in ,

Gambar Majlis Akad Nikah Ella & Azhar

Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz. Tahniah Ella. Selamat Pengantin Baru.

Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

VIDEO MASA AKAD NIKAH BERLANGSUNG:

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.

Ella tampil anggun dengan busana rekaan Saiful Baharim.

Ella Sanding

Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.

Ella Nikah

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media. Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.

Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ella dan Azhar berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Gambar Ella dan suaminya selepas selamat diijabkabulkan.

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Ella Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hantaran Majlis Tunang & Nikah Ella

Review Cyberview Resort & Spa