in ,

Gambar Hos Majalah 3 Nurul Syuhada Kahwin

Nurul Syuhada (TV3) Akhirnya Bergelar Isteri

Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pengacara popular dan juga duta Avon, Nurul Syuhada yang kini sah menjadi isteri kepada Raja Amir.

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu.

Nurul Syuhada Kahwin

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak. Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.

“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.

Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Nurul Syuhada Kahwin

Nurul Syuhada Kahwin

Nurul Syuhada Kahwin

Pengantin: Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin (27 tahun) dan Raja Amir Shah bt. Raja Azwa (29 tahun)

Tarikh: 16 Julai 2011 (Sabtu)

Tempat: The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur

Masa: 8.00 mlm – 10.30 mlm

Tema: Moroccan

Wedding Planner: Khalid & Favors By Eddy

Pelamin: Moroccan theme – multi colored

Pakaian: Kaftan Muslimah warna off – white & bertudung

Emcee: Saiful Nizam News TV3

Pereka Pakaian: Radzuan Radziwill

Mas Kahwin: RM777

Hantaran: RM20,111

Lafaz Akad: Sekali

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC
Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Gambar Selebriti di Anugerah Planet Muzik 2011