Gambar Halim Othman di Sidang Media Penyampai Suria FM
Semalam, jam 3 petang telah berlangsung Majlis Sidang Media Pengumuman Penyampai Baru Suria FM di Delicious Cafe, di Dua Residence, Annexe, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Dihadiri oleh kesemua penyampai Radio Suria FM yang lama dan yang terbaru iaitu Halim Othman dan Linda Onn. Jadi betullah kata-kata gossip yang keluar sebelum ini ya?
Budiey nak ucapkan tahniah kepada Halim Othman dan Linda Onn.
Kedua-dua personaliti radio terkenal ini lahir dari AMP Radio dan nampaknya mereka akhirnya kini mereka akan berceloteh menghiburkan pendengar setia Suria FM. Adakah rating Suria FM akan naik dengan kehadiran ikon radio terkenal ini? Kita kena tengok survey pada bulan Mac nanti ya.
Halim Othman akan bersiaran di konti Suria FM pada 18 Januari ini dalam program Suria Breakfast bersama dengan Zizi dari jam 6 hingga 10 pagi. Manakala Linda pula akan bersiaran pada jam 4 hingga 8 malam dalam Suria Drive.
Semalam, semasa sidang media, Halim Othman telah mengumumkan dia akan bertunang dalam masa terdekat dengan kekasih hatinya. Dijangka akan berkahwin pada bulan Jun nanti. Bakal isterinya adalah orang biasa, bukan selebriti. Umurnya sekitar 30an, seorang bisneswoman dan yang penting orang Malaysia. Kenal dah 15 tahun tapi baru 6 bulan mereka betul-betul jatuh cinta. Semoga semuanya selamat dilangsungkan ya.
Selama 2 tahun menghilangkan diri, Halim Othman mengajar Bahasa Inggeris di masjid Taman Desa dan mencari kawan-kawan lamanya.
Jangan lupa mendengar celoteh Halim Othman mulai 18 Januari di Suria FM. Stay tuned!




Tags: Halim Othman
Tags: Halim Othman, Suria FMClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 14th, 2010 at 9:50 pm
halim ttp maintain muda..huuhu
January 15th, 2010 at 12:11 am
maintain mude ker..?? nmpak tue da siket..
January 15th, 2010 at 12:26 am
Alahai…kawan lama aku nie…
Nape menghilang..sukar dikesan…
Nampak dah sihat… syukur lah pada Tuhan Lim.
tapi raut mata mu nampak tak bermaya…
masih dihantui lagi ya..?
Baguslah jika Lim dah HIJRAH kan diri.
Moga lebih tenang dan bersalawat selalu.
Sahabat lama yang pernah mu kenali.
January 15th, 2010 at 10:35 am
Harap2 rating Suria naik lagi tahun ni.Apa2pun, masih tak blh lupakan Engku Emran yg telah menaikkan rating stesyen ini tahun demi tahun smpi jadi terkenal ke hari ini.Way to go Suria.
January 15th, 2010 at 5:17 pm
LAIN MACAM JER CKP ABG DJMANSOR NI..MMM RINDU GAK KT ABG HALIM NI…