Gambar Imran Ajmain di Sidang Media Minggu Setiausaha Crown Plaza
Pada 21 Mac 2008, 3.30 petang di Hotel Crown Plaza Mutiara Kuala Lumpur telah berlangsung satu sidang media Minggu Setiausausaha LUNCH EXTRAVAGANZA 2008. Menggabungkan 3 bintang ternama daripada 3 buah negara iaitu Marcell dari Indonesia, Dayang Nurfaizah dari Malaysia dan Imran Ajmain dari Singapura, persembahan selama 3 jam itu akan diadakan pada 24 April 2008 di Crown Plaza Mutiara jam 12 tengahari hingga 3 petang. Tiket berharga RM420, RM368 dan RM315 boleh ditempah dengan menghubungi Zira 013 2054191.

Budiey sempat merakam gambar ketiga-tiga penyanyi terkenal itu. Budiey akan siarkan secara berperingkat-peringkat untuk tatapan pembaca semua. Ketika bertemu dengan penyanyi lagu Seribu Tahun ini, banyak sekali cerita dan isu yang dibangkitkan oleh Imran Ajmain kepada media.
Bagi Imran sendiri, inilah kali pertama beliau menyanyi di majlis khusus untuk setiausaha yang mana tidak pernah diadakan di Singapura. Kalau ada pun, orang di Singapura banyak meraikan ibu dan bapa dalam satu majlis yang sebegitu. Imran amat berbesar hati kerana dapat berkongsi pentas bersama Marcell dan Dayang Nurfaizah.
Terima kasih kepada Aszuad kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti untuk membuat liputan untuk majlis sidang media ini. Khabarnya, sekiranya ada kerusi kosong, 2-3 pembaca Sensasi Selebriti akan dijemput melalui peraduan yang akan Budiey siarkan kemudian. Tunggu ya!
Terbaru, Imran Ajmain bersama dengan peminatnya di Singapura akan mengadakan gathering di Singapore Zoological Garden sempena World Harmony Day pada 6 April 2008.
Behind The Scene:

Gambar: Rakan media dari new media yang lain seperti gua.com.my, mstar online, jomstar dan juga newscelebrity sedang menemubual Imran sejurus selepas sidang media. Budiey akan siarkan berita promo Secretaries Week Lunch Extravaganza 2008 dan temubual bersama Imran pada hari Isnin ini.




Technorati Tags: imran ajmain, album baru imran, kompilasi lagu, new album, aliff aziz, isu imran berita minggu, gossip imran ajmain, foto imran ajmain, zoological garden singapura, how to feed cat
Tags: Gambar, Imran Ajmain, album baru imran, aliff aziz, foto imran ajmain, gossip imran ajmain, how to feed cat, imran ajmain, isu imran berita minggu, kompilasi lagu, new album, zoological garden singapuraBaca artikel lain yang berkaitan:









March 22nd, 2008 at 4:36 pm
PLeazz la daYaNg ..
CoVer2 Ckit BEtis Tu..
Xselera aku Tgk..
(kalU aku lelaki la..)
haha..
HitaM siOt…
haha…
bakat Ok taPi pemakaian KO…
huhu…
March 24th, 2008 at 10:40 am
tolongla….
kecian aku tengok betis si dayang tu…
dah mcm kaki gajah daa…
besar , dah la itam ,
kalo aku la, malu nk tunjuk..
bawak-bawak la bertobat wahai artis2 di malaysia
aku nengok dah kalah hollywood
masih belum terlambat….
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
kita di sarankan beringat sesama islam..
March 24th, 2008 at 3:18 pm
besele..die mmg ske dedah2 ni
August 2nd, 2008 at 3:50 pm
‘tau x pe’ memang ar… bsr cam kaki gajah,dah la itam cam kuali mak aku yg dah siap masak kenduri beb.Yerk kotor aku tngok,lain kali klu nak pakai cam2 jugak awk pakai la stoking yg warna putih… kalah adik aku … bawak-bawak bertobat la Dayang.