in , ,

Video & Gambar Majlis Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin

Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N’Dah Shah Alam di sini, malam Selasa tadi. Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.

Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta. Duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga putih, Rozita dan Zain turut memakai inai tajaan My Beautiful Henna.

Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.

Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.

Seramai 200 orang tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet.

Sementara itu, anak sulung kepada Rozita, Ammar Effendy, 17, gembira ibunya bakal mengakhiri zaman jandanya dan berharap kebahagiaan tersebut kekal ke akhir hayat.

“Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati.”

Pasangan itu akan dinikahkan pada hari ini, 11 Disember 2013 jam 8 malam di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam selepas solat Maghrib. Sumber: Mstar Online

Budiey rasa, memang layak pasangan ini digelar wedding of the year, buktinya? Haa, tengok sendiri Majlis Berinai yang telah berlangsung malam tadi. Grand! kedua orang selebriti ini nampaknya baru saja menjalani majlis berinai mereka sebentar tadi.

Menerusi laman Instagram beberapa orang selebriti seperti Aznil Nawawi dan juga Azza Elite, nampaknya sudah terpancar sinar kebahagiaan diwajah Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Berlainan dari selebriti-selebriti sebelum ini, majlis berinai Zain & Che Ta sememangnya fabulous dan meriah sekali.

cheta1

cheta inai1

cheta zain inai3

Video dari rakaman selebriti Datuk Aznil Nawawi yang hadir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zain Saidin Tawar Percutian Bersama Peminat

Gambar Kad Kahwin Majlis Nikah & Resepsi Rozita Che Wan & Zain Saidin