in

Gambar Kereta Porsche Carrera GT Paul Walker Sebelum Kemalangan Ngeri

Di saat ramai peminat dan bintang Hollywood menangis penergian bintang kacak Paul Walker, beberapa gambar kenangan sebelum kemalangan berlaku telah disiarkan termasuklah gambar kereta mewah Porsche Carrera GT berwarna merah. Walker menaiki kereta ini untuk menghadiri majlis amal pertunjukkan kereta bagi menyokong mangsa bencana taufan Haiyan di Filipina.

Gambar Kereta Porsche Carrera GT Paul Walker Sebelum Kemalangan Ngeri

Gambar Kereta Porsche Carrera GT Paul Walker Sebelum Kemalangan Ngeri

Kematian Walker mengejutkan ramai peminat termasuk sahabat pelakon kacak itu di seluruh dunia. Menerusi laman sosial, kenalan dan peminat Walker tidak putus-putus meluahkan perasaan sedih atas kejadian itu. Antara mereka yang berkongsi perasaan sedih termasuk pengarah Fast & Furious 7, James Wan dan sahabat baik Walker, Vin Diesel.

“Hati dan jiwa saya hancur sekarang. Saya akan lakukan apa saja untuk meneruskan kehidupan ini,”

James Wan yang masih belum menyiapkan filem sekuel terbaru itu sangat sedih sekarang ini. Diesel juga berkongsi rasa sedih dan betapa dia merindui Walker.

“Saya betul-betul rindukan kamu. Tiada perkataan yang mampu diucapkan, hanya berharap kamu berehatlah dengan aman.”

Pengarah, David Bui Castanien, berkata, sepanjang terbabit dalam dunia perfileman dan bekerja dengan ramai pelakon, tiada siapa pun dapat menandingi karisma Walker.

“Sesiapa yang berada dalam industri perfileman tahu, Walker bukan hanya bersandarkan wajah tampan. Dia berbakat, realistik dan cemerlang dalam Fast & Furious. Walker berkarisma dan keistimewaannya menyamai bakat Diesal. Sesiapa yang cemburu dengan Walker harus ingat, lelaki tampan ini sangat mendalami filemnya dan memberi hasil kerja bermutu.”

Dia selama ini berharap melihat Walker menjadi adiwira dalam filem komersial yang berbeza, namun kematiannya sangat menyedihkan.

Beberapa hari lalu, teaser atau sedutan pendek filem Fast and Furious 7 dipertontonkan yang antara lain menunjukkan babak Walker pada majlis pengebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta terbakar, sama dengan nasib menimpa pelakon itu.

Walker yang popular dengan watak Brian O’Conner belum sempat menghabiskan penggambaran sekual terbaru Fast & Furious 7 arahan Wan. Dia sepatutnya meneruskan penggambaran di Atlanta dan Abu Dhabi, bulan depan. Filem itu dijangka ditayangkan di seluruh dunia pada 11 Julai 2014.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peningkatan Mendadak Jumlah Penumpang di LCCT Masa Cuti Sekolah

Peraduan Sempena Ulangtahun Budiey.com Ke-7 Sumbangan Samsung