Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Kahwin Wedding Rosma dan Khai Bersanding



Petikan dari mstarOnline.com

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ 

JIKA dua tahun lalu, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza mencipta dan menyanyikan lagu Cahaya Cinta ketika majlis perkahwinannya di Kuala Lipis, Pahang, tahun ini pasangan pengantin Akademi Fantasia musim pertama iaitu Rosma dan Khai turut mendendangkan lagu cinta mereka yang berjudul Warna Cinta dalam majlis persandingan mereka.

Sebenarnya, lagu tersebut telah digubah liriknya oleh Khai mengikut lagu asal dalam album pertamanya iaitu Kini Kau Tiada Lagi.

“Lagu ini saya cipta selepas Rosma terkeluar pada Konsert AF1 minggu keenam. Jadi, Sahri adalah orang pertama yang dipaksa oleh saya untuk mendengar lagu tersebut,” ujar Khai ketika majlis persandingan mereka yang berlangsung di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam.


Bagai pinang dibelah dua pengantin baru Khai dan Rosma (Foto Utusan)

Kedua mempelai pengantin baru ini selamat dinikahkan dua hari lalu oleh jurunikah Masjid Putra iaitu Abd. Manaf Mat, 49 diwakilkan oleh bapa Rosma iaitu Sidik Abu Bakar,71 di Masjid Putra, Putrajaya, kira-kira jam 11.55 pagi selepas dua jam ditunangkan.

Dengan sekali lafaz, Khairul Nizam Mohamad Wahi, 29 dan Rosmayati Sidik, 23 sah bergelar suami isteri setelah ‘cinta rahsia’ mereka dibina sejak lima tahun lalu ketika sama-sama menyertai AF1 pada tahun 2003.

Menurut mereka, perhubungan tersebut sengaja disembunyikan atas permintaan keluarga dan menjaga privasi masing-masing.

Bagi merungkai episod perkenalan mereka, dengarkan apa kata rakan-rakan dan tenaga pengajar di AF1.

“Saya sudah perasan ketika mereka bersama di dalam AF dulu. Bagi saya, itu adalah lumrah manusia dan tidak boleh melarang mereka untuk bercinta.

“Namun saya ada bagi nasihat kepada mereka berdua supaya menjaga tatasusila dan terpulang kepada mereka untuk mendengarnya kerana mereka sudah cukup dewasa dan tahu untuk mengawal keadaan tersebut.


Dua pasangan ini pandai menyembunyikan cinta mereka

“Jadi, saya tak terkejut apabila mendengar mereka hendak berkahwin kerana mereka memang rapat dan saya tahu tentang perhubungan mereka.

“Mereka selalu datang makan di rumah saya apabila ada masa lapang,” beritahu Cikgu Siti Hajar yang mengajar vokal di AF1.

Kata Nija pula, “Selepas Rosma terkeluar dari AF baru saya nampak bibit-bibit Khai merindui dan menyukai Rosma. Oleh kerana Khai rapat dengan saya di AF dulu, dia ada tanya kepada saya samada Rosma ok atau tidak?

“Jika dikatakan mereka telah bercinta di dalam AF, saya tak pasti dan rasanya belum lagi kerana Khai tak bagitahu apa-apa dengan saya.

“Tetapi dalam AF mereka selalu bersama. Jadi, mungkin sebab serasi bersama membuatkan hubungan mereka kekal sehingga sekarang. Saya pernah bagi nasihat kepada mereka ‘gaduh-gaduh tu biasalah’”.

Menurut Atie pula, “Saya dah dapat rasakan sebelum Diari AF1 bermula lagi. Ketika kami berkumpul di hotel, kami ada main permainan nama negeri. Di situ, saya nampak mereka rapat macam abang dan adik.

“Namun, saya nampak chemistry antara mereka. Ketika saya tersingkir, saya tanya kepada Rosma tentang hubungannya dan Khai. Rosma hanya tersenyum. Tidak mengiyakan, menggeleng pun tidak. Jadi, saya dapat baca apa yang dia fikirkan dan Rosma pun tahu saya ni macamana.

“Selepas kami berjumpa dan main boling sama-sama di luar, mereka pandai jaga batas-batas dan tatasusila. Tak pernah nampak mereka bertepuk tampar dan mesra berlebihan.


Semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu

“Dari situ, saya harap hubungan mereka menjadi. Sekarang, wish saya dan Rosma adalah sama iaitu untuk berjuang mengekalkan kebahagiaan di landasan seni ini.

“Kami akan pertahankan kedudukan kami di mata peminat sebab orang selalu cakap jinjang pelamin artis ni sementara sahaja.

“Yang penting sekarang adalah doa dan usaha.” Begitulah ucapan Atie yang sudah berkahwin sejak empat bulan lalu.

Azza pula berkata, “Rosma dan Khai selalu bersama dan nampak hubungan mereka. Dulu mereka hanya berkawan di dalam AF1. Sejak di luar AF memang mereka betul-betul bercinta.

“Saya ingin minta Khai menjaga Rosma baik-baik dan semoga jodoh mereka berkekalan.”

Dalam majlis yang bertemakan warna biru itu, Rosma dan Khai mengenakan dua persalinan.

Untuk majlis persandingan dan menepung tawar, mereka mengenakan pakaian pengantin berwarna biru tajaan D’Risik Collection sambil duduk bersanding di atas pelamin berwarna biru dan krim tajaan pengurus Khai iaitu Fizi.
Mereka berduet lagu “Warna Cinta” hasil ciptaan Khai

Manakala majlis memotong kek yang ditaja oleh Pak Engku Kuzie Catering, mereka menggayakan pakaian pengantin rekaan Calvin Thoo.

Kata Calvin, Rosma memakai gaun pengantin Dutches Satin berwarna putih dengan tampalan renda Perancis yang menjadi idamannya. Sementara Khai mengenakan tuksedo dan sut Dutches Satin berwarna sedondon dengan Rosma.

Sementara keluarga sebelah pihak pengantin lelaki  memilih warna tema biru dan keluarga sebelah pihak pengantin perempuan memilih warna kuning sebagai tema.

Kira-kira 800 orang jemputan yang hadir dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh alumni AF, Nas Adila dengan lagu Joget Pantun Budi dan bapa Khai yang menyanyikan lagu selawat.

Mereka yang mengadakan persembahan adalah Faizal AF4 (Joget Kenangan), Liya AF4 (Bunga), Sahri AF1 (Dealova), Farhan AF4 ( Tak Ingin Sendiri), Haziq AF4 (Umpan Jinak di Air Tenang), Mila AF5 (Demi Cinta Selamanya), dan Bob (My Baby You).

Antara tetamu VIP yang hadir dalam majlis yang dikendalikan oleh pelakon Sharifah Shahora dan penyanyi Roslan Shah itu adalah penaja dari Aura Seri iaitu pasangan suami isteri Ira dan Dr. Ibrahim.

Turut hadir adalah bekas pengetua AF1 iaitu Freddie Fernandez, Farah AF2, Irma Hasmie sebagai pengapit Rosma, Salima AF4, Yazer, Ekin, dan ramai lagi.

Ketika majlis pernikahan yang lalu, Rosma menerima sembilan hantaran dari Khai berupa wang hantaran RM16,161.61, sirih junjung, tas tangan jenama Guess, kasut, sejadah, telekung, senaskhah Al-Quran dan sebentuk cincin bertatah permata berharga RM2,000.

Sementara beliau membalas hantaran Khai dengan 11 dulang hantaran berupa kek, sirih junjung, minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan senaskhah Al-Quran.

Pasangan ini belum menetapkan lagi lokasi bulan madu mereka yang dijangka pada bulan depan tajaan Aura Seri.

Selepas ini, mereka akan menetap di kediaman Rosma yang terletak di Seri Kembangan, Selangor bagi memudahkan kerja mereka di Kuala Lumpur.

