Gambar Jasmine Michael Pelakon Filem ESTET
Budiey kira, ramai tak kenal lagi dengan pelakon filem ESTET bergelar Jasmine Michael. Mungkin ramai pembaca yang tak selalu tengok drama Tamil. Tapi menjelang Tahun Baru Cina nanti, korang akan menonton lakonan Jasmine Michael dalam filem ESTET.
Masa hadir di Pelancaran Klip Muzik Video dan Novel Filem ESTET, Budiey sempat berkenalan dengan pelakon utama filem arahan Mamat Khalid ini. Orangnya sangat mesra, sangat cantik, suka tersenyum dan easy going.
Tak terlewat untuk Budiey ucapkan Salam Deepavali buat Jasmine, walaupun Budiey tahu, Deepavali kali ini tak berapa meriah sebab Jasmine masih lagi berkabung untuk memperingati kematian mendiang nenek tunangnya yang meninggal dunia November tahun lalu.

Tahun ini, Jasmine beraya di Puchong, Selangor. Cuti selama 2 hari itu, Jasmine sempat beraya di rumah kawan dan sanak saudara.
Untuk pengetahuan pembaca, gadis 30 tahun yang sekarang menetap di Petaling Jaya ini bukan sahaja seorang pelakon tetapi beliau juga seorang penari. Kalau tak percaya korang boleh tonton video klip filem ESTET. Kariernya bermula pada tahun 2002 dan mula mengenali tunangnya, KK Khanna, 33 sebelum menjadi pelakon lagi.
Jasmine memulakan karier seninya sejak 2002 dan bukan saja terbatas sebagai pelakon, dia turut meminati tarian klasik India dan terbabit dalam klip video. Tambah Jasmine, dia mula mengenali tunangnya, KK Khanna, 33 sebelum menjadi pelakon lagi. Pada 27 Oktober ini genaplah usia hubungan mereka sembilan tahun. Mereka bertunang sejak empat tahun lalu. Tunang Jasmine juga adalah orang seni juga dan bergelar sebagai pengarah, penyanyi dan editor untuk industri hiburan Tamil. Budiey dapat tahu, tunangnya banyak memberi sokongan dan galakan untuk Jasmine memilih bidang seni ini.


Tags: Gambar
Tags: GambarClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 19th, 2009 at 10:21 am
last Pic ada rupa fasha sandha ckit. Rasanya kalau bawa jasmine ni masuk dlm industri perfilman melayu pun ok. Sebab x ramai pelakon india yang berada didalam industri perfilman melayu.
October 19th, 2009 at 12:20 pm
she is hot……..
October 19th, 2009 at 6:01 pm
cantik…mcm artis bollywood pula….
October 20th, 2009 at 8:23 am
aah lah memeng cun lah jasmine nie…mcm malay pon ade jugk….
October 20th, 2009 at 10:10 am
aku penah tgk lakonan die kat tv2.cite tamil malaysia…cite seram
memang kelazzz la die berlakon…
July 6th, 2010 at 3:44 pm
hmmm…jasmine nie memang cute ar….comel n cun gak ar…lakonan die smat ar….
July 19th, 2010 at 4:14 pm
jasmine bila u dan k.k.khanna akn jadi suami isteri i tak sabarlah tengok u org punya gambar kahwinan cpt sikitlah kawan……………………………..
October 11th, 2010 at 1:00 pm
NO hearty feeling ,i find that you dont have a good acting ,your acting is always not natural you dont have that natural acting in you,and you act as more attension rather then acting natural ,i dont know how they value you and for what
October 22nd, 2010 at 11:03 am
hai….jasmine akka…u r reli great la…best of luck or ur future n carier.
February 5th, 2011 at 5:32 pm
pelakon india sepatutnya diberi ruang dan luang dalam perfilemen melayu tempatan. kerana di bawah konsep satu malaysia yang diuar-uarkan kini, ramai lagi pemuda india akan ke pawagam untuk menonton filem melayu yang berkualiti. Generasi muda sudah muak dan mual dengan cerita filem India yang diimport kerana mempunyai cerita dan lakonan yang streotaip.
Setelah menonton Estet (saya juga bekas orang estet) pelakon memang menggarap dan menjiwai perwatakan dan penceritaan. Syabas pelakon India dalam filem Melayu. Wahai pengarah dan produser berbangsa Melayu berikanlah peluang kepada bangsa kami supaya kami dapat menyerlahkan dan mngasah bakat kami dalam lakonan filem tanah air yang amat kami cintai ini. sekian
April 12th, 2011 at 8:17 pm
sangat cantik. very the very nice pictures.very beautiful girl.
April 18th, 2011 at 2:40 pm
No heart feelings on the comment, you really can’t act, I not sure how are you going to polish your skills but please don’t do over acting anymore. Agreed with Carviar.