in , ,

Gambar IZ di Trip Cruise With Angkasawan

Beberapa hari lalu, Budiey telah dipilih antara tujuh orang media yang mengikuti trip rombongan Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor belayar ke Pulau Phuket dan Pulau Krabi bersama peminatnya. Seramai 70 orang telah mengikuti trip ini yang bermula pada 2 Disember – 5 Disember lalu. Terima kasih buat Angkasawan Negara yang sudi menjemput Budiey untuk mengikuti rombongan trip selama 4 hari 3 malam ini.

[pullquote align=”right”]Rata-rata, Budiey nampak begitu seronok kerana dapat beramah mesra dengan lebih dekat dengan Angkasawan Negara pertama ini.[/pullquote]

Ini adalah kali pertama Datuk Sheikh Muszaphar Shukor membawa peminatnya bercuti dan pada masa akan datang, Budiey dengar, banyak lagi acara seumpama ini akan dirancang untuk mendekatkan diri bersama masyarakat. Selain dapat berkongsi pengalaman, beliau juga berpeluang bersama-sama mengikuti percutian yang menyeronokkan.

[dropcap]P[/dropcap]enyanyi IZ, satu-satunya selebriti yang dibawa belayar bersama Angkasawan Negara dan menggalas tugas untuk menghiburkan semua yang mengikuti trip ini pada malam gala. Budiey pun tak lupa untuk merakam detik-detik trip ini berjalan dengan dibantu oleh IZ sebagai hos. Nanti jangan lupa ikuti video travelogue bersama IZ di belayar ke Pulau Phuket dan Krabi.

Menurut kata IZ, ini adalah kali pertama beliau menaiki kapal besar Superstar Libra dan kali pertama juga menjejakkan kaki di Pulau Phuket dan Krabi.

IZ Cruise With Angkasawan

Oh ya, sebelum terlupa, Budiey nak ucapkan tahniah buat IZ kerana muzik videonya, Cinta Akhir telah tercalon untuk kategori Best Music Video (50% public voting) untuk Voize Independent Music Awards #VIMA2013 dan akan bersaing dengan muzik video artis dari Indonesia, Brunei, Singapore dan banyak lagi. IZ juga tercalon dalam kategori Best Pop Artist & Best Overall Male Vocalist. Jika anda suka muzik video Cinta Akhir, bolehlah mengundi sebelum 28 Disember 2012.

  1. Best Music Video – IZ http://ow.ly/fRLHa
  2. Best Pop Artist – IZ http://ow.ly/fRLIS
  3. Best Overall Male Vocalist – IZ http://ow.ly/fRLIk

Undi jangan tak undi!

IZ juga adalah salah seorang peserta Fear Factor Selebriti Malaysia dan Budiey tak sabar nak tengok cabaran yang dilalui oleh peserta. Jadi jangan lupa tonton Fear Factor Selebriti Malaysia mulai 29 Disember ini di Astro Ria.

Kat bawah ini, gambar-gambar IZ semasa berada di kapal StarCruise Superstar Libra. Masa ini, kitaorang baru nak sampai di Pulau Phuket.

IZ Cruise With Angkasawan

IZ Cruise With Angkasawan

IZ Cruise With Angkasawan

IZ Cruise With Angkasawan

IZ Cruise With Angkasawan

IZ Cruise With Angkasawan

IZ Cruise With Angkasawan

IZ Cruise With Angkasawan

IZ Cruise With Angkasawan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Pass Ke Preview Screening Here Comes the Boom

Sebab Mengapa Juri Anugerah Juara Lagu Ke 27 Dikurangkan