Gambar Lisdawati Fauzi Nawawi Bersanding Perkahwinan RM1 juta
Sensasi Selebriti ingin mengucapkan sekalung tahniah, selamat berbahagia dan selamat pengantin baru kepada pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi di atas perkahwinan dan majlis persandingan RM1 juta yang telah pun berlangsung.

—
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pasangan pelakon popular, Lisdawati Nazaruddi, 28, dan suami, Fauzi Nawawi, 34, apabila mereka diraikan pada majlis persandingan yang cukup ‘mewah’ di Dewan Komuniti, Taman Ibu Kota, di sini, malam ini. Menurut Lisdawati atau lebih mesra disapa Lis ini, walaupun majlis itu diadakan secara sederhana, tetapi ia cukup bermakna buat dirinya dan Fauzi kerana mendapat tajaan melebihi RM1 juta daripada pelbagai pihak sempena meraikan hari bersejarah pasangan ini.
Majlis itu mendapat tajaan antaranya daripada Rafflesia the Pearl Centre yang menaja barangan kemas bernilai RM1.5 juta untuk digayakan oleh Lisdawati pada persandingan mereka itu. Beberapa pereka fesyen tanahair juga turut menaja busana pasangan ini untuk digayakan pada majlis itu seperti songket sedondon berwarna kuning kundang yang direka khas oleh Calvin Thoo, gaun petang yang dipakai oleh Lis pada upacara memotong kek hasil rekaan Michael Shu, tuxedo rekaan Kenny Loh dari Lord’s Tailor dan kasut rekaan Karina Ng dari Four Seasons Collection.
Manakala pelamin pada majlis persandingan itu pula ditaja oleh AZM Bridal dari Johor yang mencecah kos melebihi RM50,000.
“Saya amat terharu memang saya tidak pernah menyangka akan ada pihak yang ingin menaja majlis bersejarah kami ini. Ini adalah rezeki. Ada juga yang diberikan terus kepada kami sebagai hadiah perkahwinan seperti tuxedo yang dipakai oleh Fauzi dan kasut rekaan Karina. Tentang majlis ini, kami memang akan hanya buat sekali saja persandingan. Selain kerana jadual kami yang sibuk, kami lakukan sekali saja disebabkan ahli keluarga saya dan Fauzi juga ramai berada di Kuala Lumpur. Jadi, tidak perlulah bersanding banyak kali,” kata Lis sambil tersenyum.
Majlis yang berlangsung sekitar jam 8.30 malam itu dihadiri oleh hampir 1,000 orang tetamu, terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sanak-saudara, kenalan serta rakan-rakan artis. Antara rakan artis yang turut kelihatan ialah Ako Mustapha, Rozita Che Wan, Ezlynn, Darling Ngasri, Salina Saibi, Zul Huzaimy, Shaharuddin Thamby, Norlia Ghani dan Rosnah Johari manakala pengacara sensasi Azwan Ali dan penyanyi dangdut Ifa Raziah bertindak sebagai pengacara majlis.
Lis dan Fauzi ini selamat diijabkabulkan pada 9 September lalu pada majlis yang dibuat secara sederhana di kediaman Lisdawati di Kondominium Setapak Ria yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak. Pada majlis pernikahan pasangan ini tidak lama dulu, Lis menerima sembilan dulang hantaran oleh pihak lelaki beserta wang hantaran sebanyak RM21,111.11 dan berbalas 11 dulang oleh pihak perempuan.
Ini merupakan perkahwinan pertama Lis manakala yang kedua untuk Fauzi. Fauzi sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan empat orang anak.

sumber gambar dan artikel: MstarOnline [tags]foto Lisdawati Nazaruddi, wedding Lisdawati Nazaruddi fauzi nawawi, lis kahwin, gambar lisdawati bersanding, majlis kahwin sanding lisdawati, gambar lisdawati kahwin, butik Calvin Thoo, AZM Bridal, wedding hantaran, video youtube lis kahwin, lis melodi, adik angkasawan meninggal dunia, adik sheikh muzaphar meninggal dunia, hantaran lisdawati, gambar resepsi private erra fazira, gambar majlis reception erra fazira private, profile lisdawati, butik Michael Shu, alamat butik Kenny Loh, Karina Ng, Four Seasons Collection[/tags]
Tags: Fauzi Nawawi, Foto Artis, Lisdawati
Tags: Artis Berkahwin, Fauzi Nawawi, Foto Artis, Lisdawati, adik angkasawan meninggal dunia, adik sheikh muzaphar meninggal dunia, alamat butik Kenny Loh, AZM Bridal, butik Calvin Thoo, butik Michael Shu, foto Lisdawati Nazaruddi, Four Seasons Collection, gambar lisdawati bersanding, gambar lisdawati kahwin, hantaran lisdawati, Karina Ng, lis kahwin, lis melodi, majlis kahwin sanding lisdawati, profile lisdawati, video youtube lis kahwin, wedding hantaran, wedding Lisdawati Nazaruddi fauzi nawawiClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 8th, 2008 at 10:57 am
semoga bahagia lah ekk…
jgn gaduh2 tarik rambut smpai jatuh kolam dah lah ek!!
