Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Kahwin Maya Karin & Steven David Shorthose Selamat Diijabkabulkan di Itali



Budiey baru sahaja terima email daripada Lyn, pengurus kepada Maya Karin yang sekarang turut berada di Itali. Terima kasih Lyn.

Aktres jelita, Maya Karin selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali semalam, 14 Ogos.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Abdullah dari Algeria yang kini menetap di Itali pada jam 11 malam (waktu Malaysia) bersamaan lima petang (waktu tempatan).

Seramai lebih kurang 60 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir memeriahkan majlis perkahwinan tertutup pasangan tersebut.

Aktres berusia 28 tahun itu bagaimanapun meminta agar sebarang temubual oleh pihak media dibuat setelah dia pulang ke Malaysia minggu hadapan.

Maya yang anggun menggunakan dress ciptaan pereka, Syaiful Baharim dan solekan oleh Khir Khalid, kelihatan tenang dan ceria melalui gambar kiriman e-mel kepada media di Malaysia.

Bagaimanapun, Maya hanya akan bercerita tentang majlis pernikahannya itu sekembalinya ke tanah air pada minggu depan.

“Terima kasih kepada pihak media dan peminat yang mendoakan kelancaran majlis perkahwinan Maya,” kata pengurus aktres berkenaan, Azlin Abas.

Pasangan itu akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong dengan berkonsepkan alam sekitar.

Make Up oleh Khir Khalid dan foto oleh Kidchan Studio.

Maya dan Steven akan mengadakan resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini.

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kad Jemputan Majlis Persandingan Maya Karin & Steven David Shorthose @ Muhammad Ali
  • Maya Karin & Muhammad Ali Kahwin 9 Ogos Ini
  • Gossip Maya Karin Akan Kahwin British Guy Bernama Steve?
  • Maya Karin Sah Bercerai
  • Gambar Cun Maya Karin di Karpet Merah FFM24
  • Maya Karin Jadi Duta Produk Minuman Bertenaga
  • Suami Maya Karin Umum Mahu Bercerai
  • Gambar Maya Karin di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Suami Maya Karin Suruh Hentikan Komen di Media
  • Gambar Maya Karin di Ulangtahun Ke-2 Portal GUA



    • cute gurlz

      Smoge berkekalan sehingga ke akhir hayat. He’s a handsome guy.hehe.You’re lucky women get Mohd ali. I love both of u.hehe.

    • nasarudin

      cantik!!

    • roslaili

      mengancam

    • roslaili

      cantik!

    • rose

      hey hello…. KORANG DAH LUPA KE YANG AYAH MAYA TU ORANG GERMAN?? so kiranya FIRST RACE dia european la kan sebab ikut ayah punya race? so tak pelik la dia kawin european ke, dia kawin asian ke… sebab dia sendiri HALF-EUROPEAN. cumanya, dia ni sopan orangnya dan walaupun tak 100% darah melayu, tapi sukakan ciri2 timur, contoh pandai menggayakan pakaian timur, mengamalkan jamu tradisi nenek moyang kita dll sampaikan kita terlupa yang minah ni bukan 100% malay..

    • siska

      eeeeeeeeee…. byk org bodoh la sini .
      kutuk la mcm mana pun, dct & maya karin x rugi ape ape pun oii.
      buat pening kepla otak korang ader la ,xyah la nak ye ye backup artis
      kesayangan korang 2, xdernyer diorang nak bg korang ganjaran
      hmmm ..bodoh la org zaman skang
      patut la x maju maju ….

    • cahaya

      so sweet..

    • momok

      zaman sekarang ni tak ada orang sempurna..semuanya ada buat silap& buat pilihan hati sendiri..cermin diri sikit sebelom nak kata orang cam maner..kiter bukan (nabi yg sempurna)..entah2 korang sendiri pilih tak betul dan perangai yg suker mengumpat…dosa besar tau!!!!!!!!!!!!!!

    • http://- nia

      yup..ak sokong rose nyer statement…die neyh anak kacukan…n usually if bapak or mak ke nenek moyang tu bangsa asing slalunyer anak cucu cicit dorg will follow kawen campur2 neyhh mcm sarimah,ning baizura n etc..bknnyer mayakarin m’milih..da jodoh die…at least mereka yg mix ney slalunyer xgiler nk kawen ngan org yg up or berpangkat sgt..

    • http://- YUPZ

      lantak dowg la..ape plak nk kaitkan ct ngn maya plak.xdekene mengene pun..
      hina ke kalu owg tue asal dr kampung?xbaik camtue…mak bapak aku pun asal dr kampung.

    • mimi

      tahniah kpd maya . maya cantik dan manislah.semoga maya gembira selalu.

    • http://HUHUXZ94@YAHOO.COM SHAH

      CONGRATS!TPI CMBURU SKIT LE AKU…HUHU…MYA KARIN IS MY FVRITE ACTOR!!!HEHE…

    • linda

      ok lah tu…semoga bahagia ke anak cucu…

    • ana

      maya you look so preety like a princessssssssss……….gempaq gilerrrrrrrrrr……….moga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayyat k…love u………muuuaaaah..

    • Power Puff Girls

      Bagai pinang dibelah dua! Semoga berpanjangan!

    • NATASHA

      MAYA MEMANG CANTIK.TAK NAK BAGI PETUA KE MACAM MANA MAYA CANTIK. BAGI SAYA MAYA MEMANG ARTIST YANG PALING CANTIK.MAYA DENGAN STEVEN BAGAI PINANG DIBELAH DUA

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001651831617 Mohd Zuhaili

      saye syg mama..maya karin



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK