Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Majlis Akad Nikah Wedding Que Haidar dan Linda Jasmine



Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pelakon filem Maut, Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine kerana selamat diijabkabulkan semalam di Bora Ombak pada jam 5.45 petang.

Berlangsung serba ringkas tanpa hantaran seperti kebanyakan pasangan pengantin. Hari kekasih semestinya amat bermakna buat mana-mana pasangan bercinta terutamanya bagi pasangan pengantin baru Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30 dan Linda Jasmine Hashim, 37 yang diijabkabulkan semalam.

Dengan dua kali lafaz Que telah sah dinikahkan dengan linda oleh jurunikah masjid Kampung Melayu Ampang, Abu Sapian Jasin berwalikan bapa Linda, Datuk Murad Hashim di Bora Ombak di sini kira-kira pukul 5.45 petang semalam.

“Saya gembira dan akan berusaha membahagiakan isteri sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah walaupun agak gementar ketika akad nikah, semua perancangan berjalan lancar,” katanya.

Que memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.     

Sementara linda cantik seperti ‘ratu’ dalam busana putih rekaan Datin Sharifah Kirana membalas dengan sebentuk cincin. Que juga segak berbaju Melayu bewarna sedondon dengan pengantin perempuan yang direka oleh pereka yang sama. 

Antara mereka yang hadir adalah ibu bapa Linda, Datuk Murad Hashim dan Datin Kay Hashim, ibu Que, Rahmah Hussein, Ketua Biro (Utara) Star Publications (M) Bhd yang juga bapa saudara Linda, Datuk Seri Kamal Hashim, sepupu Linda merangkap perunding perkahwinan, penyanyi Jeslina Hashim, rakan artis seperti pelakon Awal Ashaari dan Shasha Bashir.

Pada malam disusuli majlis persandingan ala Bali, juga di lokasi sama dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan pengantin baru itu, termasuk beberapa rakan artis. Majlis menyambut menantu di pihak lelaki pula berlangsung di Dewan Orang Ramai Felda Taib Andak, Kulai 15 Mac ini. Sementara itu, Linda berterima kasih kepada rakan terutama pereka fesyen dan perancangan perkahwinan kerana menjayakan majlis impiannya.

QUE dinikahkan oleh jurunikah Abu Sapian Jasin di Bora Ombak, Ampang.

Mungkin Que berdebar-debar atau neves, dengan dua kali lafaz, Que-Linda sah bergelar suami isteri.

QUE memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.

RESTU SUAMI… Linda mencium tangan suaminya selepas selamat dinikahkan petang tadi.

LINDA menyarungkan cincin hantaran darinya ke jari Que.

SAAT BAHAGIA… Kedua-dua pasangan ini sempat memberikan pose menarik untuk jurugambar yang membuat liputan majlis pernikahan mereka

RATU HATI… Que memberi kucupan sayang kepada isterinya, koreografer Linda Jasmine.

Pucatnya muka Linda. Ada kata takde seri, kenapa lak ni? Ni dah cantik dah ni. BAGAIKAN RATU… Linda kelihatan anggun dalam busana serba putih rekaan Datin Sharifah Kirana

Saat terindah, menyarungkan cincin ke jari Linda. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke hujung hayat. Kredit: Mstaronline

Budiey: Tak sabar nak tamatkan zaman bujang… macam lambat je nak tunggu bulan Jun tiba.

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Linda Jasmine Pakai Barang Kemas Habib Jewels
  • Gambar Anak Penari Linda Jasmine
  • Gambar Linda Jasmine di Pelancaran Album Nas Adilla
  • Linda Jasmine Selamat Melahirkan Tengku Cleopatra
  • Wedding Que Haidar & Linda Jasmine Dapat Tajaan Habib Jewels
  • Gambar Hantaran & Dekorasi Akad Nikah Siti Sarah & Shuib
  • Gambar Majlis Nikah Ezlynn & Adam
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Foto Wedding Zara Salim Davidson
  • Gambar Pre Wedding Eira Syazira & Azad Jazmin



  • 32 Komen untuk entri “Gambar Majlis Akad Nikah Wedding Que Haidar dan Linda Jasmine”

    1. emma kata:

      lipstiknya tu kaler pucat. kalau pakai yang terang sket takdela nampak pucat sangat.

    2. ami kata:

      cahaya kamera tuu…tahniah ler buat que n linda. dulu bcinta sembunyi2..kan senang dah nikah gini. jgn diikut resmi sememeh n normiang tu.

    3. june kata:

      alamakk seramnya..dulu tgk linda nk cantik..awat skrg cam bapok plak…

    4. poyo je.. kata:

      rase2nya kalau rmbut dia potong pndek skt paras bahu, tntu lbh sweet kan!….anyway, slmat mulakan hidup baru.moge kkl ke akhir hayat..

    5. adorable kata:

      they are so sweet .
      =))

    6. bosan kata:

      Linda pecat makeup artist you!

    7. zarin kata:

      bimbing isteri ke jalan yg diredhai olehNya…. yg kekal hanya disana

    8. ezzy kata:

      congrats 2 u both…QUE, jaga isteri baik2 k….

    9. zaa_ikram kata:

      tahniah both of u..hm..yelaa,puct nmpknya mulut linda..dh la dia tuh ptih..hu3 xpa lah,yg penting dah selamt..