January 13th, 2008 at 2:45 pm
entah… i cuma x minat la dgn pompuan ni, byk intitude problems…. apa-apa pun slamat berbahagia…
March 17th, 2008 at 8:26 pm
entah ape2 la dowg ni merebut satu duda anak 4 ni…blh la muke cari mkn…lis ni pn prasan cantekkk!!!!dah kene la tu….neway, semoga bbahgia lah iye!!
April 14th, 2008 at 7:58 pm
apapn lisdawati berbahagia selalu..papn aku tetap peminatmu..
June 2nd, 2008 at 12:18 pm
so cute ur face lisdawati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!i hope u can control ur life with partnership now………………………… hope u hepy sokmo…………………………….
June 13th, 2008 at 9:01 am
cantiknya pengantin lama ni………………
June 16th, 2008 at 3:36 am
# Shahina kata:
January 13th, 2008 at 2:45 pm
entah… i cuma x minat la dgn pompuan ni, byk intitude problems…. apa-apa pun slamat berbahagia…
huhu…apela ko ni.nak speaking pon biaq betol..bukan intitude laaaa..
ATTITUDE ok?
August 2nd, 2008 at 3:41 pm
eee…berserinyer muka diorang ..hapy aser..
September 5th, 2008 at 2:19 pm
tahniah.. sbb ade org bru dlm khdpn lisdawati n fauzi… smoge rmh tangga brkklan hgga ke akhir hayat amin……….
September 29th, 2008 at 11:21 am
bulan lepas aku pergi kl ngan keluarga, tak sangka lis ajak makan tengahari di rumahnya. Saya minat sangat kat u tak sombong layanan u dan emak u begitu mesra sampai sempat lagi hantar balik ke airport. Tq atas masakanmu yang sedap2 lis, semoga bahagia hingga ke anak cucu.
September 29th, 2008 at 11:24 am
lis apapun cakap orang dont give up. Me dan keluarga akan support u dari belakang. Orang lain hanya tau bercakap durang tak tau sebenarnya u baik tak seperti orang sangka.
December 16th, 2008 at 12:33 pm
aku minat sesgt kat Lisda ni. hrp2 pasangan ni menang dlm sehati berdansa.
utk fauzi, jgn lupe tanggung jawab kat anak2 u yg lain.
February 6th, 2009 at 7:46 pm
lisda dan fauzi semoga bahagia ke anak cucu….x pyah la pedulikan gosip2 dorang sume tu..mereka semua tu cuma jealous aje…u are the best..!!!
February 25th, 2009 at 8:45 am
Cantik lisdawati nie..mujurla fauzi pilih dia.klu fauzi pilih rita erm..kahwin berapa bulan je lah..
February 25th, 2009 at 11:36 am
x minat r pompuan ni..same la dgn laki dye 2..memanjang problem..owh,,bru ku taw lakinye dude..
April 27th, 2009 at 7:01 pm
hai..
sudah kawin pun tp fauzi tetap pergi ke disco.. apa yg tak cukup lg..
bawa2 bertaubat
May 8th, 2009 at 2:25 am
laaa..
weh korg, si fauzi ni duda ker??
duda ad anak ker??
tak taw pulak aku..
ape cte laki ni sbnrnye??
June 3rd, 2009 at 3:53 pm
korang semua ni x bgs la..
org bagi la kata2 semangat..
yg korg hina2 mrk ni knp??
jadi kat korg baru tahu…..
mrk manusia juga..
buat salah..
mcm juga korg…
moga mrk bahagia..
insyallah..
June 28th, 2009 at 12:13 pm
lisdawati ni memang cantik macam puteri
December 4th, 2009 at 3:50 pm
lawa lisda,,sesuai mereka brdua…hrp smpai ke ank cucu….
March 26th, 2010 at 12:27 am
eeee…cantik ke lisda????aku tgk cantik lg rita, aku dlu ske r ckit lis n fauzi, tp sjak dia wat hal…i don’t like…..cam bagus jek r diaorangkan….
March 28th, 2010 at 6:07 pm
besnyer kutuk org….bncg bnda tk pekdah….cuba pg bncang hal ngara ker…hehe…jgn mare
June 21st, 2010 at 9:59 pm
apa lis punya fb?