in ,

Gambar Majlis Akad Nikah Irma Hasmie

Irma Hasmie Bernikah Pada Hari Ini. Gambar Majlis Akad Nikah Irma Hasmie dikemaskini. Pada hari ini, Jumaat, jam 3 petang, pelakon terkenal Irma Hasmie atau nama sebenarnya Irma Hasmie Bt Haji Ibrahim melangsungkan perkahwinannya dengan Redza Syah Azmeer Bin Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada pasangannya, Redza Syah Azmeer Dato’ Hj Mohd Radzuan pada jam 3.55 petang tadi.

Irma Kahwin

Irma & Redza kini sah sebagai suami isteri.

Irma dinikahkan sendiri oleh bapa kandungnya, Hj Ibrahim Othman dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Redza Azhar, Pegawai Juru Nikah, Cerai dan Rujuk, JAWI, Putrajaya.

Di majlis pernikahan tersebut, pihak lelaki menyerahkan 11 dulang hantaran, mas kahwin menggunakan mata wang Dinar berjumlah tiga Dinar beserta wang hantaran dan dibalas sebanyak 13 dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis yang bertemakan moden ini diadakan di Dewan Persidangan Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan dihadiri hampir 500 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara dan sahabat handai.

Turut kelihatan beberapa orang rakan artis seperti Misha Omar, Diana Amir, Yatt Hamzah dan ramai lagi.

Di majlis itu juga, Irma anggun dengan busana hasil rekaan Hatta Dolmat sementara pengantin lelaki mengenakan baju Melayu hasil sentuhan Ezuwan Ismail.

Irma Hasmie memakai busana yang sangat cantik rekaan dari Hatta Dolmat Couture. Wajah Irma pula disolek oleh Chomel Mak Chom.

Tahniah buat Irma Hasmie. Selamat Pengantin Baru, Budiey ucapkan.

Irma Hasmie juga turut menerima ucapan dari selebriti yang dihangat di Twitter:

Scha Alyahya: Tahniah @IRMA_HASMIE. Semoga berbahagia dan diberkati selalu 🙂

Wardina: Selamat mnjdi isteri @IRMA_HASMIE 🙂 I’m so happy 4 her. How Allah blesses you when you choose Allah’s way. U can never go wrong InsyaAllah.

Irma Hasmie Nikah

Irma Hasmie Nikah

Irma Hasmie Nikah

Heliza Helmi bersama Amin Idris selaku pengacara pada petang ini.

Heliza Irma Hasmie Nikah

Dessert table untuk tetamu yang hadir di majlis pernikahan Irma Hssmie. Menarik! Perhiasan dekor ni cantik sangat sampai takut nak sentuh…Jamu mata je la ya.

Irma Hasmie Kahwin Nikah

Gambar Redza Syah Azmeer yang sedang menunggu upacara ijab kabul dibuat.

Redza Syah Azmeer

Irma Diapit dan ditemani oleh keluarganya

Irma Hasmie Nikah

Irma Kahwin

Heliza Irma Hasmie Nikah

Irma Hasmie Kahwin

Irma Hasmie Kahwin

Irma Hasmie Kahwin

Irma Hasmie Kahwin

Irma Hasmie Kahwin Nikah

Irma Hasmie Kahwin Nikah

Irma Hasmie Kahwin Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awi Rafael Buang Tatu Guna Perubatan Islam

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang