in ,

Gambar Heliza Helmi di Sidang Media Rasa Halal Antarabangsa

Gambar Heliza Helmi di Sidang Media Rasa Halal Antarabangsa.

Selepas bersiaran selama enam musim, program yang berkonsepkan kembara masakan iaitu RASA HALAL, kini kembali dengan pengisian yang lebih segar dan mantap untuk musim ketujuh untuk musim ke-7 dengan menampilkan hos terbaru iaitu Heliza Helmi, penyanyi, usahawan yang lahir dari program Akademi Fantasia musim ke-5.

Program Rasa Halal Antarabangsa, 26 episod terbitan pihak produksi E-Style Sdn Bhd yang akan menemui penonton setiap hari Khamis, jam 7.30 malam bermula 28 Jun 2012 di Astro Oasis menerusi saluran 106.

Sebanyak 5 buah negara dilawati iaitu Turki, Australia, Korea, Perancis dan London.

Antara negara yang diterokai dan dilawati oleh Heliza Helmi ialah Turki di mana di sana penonton akan melihat Heliza akan merasai beberapa resepi dari sana seperti Guvej, Salad Kambing, Gozleme dan macam-macam lagi.

Turut dilawati negara kanggaroo iaitu Australia di mana Heliza sempat melawat Brisbane dan Sydney.

Korea juga dilawati Heliza semasa musim bunga. Memang cantik dan meriah dengan warna-warni alam flora yang sangat memepersonakan.

1. Program yang paling lama pernah diterbitkan di Astro Oasis iaitu selama 7 musim. Program Rasa Halal musim pertama bermula pada 2008 di mana negara China menjadi negara pertama dilawati.

2. Heliza Helmi dipilih untuk menggantikan Farah Breep Breep yang kini sedang mengandung dan bakal melahirkan anak.

3. Ramai rakyat Malaysia yang melancong ke-5 buah negara, jadi program ini menunjukkan panduan untuk Muslim di mana restoran Halal di sana.

4. Heliza mengharapkan dirinya gemuk dan berisi dengan program ini memerlukan beliau makan setiap kali singgah di restoran ini.

5. Heliza tak sempat untuk meminta tips dan panduan dari Farah Breep Breep.

“Satu benda yang sangat-sangat dinantikan dan saya sangat bersyukur kerana dengan berjalan-jalan bersama Rasa Halal Antarabangsa ni, saya banyak belajar.

Pengalaman sangat berharga walaupun sangat letih kerana dalam satu hari kadang-kadang terpaksa habiskan dua hingga tiga episod.

Kesemua negara memang mencabar. Seperti di Korea, Heliza sempat merasai Kimchi dan diberi peluang untuk memasak kimchi. Setiap hari makan Kimchi di Korea sehingga rasa Kimchi dah sebati dalam diri Heliza.

Pemilihan Heliza Helmi sebagai pengacara ialah kerana Heliza suka makan, suka jalan-jalan makan angin, kena dengan gaya muslimah yang dibawa oleh Heliza, tak banyak kerenah, tahan lasak.

Selama dua bulan penuh diperlukan untuk melaksanakan pengambaran.

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Babak Panas Zarina Jamalullail Terpaksa Dipotong?

Suami Erra Fazira Nafi Berkahwin Lagi