Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Majlis Berinai Kecil Serina Redzuawan



Semalam, 31 Disember 2009, jam 8 malam telah berlangsung Majlis Berinai Kecil pelakon dan hos Serina Redzuawan. Namun, dengarnya Chef Wan agak terkilan dan kecewa dengan sikap acuh tak acuh hos Zalina Azman, bekas personaliti TV3 yang tidak hadir semalam. Ini menjadikan majlis agak cacat tanpa hos.

Walaupun begitu, majlis itu tetap berjalan dengan lancar dan meriah tanpa pengacara majlis di Al Halabi lounge, J.W Marriott, Kuala Lumpur.

Masalah berpunca dari salah faham Zalina dengan 2 buah majlis berinai yang dirancang dalam resepsi perkahwinan Serina. Yelah, ada majlis berinai kecil dan ada majlis berinai besar. So, kat situ keliru sikit.

Pada pukul 9.30 malam, Serina muncul mengenakan empat persalinan secara satu persatu dalam majlis itu.

Serina kelihatan persis Puteri Maghribi ketika menggayakan persalinan utama yang berkonsepkan Maghribi dengan rona hitam rekaan Jovian Mandagie ditambah pula dengan solekan Baby Elle.

Menariknya mengenai persalinan ini, persalinan itu mengikut potongan kaftan berpanel dihiasi 20 jenis manik yang pelbagai bentuk.

Tiga lagi persalinan termasuk kebarung songket berwarna hijau, cheongsam bermotifkan naga, gaun petang berwarna kelabu beserta tiara dan layah ditaja oleh Butik Pengantin Nasha dari Ipoh, Perak. Kegemerlapan empat persalinan Serina di majlis itu turut diserikan dengan sebuah persembahan tarian ala padang pasir (bally dance) oleh tiga orang penari dari Malaysia, Mexico dan Lubnan.

Majlis yang selesai menjelang tengah malam itu dihadiri oleh lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Serina dan bakal suaminya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar telah selamat dinikahkan pada pukul 11 pagi tadi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Biodata, Profile & Gambar Serina Redzuawan
  • Serina Redzuawan Selamat Melahirkan Anak Sulong
  • Gambar Serina Redzuawan di Pelancaran Mifa 2009
  • Majlis Berinai dan Bertunang Serina Redzuwan – Gavin
  • Gambar Majlis Akad Nikah Serina & Salahudin Ghafar
  • Gambar Kekasih Serina Chef Wan
  • Serina Redzuawan & Chef Ridz Hos Sajian Kontemporari
  • Telemovie Keliru Lakonan Maria Farida, Serina Redzuawan
  • PERIUK MALAYSIA BELANGA BRUNEI EZZY SUNDAY
  • Umie Aida Akan Kahwin di Mekah 14 Mac Ini



    • bunga tanjung

      cantiknyee…..berseri sngt2….

    • adekepatut

      nampak gemuk tp sporting bila tgk kat wanita hari ini

    • rizuan

      its ‘BELLY DANCE” not bally dance lah!aiyoooo…nmpk sgt.bykkn membaca penyuluh hidup jajaja…. ;p

    • NONA

      cantikla baju tu…majlis serina dibuat sebegini rupa dan keadaan kerana ayahandanya adalah orang yg terkenal dan disegani di seluruh dunia..harapnya peminat tk salah erti dgn perkahwinan serina yg dibuat secara besar2an..semoga bahagia dan berkekalan..amin…

    • ros

      majlis baru bermula tapi dah kecoh dgn ketiadaan hos.Ape lah Chef Wan ni? Kata takndak wat “grand2″ konon sbb tak mau terikut2 trend artis2 mengadakan MAJLIS ALA2 WEDDING OF THE YEAR” tapi,majlis awak mengalahkan artis & anak raja lagi!!Rentetan majlis pun ntah brape kali.Dah semcm takbur pun ada.

    • WAN MAZZIDI

      TAHNIAH.SEMOGA KEKAL HINGGA KE KAKI PELAMIN ..JAGALAH TINGKAH LAKU ITU LEBIH BAIK DARI……..

    • apeapeaja

      kadang2 tu mmg mcm tu bila dah plan betul2 alih2 ada jugak yg tak kena….

    • ADIK

      xbertudung pulak si mak serina..
      tetap nak glamer ex wife si chef wan nie..

      apepun aku salute kat chef wan sbb masih ngekal kan hubungan baik dgn mak pada ank2 beliau….

    • http://none Nabila Jamel

      Hi everyone, my name is Nabila and im the who did d henna design to SERINA AND SALAHUDIN plus NING BAIZURA AND OMAR. So, if everyone out there need my henna service for their wedding, engagement and etc.., do no hesitate to call me at my number 017-4890415. My based is in KL and i still do outstation job. Regards. NABILA

    • nia

      serina sememangnya dh cantik pakai apapn memang cantik,sama cantik sama padan,suami dia manis mukanya

    • http://none Nabila Jamel

      Hi everyone, my name is Nabila and im the one who did d henna design to SERINA AND SALAHUDIN plus NING BAIZURA AND OMAR. So, if everyone out there need my henna service for their wedding, engagement and etc.., do no hesitate to call me at my number 017-4890415. My based is in KL and i still do d outstation job. Regards. NABILA



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK