in

Gambar Majlis Nikah Ahmad Fedtri Yahya

Budiey nak ucapkan Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat penulis lirik dan juga personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya dan isteri beliau, Nurul Anati yang telah melangsungkan Majlis Pernikahan iaitu 28 Mei 2011 di sebuah masjid dan majlis kenduri kesyukuran pula akan berlangsung pada 29 Mei di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Pengkalan Machang, To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Manakala, majlis menyambut menantu pula akan berlangsung pada hari Sabtu, 11 Jun di Arena Square, Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak.

Di internet, Budiey ada terbaca beberapa komen positif tentang bakal isteri Fedtri Yahya ni. Dikatakan beliau seorang gadis yang lemah lembut, baik hati, suka menolong orang, tidak suka memburukkan orang, tidak pandai simpan dendam pada orang yang aniaya dia dan mudah memaafkan orang. Gadis ini, seolahnya tidak pandai untuk berfkiran negatif terhadap orang atau dalam erti kata yang lain dia seorang yang bersangka baik dengan semua orang.

Pada yang tak kenal, Ahmad Fedtri Yahya adalah seorang personaliti TV3 yang tak asing lagi. Beliau pengantara dan penerbit bersama program bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI). Dalam ramai-ramai, beliau antara personaliti yang kurang mendapat publisiti begitu juga gosip nakal dari media.

Menurut Fedtri, beliau mula mengenali isterinya ini ketika menjalani penggambaran program Masjid Ke Masjid sekitar November tahun lalu secara tidak sengaja di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

“Kami ada majlis makan-makan dan di situ saya terpandang kelibatnya yang turut hadir bersama sekumpulan ustazah dan tetamu lain. Lantas apa yang boleh disimpulkan, saya tertarik dan terus terasa sesuatu. Terdetik jauh di dalam hati, dia adalah gadis sempurna buat saya. Namun, semua itu hanya satu perasaan dan siapa sangka, perkenalan di situ berlanjutan tapi masih atas dasar sahabat. Mungkin itu yang dikatakan jodoh dan satu perasaan yang berbeza menjentik jiwa. Jika ditanya mengapa dia menjadi pilihan, ia tiada satu jawapan konkrit kerana jujurnya, kami tidak pernah melalui satu proses kebiasaan pasangan bercinta.

“Percaya atau tidak, kami berdua tidak pernah keluar berdua-duaan dan sentiasa ditemani rakan lain atau ahli keluarga jika ingin bertemu. Malah kami juga jarang sekali berhubung di telefon melainkan ada perkara penting. Selebihnya, proses mengenali hati budi itu hanya berpaksikan komunikasi melalui facebook dan mesej saja. Ia soal perasaan dan rasa percaya dalam hati.

“Saya yakin dia adalah gadis yang tepat buat saya. Selepas saya melakukan sembahyang istikharah beberapa kali, wajahnya juga menjelma dan begitu juga dengan dia. Mungkin juga kerana pendedahan dan pergaulan saya bersama teman-teman ustaz sepanjang menerbitkan program Masjid Ke Masjid, mereka banyak mengajar dan menyuluh laluan itu hingga saya benar-benar pasti, ini satu keputusan yang tepat,” katanya.

Kata Fedtri, dia tertarik dengan perwatakan, personaliti dan sikapnya yang menyenangkan dan begitu selesa bersamanya hingga ingin menyuntingnya pada kali kedua pertemuan. Siapa sangka, Nurul Anati yang juga guru Fizik di sekolah menengah di Kepong, Selangor berjaya menawan hatinya. (pembetulan : Nurul Anati mengajar di SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur)

Enggan terus membiarkan ruang peribadinya tersingkap, Fetri yang pernah memberi sentuhan pada lagu Dusta Berkalang dendangan finalis Akademi Nasyid, Aiman, membuka satu perspektif baru dalam sebuah hubungan anak muda sepertinya. Percaya akan prinsip cinta bukan atas dasar maksiat, Fedtri yang merisik bakal isterinya Februari lalu, ingin melayari nikmat cinta selepas perkahwinan.

“Saya seorang individu yang meninjau hari esok. Mengendalikan program bual bicara yang membicara isu-isu semasa, menganjurkan motivasi dan kini menerbitkan program ilmiah keislaman, Masjid Ke Masjid, membataskan saya untuk mencatur langkah yang mungkin boleh memberi persepsi lain buat saya. Reputasi dan pandangan orang adalah satu aspek penting yang perlu diambil serius. Malah teman-teman juga banyak menasihatkan agar menjaga hubungan di peringkat awal lagi supaya perjalanan di kemudian hari lebih terjamin.

“Saya lebih yakin untuk menempuh perasaan bercinta itu selepas kami sah menjadi suami isteri dan ketika itu, segala-galanya halal dan lebih terpelihara. Memang saya akui ia satu langkah besar namun kalau dilihat pada sudut berbeza, ia satu pertaruhan yang berbaloi dan positif,” katanya berseloroh. via Harian Metro

Gambar ini diambil oleh Odisi Studio. Terima kasih.

Fedtri Kahwin

Ahmad Fedtri Yahya Kahwin

Ahmad Fedtri Yahya Kahwin

Ahmad Fedtri Yahya Kahwin

Fedtri Kahwin

Fedtri Kahwin

Fedtri Kahwin

Fedtri Kahwin

Fedtri Kahwin

Fedtri Kahwin

Fedtri Kahwin

Fedtri Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kad Kahwin Ahmad Fedtri Yahya & Nurul Anati

Gambar Majlis Pertunangan Adzriefaiz & Suliza