in

GAMBAR KEMERIAHAN VIEWING PARTY PERLAWANAN AKHIR EURO 2008

KEMERIAHAN “VIEWING PARTY” PERLAWANAN AKHIR EURO 2008 GEGARKAN SRI PENTAS

Demam Kejohanan Piala Eropah 2008 kini berakhir. Dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sepanyol, EURO 2008 pasti meninggalkan kesan yang mendalam terutama kepada peminat-peminat bola sepak.

TV3 juga tidak ketinggalan dalam meraikan kehangatan Kejohanan Piala Eropah itu. “Sorakan Emosi” Euro 2008 jelas berkumandang di perkarangan Sri Pentas malam semalam ketika mengadakan “Viewing Party” perlawanan akhir Jerman menentang Sepanyol yang dibawakan secara langsung di TV3. Lebih 5,000 pengunjung membanjiri perkarangan Sri Pentas di Bandar Utama bagi menyaksikan perlawanan bersejarah tersebut melalui skrin besar yang disediakan.

Selain dari itu pengunjung yang hadir seawal jam 8.30 malam itu turut dihiburkan oleh artis-artis terkenal tanah air seperti Aizat, Ferhad, Adam, Fazli Zainal, Ruffedge, Misha Omar, Jaclyn Victor, Zahid dan Floor Fever Crew dalam mini konsert yang diadakan pada jam 9.00 malam dan 11.00 malam.

Misha Omar pun ada!

Pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Danny X-Factor, Fizz Fairuz, Iqram Dinzly turut memeriahkan acara di pentas bersama-sama dengan personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Tabah Sazwan, Akbar Sahri, Nuraffenda Ibrahim dan Zakiah Anas.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sementara menanti detik perlawanan akhir pada jam 2.45pagi. Antara aktiviti yang dianjurkan termasuklah kuiz berkaitan EURO 2008, cabaran play station, Street Soccer 1 lawan 1, cabaran mengulas sukan, cabaran menimbang bola, dan bermacam-macam lagi.

Gerai-gerai jualan pakaian dan makanan juga turut tersedia selain gerai oleh penaja utama seperti Celcom, TM dan Power Root untuk kemudahan para pengunjung. Pameran kereta yang telah diubahsuai juga turut menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke Sri Pentas semalam. Selain dari itu, kemeriahan “Viewing Party” ini turut dibawakan secara langsung menerusi program Sorak-Borak yang ke udara secara langsung pada jam 1.00 pagi sebelum perlawanan bermula.

Cik Sherina Mohamad Nordin, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan jenama TV3 kata:

“Kami amat gembira dengan sambutan hebat yang diberikan oleh orang ramai terhadap acara yang diadakan bersempena perlawanan kemuncak piala EURO 2008 kali ini. Sebagai penyiar rasmi EURO 2008, ini merupakan salah satu aktiviti perancangan sebagai menutup kemeriahan kempen “Sorakan Emosi” yang mula dilaungkan sejak bulan Mei lalu. Harapan kami kepada semua yang hadir  pada malam ini agar terhibur dan teruja dengan aktiviti dan persembahan artis-artis dan personaliti TV3 yang ditonjolkan.”

Kemeriahan tetap berterusan hinggalah ke detik penyampian hadiah EURO 2008 pada jam 5 pagi.

[tags]viewing party, euro, sri pentas, Ally Iskandar, Tabah Sazwan, Akbar Sahri, Nuraffenda Ibrahim, Zakiah Anas, tun mahathir, ac mizal damien anak emylia rosnaida, baby ina, bayi ina naim suhaimi inteam, flirting, gombak medical centre, ina naim dapat bayi lelaki, seafood, seafood recipe, seksyen 4, wangsa maju, adam khoo singapore[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Kasut Milik Pelawak Manakah Ini?

Sinopsis Filem Kuntilanak 3