in

Gambar Majlis Berbuka Puasa Pasukan Bola Sepak Kelantan

Gambar Majlis Berbuka Puasa Pasukan Bola Sepak Kelantan

Gomo Kelate Gomo. Begitulah sorakan yang sinonim dan tagline buat penyokong pasukan bolasepak Kelantan. Dek kerana itu, mungkin tak jadi masalah apa pun jika Kelantan tunduk kalah di tangan pasukan tajaan AirAsia, Queen Park Rangers di perlawanan persahabatan dengan 5-0. Segalanya datang dari jiwa nurani dan minda yang positif untuk meningkatkan lagi prestasi dalam perlawanan sebenar selepas ini.

Walaupun Budiey tengok pasukan Kelantan dihentam dan dikutuk oleh penyokong di laman media sosial, pasukan Kelantan nampaknya terpaksa akur dengan kelemahan mereka. Namun, kekuatan Kelantan disamakan dengan Sabah mungkin ada benarnya juga kerana Sabah juga menerima nasib yang sama kalah di tangan QPR dengan 5-0.

Pada hari Sabtu lalu, Budiey telah berkesempatan untuk berbuka puasa di hari pertama Ramadhan bersama dengan pemain bola sepak handalan dari negeri Kelantan. Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan atau KAFA dan turut dihadiri oleh Tan Sri Annuar Musa yang menerajui Presiden KAFA bersama dengan pegawai yang bertugas.

Turut diraikan dalam majlis yang diadakan di Hotel Hyatt Saujana Subang ini ialah 100 orang anak yatim yang telah menerima duit raya dan juga hadiah sumbanngan KAFA.

Majlis diserikan dengan beberapa buah lagu nyanyian daripada adik istimewa yang melagukan lagu Maher Zain.

Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat hadir kerana masih lagi berada dalam keadaan yang tak mengizinkan di mana lututnya masih cedera.

Namun begitu, Budiey perhatikan semakin ramai syarikat produk yang mahu melamar Apek sebagai duta produk mereka. Terbaru, Apek dilihat berlakon dalam iklan 100 Plus dan tak lama lagi, Apek juga akan diraikan dalam majlis pengumuman beliau menjadi duta produk penjagaan rambut Brylcream. Tahniah buat Apek.

Majlis Berbuka Puasa Pasukan Bolasepak Kelantan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siaran Sukan Olimpik 2012 Di London Dalam Bentuk 3D

Album Lagu Terbaik Pilihan Hari Raya