    10. NAK KOMEN kata:

      TAHNIAH

    11. erz kata:

      Lipstik kena terang sikit g..
      terlalu pucat…
      coz semua putih..
      kena pandai main dgn warna..tona warna kena ada..
      tak blh nmpk sekata jer…

    12. ross kata:

      memang betul le warna lipstik tu yang buatkan linda nampak pucat..dia memang cantik pakai baju pengantin tu..cuma sayangnya tukang make up tu yang buat Linda hilang manisnya..takpe lah Linda asal ijab kabul dah selesai..Tahniah untuk anda berdua..moga jodoh berpanjangan sampai ke akhir hayat..AMIN..!!!!!

    13. rEENA kata:

      linda, i think ur makeup artist buta color la. juz bcos of ur lipstick ur look so horrible and dull macam hantu cina

    14. adekepatut kata:

      tahniah…semoga bahagia. Harap2 que\dapatlah bimbing isteri sebaik mungkin

    15. T Pah kata:

      Tahniah, moga dapat melayarai bahtera perkahwinan dan berbahagia hingga keakhir hayat.

    16. ejan kata:

      TAHNIAH

    17. wati kata:

      tahniah ……….. moga22 dapat timang anak cepat2.

    18. mawar kata:

      klu Que tu ptg rambut die yg ntah ape2, better aku rase..bile rambut die mcm tu, nmpk cam samseng kmpg dusun jek..huhu..

    19. FIZA kata:

      SEMOGA BERBAHAGIA

    20. syasya kata:

      linda nampak cantik tp,make up tu tak menyerlah sgt..

    21. AYANG kata:

      HyE..sLmT bErbAhAgIa nGaN CINTA aBaNg..T kTe JmPe Kt PuLaI Eh..Dh KhWiN nI jG SkEt PrAngAi Tu tAu..XbLeH nOtY2 lG YeA..

    22. G.G kata:

      i dun think makeup artist 2 buta warna or wat so ever,skrg ni kn trend makeup cmni,lg pon linda 2 mmang da cantek,x perlu warna yg trang2,pda yg x reti about makeup 2,juz shut up k….

    23. anymous kata:

      sekali pandang cam bapok + anak ayam..dua kali pandang cam mak dan anak..hahah..anyway selaamt berbahagia.
      tapi..kenapa mak Q menangis saja sepajang penikahan itu ????
      hanya dia yg tahu..
      mmg lain benar menangis tanda gembira dgn menangis tanda kesal..huhu

    24. kakaktua kata:

      Congratulation pada semua mamat2 kat luar sana yg da buta warna pilih kakak..tua sebagai teman hidup …..tunggu aje episod ngeri seterusnya !!!

    25. lily kata:

      Congrats 2 d both of u.:) may ur marriage will last long FOREVER… Happy newly wedds…

    26. NONA kata:

      KURANG AJAR TUL STATEMENT SI ANYMOUS NGAN KAKAKTUA..AKU DOAKAN ANAK KORANG SOK DPT JODOH NGAN ORG TUA LG HUDUH..AKU RASA DIA ORG NI MUSUH QUE N LINDA KOT…ATAU TK DE KERJA LAIN NGUTUK ORG..CAM KORANG BAGUS SGT..NTAH2 HAMPEH..

    27. NONA kata:

      CONGRATS QUE N LINDA..TK LAMA LG TIMANG BABY BARU..KALAU IKUT JALAN YG BETUL..INSYAALLAH..HIDUP KITA PASTI DIBERKATI..TO LINDA JAGALAH SUAMI TU N BUAT QUE JAGA N BIMBING ISTERI TU YE..JGN LE CERAI BERAI CAM NORMAN N ABBY TUH..N JGN JADI CAM NORMAN TUH..

    28. amerie kata:

      congrats! UNFORTUNATELY, what others mentioned bout the lip color are true, doesnt have to be a makeup artist or know about makeup, see for ur self, its pale and she is a sweet lady no doubt she always used to like the nude lip color, but common, a light pink wont do any harm to add the sweet look that she have.however, its already end!

    29. The Gates of Paradise » What’s in a name? kata:

      [...] (as in Que Haidar that fella who married above his weight class [...]

    30. idawithlove kata:

      sape yg kaci komen yg pompan tua tk boleh kawin dgn lelaki muda…memang sah lah fikiran korang tu kolot n kuno..mmg org melayu sekarang tk boleh terlepas dari fikiran kuno mcm korg.dunia boleh berubah apelagi manusia kan.tapi aku tgk fikiran melayu nie masih tk berubah mcm tu jugak…suka mengutuk org pandang hanya pada buruknye..bila melayu nk berubah nie? tanye diri sendiri bangsa lain dah jauh pergi kite masih kat sini dgn alam kuno. btw congrats to que n linda.
      aku tgk makeup ok n i like e nude lip colour that’s e nowadays trend. netural look.kalau aku nk kawin pon aku rase aku nk nampak natural tk nampak too much of makeup sgt nanti nampak fake.
      and one more thing pada mereka yg kac negative comments..tk layak duduk zaman nie pergi jauh2 duduk kt pulau sorg2 n buat family kat sana ok..bubbye muackz

    31. 244ryo2x0 kata:

      oh comel giler anak dia ok..boleh msk johnnys..haha

    32. nur syahirah kata:

      eh kak linda nak tahu tak anak kak linda yang pertama tu handsome sangat boleh saya angkat jadi adik soalnya saya seorang saya berumur 15 tahun dan saya seorang jadi kalau dapat chat dengan dia pun sudah menghiburkan hati saya sekian sampainkan salam saya untuk anaknya ya k bye goodluck tau bye wassALAM

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK