Gambar Kulit Album Duet Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti
Budiey masih belum mendengar kesemua lagu-lagu terbaru hasil duet Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti tapi Budiey dapat tahu dari pengurus penyanyi popular yang mana album ini telah pun siap dicetak. Rasanya, di radio pun masih belum berkumandang.
Judul album ini adalah terangkum dalam CTKD, gabungan dua nama ikon ternama ini iaitu canda, tangis, ketawa, duka.
Khabarnya, album ini akan berada di pasaran pada 28 Disember. Tak berapa lama lagi dah. Hari Isnin ini aje. Jadi semua peminat Siti Nurhaliza boleh mendapatkannya di kedai CD yang berhampiran.
Okay yang ni kira eksklusif untuk semua pembaca Budiey.com… berikut ini Budiey siarkan tajuk-tajuk lagu yang terdapat dalam album yang pastinya wajib dimiliki oleh korang semua.
Terdapat 6 buah lagu duet Dato’ Siti Nurhaliza dan Krisdayanti dalam album ini dan sebagai bonus korang akan mendapat 4 buah lagu minus one.
Berikut adalah judul lagu:
- Jikau Kau Tak Datang
- Sebagai Teman
- Tanpamu,
- Amarah
- Hanya Dia
- Dalam Diam Ku
Album ini dihasilkan dengan kerjasama daripada komposer yang kreatif dan terkenal termasuklah Audy Mok, Aubrey Suwito, Sharon Paul dan juga buat pertama kalinya Dato’ Siti Nurhaliza menggunakan khidmat dari vokalis ST12 bernama Chaly.
Kepada semua peminat, jangan lupa dapatkan album ini dengan harga RM29.90.

Ini dia cover album duet diva popular dari Malaysia berentap vokal dengan diva popular dari indonesia dalam satu album. Menggunakan warna yang ceria dan lembut iaitu ungu. Kedua-dua ikon ini nampak anggun dan sangat cantik. Sudah tentu ramai peminat dah tak sabar nak beli album ini, kan?





krefit foto: Facebook Kak Rozi
Tags: Album, Krisdayanti, Siti NurhalizaBaca artikel lain yang berkaitan:









December 25th, 2009 at 3:10 pm
Cantik dah posing tapi gambar kepit beg besar tu…aiseyyy
December 25th, 2009 at 3:41 pm
dah buang terus tudung? ke aku silap tengok
December 25th, 2009 at 4:38 pm
mana pegi tudung Dato Siti?
December 25th, 2009 at 6:28 pm
kena beli ni, mesti best lagu dia..
December 25th, 2009 at 7:17 pm
huahh! tak sabar ako nak beli…
p/s: bukan ke entry ni pasal albem bru ni? bukan pasal tudung ke hape kan… alahai… tolong jgn boringkan pembace2 lain tentang isu tudung… please lah… find sumwhere else… tolonglah!
December 25th, 2009 at 7:29 pm
Tudung dah ditiup angin…
December 25th, 2009 at 8:08 pm
sorry ek, gambar yg kepit beg besar tu just my artwork, x ada kena mngena lngsg ngn album baru CTKD…so jgn slh faham yek, x de nya derang nk enterframe beg LV dlm inlay album tu…fan CT..-: )
December 25th, 2009 at 8:11 pm
Knpa ya sbgian orng M’sia slalu sj prmasalahkn sgala yg dpake ‘ma siti pdhl apa yg dpake siti itu msih yg pling sopan brbanding artis Msia lainya, aq orng Indo tp aq tau smua artis Msia krn prnh tnggl Msia trus aq bukan peminat siti tpi aq peminat Agnes Monica
December 25th, 2009 at 8:25 pm
meti timbul isu tudung………napela perlu dibangkitkan(wlupun mmg sakit mata memandang, doaknjela yg terbaik)……….
December 25th, 2009 at 8:37 pm
Lagu KD yg baru “Kamu Dihatiku Selamanya” psti korang suka
December 25th, 2009 at 9:47 pm
Oh.. ada lagu Charly St12 pasti best la krna semua lagu ciptaan Charly slalu best utamanya lagu “Saat Terakhir”, “Cinta Tak Direstui”, “Biarkan Jatuh Cinta” n bnyk lagi
December 26th, 2009 at 12:02 am
oo..faham dah gambar kepit beg takde kena mengena dengan album hi hi..tq
December 26th, 2009 at 1:37 am
dua diva antara benua…
Go Go Go….
Dato siti and krisdayanti…
we always support u…
December 26th, 2009 at 12:55 pm
Kenapa lah org org ni…org suruh comment pasal album ini comment pasal tudung CT…biar lah apa yg CT buat tu kan hak dia..kita tak patut pertikai kan di sini..buat menambah kan dosa aje…
Tak sabar nak dpt kan CD dua diva ni…hopefully dpt sambutan hangat nanti..Syabas CTKD
December 28th, 2009 at 3:01 am
Sbb org nampak ct tak bertudung so org tanyalah mane pergi tudungnye? Kalau nampak tudung ct yg dia kata nak-cuba-pakai-dg-sempurna-as-time-goes-by then org tak tanya/comment lah coz dah mmg nampak, pandai..
December 28th, 2009 at 10:51 am
Hello D@N…terima kasih lah ckp saya pandai…kau org semua yg timbulkan issue tudung yg bodoh…pasal di sini suruh comment pasal album CTKD bukan pasal tudung…understand….”hmmmmm…..”
December 28th, 2009 at 2:20 pm
ahaha..lawaklah tgk korang…gaduh2…apa pon…pic dgn handbeg gedabak tuh buruk dan tah aper2 tah…x kire lah artwork ker aper…
December 28th, 2009 at 9:15 pm
hmm..x cantik la cover album..biasa aja..tp KD tetap cantik..mgkn CT terlalu mengejar waktu utk siapkan n KD pn mcm terkejut je keje ngn CT..
tp biasanya CT menjaga kualiti walaupun kejar masa..so hrp2nya gitulah..
December 29th, 2009 at 9:47 pm
huhu bru je dptkan td CTKD kat rock corner the curve… akhirnye. semlm dh carik tp xdek lg… tak sabar nk dgr…
tudung owh tudung… LOL~
larikkk ke mode CTKD~
December 30th, 2009 at 9:54 am
Bila album tu keluar ya? Mana nak beli?! Warrghh!! Best giler dengar lagu Amarah yg berkumandang di radio (Aku dengar kat HotFM)
January 6th, 2010 at 10:00 am
Siti nak pakai tudung ke taknak pakai ke ada kena mengena ngan korang ke? Korang yang mengata tu perfect sangat ke? Baik perbetulkan diri sendiri dulu sebelum hina org.
January 8th, 2010 at 9:49 am
siti gan tudung, tudung gan siti….CTKD gan KDCT….ape2 pun nak cari CD dulu…hehehehe
January 9th, 2010 at 9:09 am
love it!!!!! ctkd mmg album yg hebat! wlupn ade 6 je tp sumenye best…
album artis lain tu ade 10 lagu tp yg best 1 2 jek! tp ni 6! sume besttttttt!!!!!!!
kd fan~~
January 19th, 2010 at 7:31 pm
Wei korang,siti ada ckp ke dia bertdung?Dia beselendang ar!Aku pn tak kecoh yg hangpa nk riuh buat pa?Jaga tepi kain msing2 dulu la..Tak minat jgn komen!