[tags]khai rosma, kahwin rosma, wedding khai rosma, gambar sanding khai, pelamin, tips suami isteri, fourth indiana jones movie, history of indiana jones, indiana jones and the city of gods, indiana jones and the temple of doom, indiana jones teaser trailer, Movie Reviews, naked cate blanchett, raiders of the lost ark, ainul aishah, awek cun, awek ghairah, azwan ali digam utusan malaysia, busana muslim, ct bertudung labuh, fesyen muslim, gaya ayu siti, pengacara tv3, rosnah mat aris celupar, siti bertudung, tudung siti nurhaliza, uncle seekers penipu, video klip panas, awek melodi, ray winstone gay, shia lebouf in indiana jones, dropshot, full back swing, golf swing analysis, how to improve golf swing, How To Improve Golf Swing and Distance, learn golf in malaysia, tiger wife, tiger woods golf swing analysis[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Rosma & Khai Pakai Baju Gaun Pengantin
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Khai Terkejut & Gembira Rosma Mengandung
  • Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event
  • Bekas Tunang Mawi, Ina Naim & Suhaimi Kahwin
  • Mawi & Ekin, Khai & Rosma dan Riezman & Kartina Dalam Kelab Pop
  • Penyanyi Dangdut, Haiza & Norhanapfe Omar Kahwin
  • Gambar Wedding Dynaz & Mohd Hafizi Fizy Kahwin
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki



    • dina

      eh kesian x der sape view kat cini ….ok x per aku komen lh baju pengantin cantik warna biru menawan kalo jd raja sehari sape2 pn nampak brseri2 selamat berbahgia khai n rosma kekal hingga keanak cucu well…… ni ucapan standard lh ape lgi ng ckp…..

    • carol

      passangan pengantin yang teramat lah secocok..,
      semga berbahagia hingga ke akhir hayat

    • liana&syaza

      SELAMAT PENGANTIN BARU…!!!!!
      Buat khai n rosma..
      semoga kekal wat slamenye…
      Insyaallah…Amin………….
      Erm…lg 1….
      cpt2 la dpt anak yer…he3……

    • reza

      SELAMAT PENGANTIN BARU…..
      Semoga berkekalan ke akhir hayat….
      Aminnnnn……

    • saiful

      selamat pengantin baru rosma n khai
      korang bedua mmg ler sepadan…saya doakan agar korang bedua kekal ke akhir hayat…

    • mama fadhlur

      selamat pengantin baru buat rosma dan khai. Semoga ikatan ini berakhir hingga ke akhir hayat dan sy harap janganlah jadi ssetengah artis tu, kahwin bagai nak rak, dua tiga bulan pas tu cerai. Buat Rosma, tak yahler jaga badan. kalau dah dikurniakan anak tu, terimalah seadanya. Jangan jadi SITI NURHALIZA… Sampai sekarang tak ada anak!
      SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK – ADIKKU….

    • fifiet

      slamat pngantin bru tuk khai n rosma….moge2 kkl slamenye…n dkrniakn baby yg comey n cute like u…

    • Rafidah Bohari

      Selamat Pengantin baru untuk Rosma n Khai..moga2 kekal n bahagia untuk selama-lama nya hingga ke hujung nyawa. Semoga lekas2 lah di kurniakan zuriat yang comel2 belaka.

    • arene

      semoga bahagia ke akhir hayat… hadapi semua dugaan dengan tabah.. n semoga di murahkan rezeki… caayang korang

    • lin

      slmt pgntin br utk khai dan rosma.smoga bkekalan hingga ke akhir hayat

    • http://- PUTERI FARISHA

      Selamat Pengantin Baru buat pasangan yang paling best iaitu KHAI & ROSMA…
      Semoga hubungan yang telah terikat ANTARA ANDA BERDUA akan mengekalkan kesejahtera hidup sehingga akhir hayat didunia & diakhirat..
      semoga dapat anak cepat2 … jangan rahsia2 lagi yerk……. salam sayang untuk khai dan rosma yang sweet.

