang
  • Gambar Intan Ladyana & Kamal Adli di ABPBH2010
  • Gambar Intan Ladyana di Majlis Penghargaan MIG
  • Gambar Anak Ellie Suriati dan Azri Iskandar
  • Tonton Teater Mana Setangginya & Inran Yang Tercanai di TV1
  • Gossip Kontroversi Gambar Bogel Intan Ladyana; Bukan Gambar Betul?
  • Senarai Nama Top 12 One In A Million Musim Ke-2
  • Gambar Pelakon Drama Puteri Beego Bertunang



  • 9 Komen untuk entri “Gambar Majlis Perkahwinan Ungku Intan Sarafina & Iskandar Ezzahuddin”

    1. Honeybee kata:

      Alhmdulillah … hmm .. tgh tggu nasi minyak Budiey dgn org Bangi lak! Hik! :)

    2. p-ja kata:

      mudah2an berkekalan ke akhir hayat…hehe..;)

    3. erz kata:

      mmg cantik la…org cantik..decoration cntik..

    4. abby kata:

      tahniah intan tepung gomak :p

    5. june kata:

      akhirnya bersatu juga…congrats…

    6. syazleen kata:

      Apesal la pengantin lelaki nie senyum macam tak ikhlas jer? Hehehehehehe

    7. zaty kata:

      waahhhh….. berseri2 jew INTAN SARAFINA
      and husband dye. besa larhh… seri pengantin
      en..!!!!! humm… lepas nie tunggu baby ah
      lak en..!!! hahhhahaahahhahhaa……………

    8. ZANA-PHG. kata:

      BAGAI PINANG DIBELAH DUA PASANGAN PENGANTIN NIE….SAMA CANTIK SAMA PADAN…SMOGE BERBAHAGIA KEKAL KE AKHIR HAYAT……TAK SBR TGGU PASANGAN NIE MENIMANG CAHAYAMATA….

    9. a1zudd1n kata:

      moge kekal ke akhir hayat..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK