Gambar Kahwin Wedding Adam Corrie Lee & Fazema Mohd. Fuad
Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru kepada penari dan pelakon Adam Corrie Lee yang telah selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya, Fazema Mohd. Fuad. Cinta pandang pertama katanya, sekali pandang terus terpikat dan terus berniat untuk kahwin. Senang sikit. Tak payah nak membazir masa bercinta berkurun lama, tapi kalau takde jodoh, ada yang putus di tengah jalan.

Sama cantik sama padan

Mesra bercanda sambil menyuap

Cinta pandang pertama Corrie, Fazema
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ – mstaronline
PERTEMUAN yang singkat tidak menghalang koreografer dan pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 40 untuk memperisterikan pereka grafik Fazema Mohd. Fuad, 30 pada 21 November lalu. Hubungan yang dibina pasangan ini boleh ditafsirkan sebagai jatuh cinta pandang pertama kerana kedua-duanya tidak mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Mana tidaknya, selepas mereka dipertemukan melalui seorang rakan Corrie di rumah kakak Fazema di Taman Sri Gombak, Selangor pada 30 Ogos lalu, seterusnya dua kali berbuka puasa bersama, terus Corrie memberanikan diri melamar Fazema pada 7 September dan terus mengikat pertunangan pada 17 September lalu.
Selepas seminggu menjalani kehidupan sebagai suami isteri, kedua-duanya masih belum dapat meluangkan masa bersama disebabkan Corrie kini sibuk dengan pengambaran drama bersiri 26 episod Katsarin.
“Kami belum merasai kehidupan sebagai pasangan suami isteri kerana saya sibuk dengan pengambaran. Dalam minggu ini saya akan ke Changlun, Kedah dan seterusnya ke Songkla, Thailand serta patah balik ke Pulau Langkawi, Kedah. “Saya dijangka akan sibuk dengan pengambaran sehingga bulan Februari depan. Pasangan ini berhasrat untuk mengerjakan umrah pada bulan April depan. Dalam drama Katsarin, saya masih membawakan watak antagonis iaitu tomoi siam. Belum ada rezeki mendapat watak baik. Saya juga masih menceburi bidang tarian,” kata Corrie ketika majlis persandingannya di Dewan Serbaguna AU2, Ampang semalam.
Walaupun sebelum ini isterinya, Fazema biasa menonton Corrie melakonkan watak jahat namun di luar, dia memandang suaminya dari sudut yang berbeza.
“Corrie yang saya lihat di luar adalah seorang yang teramat penyayang dan lemah-lembut. Salah satu sebab saya memilih dia kerana kami boleh sama-sama belajar dan mendalami Islam. Saya rasa semua orang nak cari suami yang boleh membimbing kita. Alhamdulillah, dia tiada masalah untuk mempelajari selok-belok agama malah lebih advance dari orang Islam sendiri,” kata Fazema.
Sementara Corrie pula menganggap jodohnya dengan Fazema kuat setelah mendapat keizinan daripada Tuhan.
“Perkahwinan ini Tuhan yang izinkan dan sudah jodoh saya. Jadi, saya akan teruskan hidup ini dengannya,” ujar Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007. Datuk Yusof Haslam dan Rosyam Nor (berbaju putih) antara tetamu yang menyerikan majlis resepsi perkahwinan Corrie dan Fazema. Selepas lebih setahun mengenali Islam, Corrie berkata dia masih lagi mempelajari ilmu agama di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.
“Setakat ini, semakin banyak perkara yang saya kenal tentang Islam. Namun, biasalah saya ini Cina, jadi lidah Cina tu masih sukar untuk ubah. Alhamdulillah, saya boleh buat solat lima waktu,” kata Corrie.
Menurut Corrie, jika diizinkan Allah buat kali keduanya, dia akan membawa Fazema mengerjakan ibadat umrah pada bulan April depan. Selepas itu, baru mereka akan memikirkan tentang percutian bulan madu yang belum ditetapkan tarikh dan tempatnya. Menyentuh tentang anak, pasangan ini tidak akan merancang sebaliknya berserah kepada Tuhan untuk mengurniakan berapa ramai anak dan mereka bersedia menerimanya.
Di dalam majlis persandingan tersebut, dianggarkan lebih 500 tetamu yang hadir iaitu keluarga kedua belah pihak serta rakan artis. Mereka adalah Datuk Yusof Haslam, Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Aspalela, Didi AF dan Ellie Suriati. Ellie turut bertindak selaku orang kuat yang menjayakan majlis persandingan bagi pihak Corrie ini. Selain Ellie, pihak yang turut membantu Corrie adalah keluarga Farhan AF4 serta Ustaz Zawawi mewakili Rumah Amal Limpahan Kasih.
“Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu saya. Hanya Allah yang mampu membalas dan saya doakan mereka dimurahkan rezeki. Saya berpuas hati dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar,” ucap Corrie yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna coklat keemasan tajaan butik Cosry.
Pakaian Fazema juga berwarna sedondon oleh penaja yang sama manakala mekapnya oleh butik pengantin Sanggul. Selain itu, majlis tersebut turut ditaja oleh Nora Andaman dan Catering. Pada 21 November lalu, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Zahir, Shafie Ibrahim dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd. Fuad Ngah Ibrahim, 60, di masjid itu, di Alor Star. Hanya sekali lafaz, Corrie sah menjadi suami Fazema beserta mas kahwin RM80. Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran termasuk sebentuk cincin dan wang hantaran RM7,000 dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan. Majlis resepsi perkahwinan di sebelah pihak pengantin perempuan telah dilakukan di rumahnya di Jalan Telok Wanjah pada 22 November lalu.
Corrie dan Fazema diijabkabulkan pada 21 November lalu. -foto The Star oleh RAHMAN SENIN
Tags: Artis BerkahwinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 1st, 2008 at 11:28 pm
allahamdullilah,selamat pengantin baru untk adam corrie ngan pasangan nya,semoga kekal selamanya,selamat dunia akhirat……..teruja tengok perkahwinan campur nie,hik coz suami niza pun chinesse gak……
December 1st, 2008 at 11:42 pm
cara corrie kahwin nampak gaya lagi Islam & Melayu banding Ashraf-Bunga.. he he
*my 2 cents*
December 1st, 2008 at 11:58 pm
alhamdulillah.. harap boleh menjadi seorang muslim sejati. suami yang baik,bapak yang baik, atuk yang baik… pendek kata segala galanya yang baik.. tahniah….
December 2nd, 2008 at 12:50 am
Alhamdulillah…tahniah Corrie & Fazema. =D
December 2nd, 2008 at 8:49 am
Selamat Pengantin Baru utk kedua2 mempelai……
Tahniah Corrie & Fazema!!!
December 2nd, 2008 at 10:52 am
moga berbahagia hingga ke syurga ..
December 2nd, 2008 at 7:54 pm
selamat pengantin baru semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat-amin-… suka tngok Adam Corrie la ni nmpak semakin hnsem n bersih je muka tu.. padan dgn isteri dia… aku pun stuju gak..perkahwinan Adam lg nmpak cara org melayu islam berbnding dgn artis suam2 kuku yg kononnya fofular tu…fofular pun sb buat mksiat kat pulau mksiat tu..hemm
December 2nd, 2008 at 8:26 pm
ALHAMDULILLAH ….bertambah lagi umat nabi Muhammad SAW….semoga mendapat barakah dan rahmat ke atas mereka…amin
December 2nd, 2008 at 11:45 pm
Alhamdulillah .. smoga brkekaln hgga ke akhr hayat ..
December 3rd, 2008 at 3:25 pm
setuju dgn oh bulan. cara corrie kawin mengikut adat melayu….
berbanding ashraf… x habis2 asyik bercium je…
December 3rd, 2008 at 4:38 pm
wahh..ada yg mendirikan masjid lagi..alhamdulillah..semoga berkekalan amin…
December 3rd, 2008 at 6:33 pm
ALHAMDULILLAH…syukur pada ALLAH yang memberikan hidayah-NYA pada Corrie…
December 4th, 2008 at 11:27 am
TAHNIAH kepada pasangan pengantin..
semoga brbahagia hingga akhir hayat ..
kepada Fazema jaga la corrie elok2..
bimbing dia untuk lebih mendekati
ALLAH SWT bukan menghayutkannya
dan turut sama hanyut..
December 4th, 2008 at 12:18 pm
wife Corrie ni bertudung betul ke tak? semoga bahagia hingga akhir hayat..
December 4th, 2008 at 4:31 pm
Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.
Saya doakan kalian berjaya menempuh dunia rumahtangga.
Jangan dipedulikan tin tin kosong yg berbunyi kerana ia ketidakpuas hati dan cemburu trhadap perkahwinan dan masjid yang dibina.
Kuatkan iman dan terus melangkah ke hadapan membina mahligai syurga kalian.
Selamat Pengantin Baru
December 6th, 2008 at 11:52 am
cantiknye wife die semoga diorang ni berkekalan higga ke akhir hayat bukan setakat ke anak cucu je…hehehe
December 11th, 2008 at 7:55 pm
ya allah………dah kahwin ke dorang nie ingtkan x kahwin lagi ketinggalan zaman betoi la saye ni hahaha……..saye ni memang jealous ngan fazima sbb fazima dpt kawin ngan adam saye mmg minat gielx2 ngan adam nih,nak wat cam ne jodoh ditangan tuhan…
semoga kalian ber2 berbahagia hingga ke akhir hayat amin…saye mmg setuju ngan JARUM PATAH cakap hik…hik…hik…
December 12th, 2008 at 4:23 pm
cocok bebenor kome ni ye….ish..ish…ish!!! tak sangka kome dah kawin….
selamat pengantin baru saye ucapkan kepada kome ye
moge2 bahgia selalu na …. amin !!!