    • WANDA

      semoga kekal hingga ke anak cucu

    • http://deleted naNaku

      Alhamdullilah…semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat,,, :P

    • syimah

      selamat pengantin baru untuk khai n rosma…….
      moga2 kkl selamanya

    • erz

      Tahniah…
      Semoga berkekalan…
      Kurus bnyk la dia…mkn apa ek?

    • fitz

      olllaaaa!!!korang memang padan la….smoga hubungan korang berkekalan hingga ank cucu..jgn jadi mcm sesetengah artis tu…gaduh cikit nak cerai…korang selesai la mslh umah tangga korang lek lok ek…kite x nak tengok korang cerai-berai tau…

    • http://- princessnaj

      pertame sekali,saye ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada khai dan rosma dan saye ingin mengucapkan tahniah kerana majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar…..sampai di sini saje ;ah komen saye…

    • anis

      saya peminat kak rosma n abg khai
      saya ucapankan selamat pengantin baru bt akak n abg
      semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    • alin

      semoga kekal ke akhir hayat

    • azah

      tahniah buat khai kerana bakal menjadi seorang ayah

    • emylia

      hi,cantiknya baju tahniah sebab dah nak dapat baby! jaga baik baik

    • AWIEN SKLH PANDAN KTN

      askom,woi member,selamat pengantin baru la ye,aku lmbt wish kat ko,n selamat mnjadi ibu.take care

    • cute

      hai kak rosma dan abg khai tgh wat pe tu……………….?

    • ___aLin___

      tahniah..da nk jd papa n mama..selamat berbahagia n semoga bekekalan..

    • si0h bulu

      nk nik0h, nik0h ah mu! nyus0h ke org… kalu lawo biar g0p…uduh sepang!
      ee…..d0p saboh lasung nge khai 0r… aku je saboh nge khai or….
      d0p malu sungguh ah…. kalu aku nusuk dalang baju d0h. bukan baju dalang, dalang baju…jgn sal0h paham lop. cerai2 ah mu…sakit linge aku teng0k…benci lar aku, t0bak pung. h0…se agi, aku d0p vehi ah teng0k mu mesra2 depang aku..benci ah!!!

    • http://izzahatauzir.blogspot.com IzzahJaslenda

      pesal ngn sioh bulu ni??

    • ntahla….

      >>>>Izzahjaslenda…dia ckp bahasa Jerman la tu….hehe..

    • SYAIDAH_3JAM

      tahniah untuk kak rosma ngan abang khai da dpat seorng ptera yg hnsem sprti daddy dya….doakan sntiasa bahgia pa tah lgi da dpat angerah yg dinntikan oleh seorng insan yg bglar suami istri…..smga brkekalan amin…..

    • efaa

      selamat pengatin baru kak rosma n abang khai….semoga dgn tali perkhawinan akak dan abang,akan mendapat rahmat daripada ny…………AMIN

    • Tabuan

      Effa…. apa yg selamat pengantin baru ?????

      Orang tu dah kluar kepala anak pun dek non…

    • http://tiey_qistina@yahoo.com nur irdina balqis

      hei…..tebuan asal kau nye bok sangat ni………………………………………….

    • Tabuan

      NUR IRDINA >>> aku nyebok….. ?????

      KO APA KURAAAANNNNG…. ????

      Kalo ni ko punya blog… jgn kata nak komen.. nak type web add ko pun
      AKU TAK SUDI….. :P

    • zaida

      selamat berbahagia ke akhir hayat……..tahniah dapat bby semoga menjadi ibu yg penyayang—-aminnnnnnnnnn

    • miza

      semoga bahagia hingga ke akhir hayat

    • miza

      saya harap semoga kak Rosma dan Abg Khai akan berbahagia sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel…nak tanye sikit leh tak…apa rahsia kak Rosma kurus…

    • miza

      Apa aktiviti Kak Rosma sekarang…masih menyanyi lagi ke…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK