Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Gambar Kahwin Maya Karin & Steven David Shorthose Selamat Diijabkabulkan di Itali

Budiey baru sahaja terima email daripada Lyn, pengurus kepada Maya Karin yang sekarang turut berada di Itali. Terima kasih Lyn.

Aktres jelita, Maya Karin selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali semalam, 14 Ogos.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Abdullah dari Algeria yang kini menetap di Itali pada jam 11 malam (waktu Malaysia) bersamaan lima petang (waktu tempatan).

Seramai lebih kurang 60 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir memeriahkan majlis perkahwinan tertutup pasangan tersebut.

Aktres berusia 28 tahun itu bagaimanapun meminta agar sebarang temubual oleh pihak media dibuat setelah dia pulang ke Malaysia minggu hadapan.

Maya yang anggun menggunakan dress ciptaan pereka, Syaiful Baharim dan solekan oleh Khir Khalid, kelihatan tenang dan ceria melalui gambar kiriman e-mel kepada media di Malaysia.

Bagaimanapun, Maya hanya akan bercerita tentang majlis pernikahannya itu sekembalinya ke tanah air pada minggu depan.

“Terima kasih kepada pihak media dan peminat yang mendoakan kelancaran majlis perkahwinan Maya,” kata pengurus aktres berkenaan, Azlin Abas.

Pasangan itu akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong dengan berkonsepkan alam sekitar.

Make Up oleh Khir Khalid dan foto oleh Kidchan Studio.

Maya dan Steven akan mengadakan resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kad Jemputan Majlis Persandingan Maya Karin & Steven David Shorthose @ Muhammad Ali
  • Maya Karin & Muhammad Ali Kahwin 9 Ogos Ini
  • Gossip Maya Karin Akan Kahwin British Guy Bernama Steve?
  • MAYA KARIN AKHIRNYA DISATUKAN
  • Gambar Maya Karin @ Tag Heuer Event
  • Gambar Baju Mandi Maya Karin Swimsuits Photo
  • Filem Duyung Lakonan Maya Karin & Yasmin Hani
  • Trivia: Kasut Milik Pelawak Manakah Ini?
  • UJIBAKAT PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE
  • CERITA MAYA KARIN SETELAH BERGELAR ISTERI



  • 54 Komen untuk entri “Gambar Kahwin Maya Karin & Steven David Shorthose Selamat Diijabkabulkan di Itali”

    1. ijoy kata:

      selamat pengantin baru……….

    2. shy kata:

      eeeeeeeeee tuanye….korang semua kalu artis mcm ne kawin dgn org putih tua tak pe….cuba kalu dato ct buat mcm ne ke semua melenting kan cakap lah mcm takde laki lain….pikir lah semua kan

    3. naNaku kata:

      selamat pengantin baru dear maya….semoga rumah tangga yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat…hmmm bile nk wt reception kt m’sia lak ? huhuhuhuhuhuhuhu maya cntik seh…seri pengantin gitu…congratS…. :) ;)

    4. miyaku kata:

      aku rasa takde la tua pun mamat tu,, beza stakat 10 taun,kalo dato siti tu beza 20 taun eh :P
      akak aku seme nikah pun beza 10 taun,,hhihihi

    5. Siti's Fan kata:

      Congratulations Maya ;) U look stunning in that dress…simple yet elegant. More wedding pictures pleaseee~~ heheheh demanding much ey…

    6. R kata:

      Cantik wedding dress Maya. Takde terdedah-dedah. 2 thumbs up..

    7. Siti's Fan kata:

      shy, he’s not that much older from Maya. Most importantly, he was not somebody’s husband and he was a bachelor. Ooops…terlebih sudah. I love Siti nonetheless. Just stating the fact.

    8. Honeybee kata:

      sangkut mmanjang .. boring nya!!!!!

    9. Obefiend kata:

      he is one fug little guy

    10. wirda kata:

      tua tak pa janji bukan laki org

      beza ct and maya, ct kebas laki org LOL

    11. adamexia kata:

      da x wujud ke laki melayu mesia nih
      semua artis dok tergile mat saleh je
      sedih tol laa
      semoga bahagia sampai ke anak cucu…

    12. balqis kata:

      tahniah maya…..moga berkekalan selamanya.

    13. ct kata:

      moga berkekalan,jgn jadi mcm la ni trend…kawin serupa mainan je….pelamin x habis dibuka lagi & inai msh di jari…dah..tergedik2 nak bercerai….fikir2 kan lah…

    14. Payung Terjun kata:

      maya look so stunning!
      tahniah utk maya dan husband, semoga berbahagia smpi bila2..

    15. aisha kata:

      xde la umo tu tua sgt..tp muke nmpk tua ckit la..xpela da jodoh..anywhere selamat pengantin baru maya…cute maya..

    16. kita kata:

      betul-betul ler lawa ler budak ni..tahniah untuk mereka b2

    17. Syazleen kata:

      # wirda kata:
      August 16th, 2008 at 5:33 pm

      tua tak pa janji bukan laki org

      beza ct and maya, ct kebas laki org LOL

      Remarks:

      Siti bukan kebas laki orang, dah bini dia tinggalkan dia so Siti amik la.

      Bukan merampas namanya tu. Ada beza. Lagipon time tu Datuk K dah bercerai kan?

      Anyway, semoga berkekalan hendaknya. Jgn plak jadi mcm sesetengah artis tue, berkahwin heboh bagai nak rak tapi bercerai senyap-senyap la plak.

      Hehehehehehehehehehehehehehehehe

    18. nana kata:

      congrats to maya n hubby..

      btw, age is just a number..

      yg penting bgia ke akhir hayat.. ;)

      cheers..~

    19. deedon kata:

      Korang ni jngn la pandang sebelah mata, mat saleh selalunya cepat machured. apa2 pun tabik la Maya cz nikah kat sana masih tutup2 lagi….
      Tak kesah lah sapa jodohnya orang melayu ka orang puteh ke…tak kene pada kita memang la sedap menghentam orang….adamexia!!!!!!!!! u jelouse ker, kalau u dapat orang puteh misti bangga punya….anyway tolong la CT tak masuk dalam ini pelem……tolong la….boring….

    20. erz kata:

      Simple…cantik…
      Tahniahhhhhh

    21. Siti's Fan kata:

      ye la deedon…i sokong! apasal la some people tak adopt view yang lebih luas? very the narrow minded i tak paham la… i admire maya for being sopan dan tertutup tak terdedah even though the wedding jauh kat Italy kan? and then tak lupa kirim gambar for media kat Malaysia pulak tu..very the professional gitew~

    22. Kiyoshi Yamada kata:

      melepas si kariey,, huhu

    23. nanatron kata:

      kawen dgn mat saleh byk advantage…they are not the same as malay men…even non muslim men is actually not the same with malay men if u can date them…hehe…they are more appreciative, loving, caring, and spontaneous! I’ve dated a non-muslim bfore…tp..last2 i kawen dgn melayu gaks akak2 oiii…dh jodoh…mcm maya karin ni..jodoh dia la knn…but i know…ramai lelaki terkeciwa…hehehe

      btw…pitam tgk wedding gaun dia…classy!! Tertutup but still sexy…~

    24. zadin kata:

      MELAYU DAH HBIS DAH KE?…

    25. zadin kata:

      kenapa lately ni asyik nak cari mat salleh je?..mmg tak salah!!..
      tapi bgmana klu ditakdirkan berpisah rasa2 si mat salleh tu masih blh still in islam ke?..msuknya isalm atas dasar islam tu ajaran yg betul atau semata2 nak kahwin?..satu persoalan…tak lebih dari itu!..

    26. abby kata:

      Maya, cantik sungguh kamu, semoga berbahagia yer

    27. JANGAN PERTIKAIKAN CT... kata:

      ala….MAYA BUAT2 LAAA TUTUP PAKAIAN…TAPI ENTAH2 MLM PAKAI SEKSI…KITA MANA TAU…SEBELUM NI PUN DIA PAKAI BIKINI….

      hELLO CT KAHWIN DENGAN DATO K…APABILA DATO K DA CERAI 4 TAHUN LEPAS…SO TAK YAH NK PERTIKAIKAN…KORANG YANG ANTI SGT CT TU APAHAL…KORUNK TAK DPT APER…CT GAK ADER ASET 50 JUTA…SO PAHALA TUHAN BG PD ORG YANG BENAR

    28. Ntahapeapejer! kata:

      emende la korang ni…semua tak kena…cerita CT dah basi la…bagi can la pulak org lain…Btw congrats maya…ya really gorgeous

    29. Ntahapeapejer! kata:

      ops…terlupa laks…sebenarnya CT memang tak rampas pun Datuk K..dia cuba goda jer..emangler nampak cam dia tak rampas…dia dah usha lama dah…tunggu green light jer Datuk K nak ceraikan bini…nak dijadikan alasan..kan CT budak baik…hahhahah..50juta ler punye pasal…jangan mare ehs..nanti kena jual…hehheheh

    30. adekepatut kata:

      tahniah…tua pun tak per…janji bahagia

    31. nurul kata:

      (JGN PERTIKAIKAN CT) - memang la diaorg x pat per2 kalau kutuk cik ct kesayangan awk tuh.. tapi, awk dapat aper plak??
      aset 50 juta tuh dapat dari mana kalau tak dari Datuk K… huhuhu…

      by the way, maya, you are so fabulous!!!

    32. Honeybee kata:

      Btul tu Nurul … sokong!!!!

    33. naNaku kata:

      ngada seh…suke nk kutuk DCT….alaaaa kalo da x mint x yh nk kutuk2 la…well DCT bahagia pun.. :)

    34. noris binti mansor kata:

      wow sama cantik dan padan…
      merpati sejoli….
      cute sgat…

    35. tuxedo kata:

      taniah 4 maya n hushband………………..suka sgt tengok gambar u dua,hai kat gambar kau org tengok nampak tua la,kalo live ntah2 korang boleh jatuh cinta ha…..jgn main ….tapi bila i see muka mamat nikan nampak dia mcm very caring n baik hati orangye kan……dan maya pulak mmg seorang perempuan yg cantik dan serdahana tp elagent orgnye……….maya kan bdarah kacukan mat salih,salahka jodoh dgn org putih………….suka hati dialah….yg penting kita doakan diaorg bahgia dan dpt anak cpt2.maya mmg best………cantik bijak n tak byk kerenah mcm artis gemok tu yg kawin dgn laki tua 20 thn drinye

    36. Fiza1001 kata:

      Maya mmg nmpk cntik ngn dress 2..tenang & berseri2..slmt pngantin bru!

    37. aisyah kata:

      Tahniah buat Maya…..semoga jodoh berkekalan ke akhir hayat….dugaan alam rumahtangga hadapilah dengan tabah………

    38. pemerhati kata:

      tek berkenan laa

    39. Nana_Ratna kata:

      Selamat Pengantin Baru…Maya.Semoga kekal hingga keanak cucu….

    40. Vivienne Marcheline kata:

      Maya is classy & has amazing taste. Fabulosity is the word! To get married at Lake Como, Bellagio… oooh so awesome!! Even Hollywood A-listers love Lake Como, George Clooney has a villa there. I love Maya’s wedding dress, so Grace Kelly.

      Tak habis-habis lagi cerita pasal CT kampung tak ada class tu. CT is nothing compared to Maya. Too bad for her. Even her millions of ringgit cannot buy her class and style. Favourite brand LV konon, entah-entah nak pronounce Louis Vuitton pun tak reti. Pakai Lui Ting Tong puluh-puluh ribu pun still nampak macam minah kampung…. sorry Team CT!

      I bump into her frequently at Bkt Antarabangsa where she lives in her flashy tasteless reportedly worth $7 mil bungalo. Datuk K selalu tayang muka dia kat luar rumah dia showing off his fancy & spiffy cars. Bangga sangatlah tu dapat kahwin dengan CT kampung. Macamlah orang hard up sangat nak tengok dia dgn bini kampung dia tu. Orang Bkt Antarabangsa semua meluat tengok mamat & minah dua orang ni.

      Sorry CT & DK yer. Nak sambut ramadhan ni minta maaf banyak-banyaklah. Astaghfirullah… Ya Allah, ampunilah dosa aku mengumpat manusia dua orang ni.

    41. khaii kata:

      apahal ampa d

    42. nurul kata:

      waa….
      cantik..btol..maya..nie..
      bju..dia..elegen..siot..
      bju..cmner..plak..la..dia..pkai..utk..mjlis..kt..msia..nnti..

    43. Ntahapeapejer! kata:

      takpe viviene..buat dosa dulu…biasala tu…pas tu minta ampun…hehhehe semekom…lu pikir la sediri ..

    44. juji kata:

      doakan supaya dia membawa husbandnya ke jalan Ilahi bukan dia sebaliknya ke arah bertentangan..maklumla..anak2 kacukan ni selalu teringatkan asalnya dia dari sana…orang kita sepatutnya kalau kawin ngan orng putih atau org bukan islam …ikut ke arah agama kita..bukannya ke arah agama merekaa…dunia d akhir zaman…ingat lah..
      hupefully rahmat Allah ke atas mereka

    45. AKU KATE?! kata:

      # Vivienne Marcheline kata:
      August 23rd, 2008 at 2:27 am

      Maya is classy & has amazing taste. Fabulosity is the word! To get married at Lake Como, Bellagio… oooh so awesome!! Even Hollywood A-listers love Lake Como, George Clooney has a villa there. I love Maya’s wedding dress, so Grace Kelly.

      Tak habis-habis lagi cerita pasal CT kampung tak ada class tu. CT is nothing compared to Maya. Too bad for her. Even her millions of ringgit cannot buy her class and style. Favourite brand LV konon, entah-entah nak pronounce Louis Vuitton pun tak reti. Pakai Lui Ting Tong puluh-puluh ribu pun still nampak macam minah kampung…. sorry Team CT!

      I bump into her frequently at Bkt Antarabangsa where she lives in her flashy tasteless reportedly worth $7 mil bungalo. Datuk K selalu tayang muka dia kat luar rumah dia showing off his fancy & spiffy cars. Bangga sangatlah tu dapat kahwin dengan CT kampung. Macamlah orang hard up sangat nak tengok dia dgn bini kampung dia tu. Orang Bkt Antarabangsa semua meluat tengok mamat & minah dua orang ni.

      Sorry CT & DK yer. Nak sambut ramadhan ni minta maaf banyak-banyaklah. Astaghfirullah… Ya Allah, ampunilah dosa aku mengumpat manusia dua orang ni.

      aku kate :

      pergh…..molot xder igt punye!! dah sodap2 ngate org pas2 senang2 mintak ampun?? pastu ngompat balik…ape punyer pompuan lahh…

    46. meen kata:

      Tahniah buat maya karin….sebagai umat Islam tak ya la main kutuk2 pasal orang lain…jodoh maut di tangan tuhan yang maha esa….lebih baik fikir ttg mcm mane kita nak perbaiki diri kita…so to all selamat menyambut awal ramadhan .

    47. izalen kata:

      vivien vivien ada lagi stok camni ke hehe bagus sangat ke enko nak mengutuk CT and DK. aku ni taklah minat CT sangat tapi aku taklah kurang ajar and todak bertamadun macam tu. Kenapa nak banding2kan CT and Maya Karin? lantaklah diorg nk buat kduri camne pun, kat kampung ke, dewan serbaguna ke, kat amsjid ke. yang enko sakit hari apsal?

      Jatuh ke marah seseorang kalau dia gadis kampung? enko mengutuk org kampung mcm org org kuala lipis tu? itulah kelebihan CT dari kg boleh naik dg usaha titik peluh sdri jd mcm skrg. and you vivien? who are you? where are you from? what do you have?

      Org bukan Islam tgk enko punya attitude pun memalukan la mengutuk sesama islam, x senang dengan kebahagiaan org. Diorg gelak je.

      Oh minta maafla vivien sempena nak pose ni aku minta maafla kah kah sorila beb gua x minta maaf dg lu la hehe kesian aku tgk stok2 cam enko ni

      aku ucapkan tahniah kepada maya karin and mohd ali atas perkahwinan mereka, semoga allah memberkati perkahwinan mereka amin dan congratulate on the “green” kenduri at FRIM!

      matsarkas

    48. sumandak kl... kata:

      cantiknya maya semasa maya kawin dan begitu juga dengan suaminya….i luv maya karin….

    49. iena kata:

      congrats maya….smoga bbahagia dan gembira ke akhirnya =). buat izalen, EMO nyer.hua…hua..hua =@

    50. NURUL AIN kata:

      Tahniah maya karin.. semoga berkekalan selamanya hingga ke akhir hayat…. saya selalu mendoakan kebahagiaan maya selalu… saya peminat maya taw… hehehe….. muka saya pun da mirip ngan maya…. harap2 dapat kahwin ngan orang itali gak…. hihihi!!

    51. cute gurlz kata:

      Smoge berkekalan sehingga ke akhir hayat. He’s a handsome guy.hehe.You’re lucky women get Mohd ali. I love both of u.hehe.

    52. nasarudin kata:

      cantik!!

    53. roslaili kata:

      mengancam

    54. roslaili kata:

      cantik!

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK