in

Gambar Finalis Pertandingan Pencarian Bakat Mimpi Ke Bintang

[dropcap]P[/dropcap]ROGRAM pencarian bakat masih relevan hingga ke saat ini. Tidak kira apa saja cabang bakat yang ingin dicari atau diasah, kewujudan program sebegini selalunya mendapat tempat di hati masyarakat. Bukan saja di negara kita, di Barat pun legasi dan hayat program pencarian bakat terus mendapat sambutan.

Merujuk kepada maksud program pencarian bakat itu sendiri menerusi ensiklopedia percuma Wikipedia, ia ditafsir sebagai sebuah acara di mana peserta mempersembahkan bakat serta keupayaan sama ada dalam bidang lakonan, nyanyian, tarian, bermain instrumen atau apa saja aktiviti unik yang memberikan ganjaran istimewa.

Jika di Barat, kehadiran program seperti American Idol, The X Factor, America’s Next Top Model menjadi popular bukan saja di luar negara bahkan di negara kita apabila ia disiarkan di stesen TV tempatan. Di negara kita sendiri berderet program yang sama.

RTM sendiri juga tidak ketinggalan menterjemahkan program seumpama dalam meneruskan kesinambungan mencari bakat baru. Bintang RTM sendiri contohnya sudah banyak melahirkan bakat baru dalam dunia nyanyian seperti Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Saat ini tumpuan beralih pula kepada program Mimpi Ke Bintang. Program secara langsung dengan format uji bakat ala 60 Seconds To Fame ini diterbitkan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan RTM di bawah Program Kerjasama Strategik RTM-JKKN melalui satu program lapangan yang dilaksanakan di enam zon di seluruh negara menerusi Karnival Bakat MyGempak 2012.

’Mimpi ke Bintang’ (MKB) adalah hasil penjenamaan semula program Bakat TV yang dipelopori RTM sejak tahun 70an dan diberikan penjenamaan semula serta diadakan kembali bertujuan mencari bakat dalam pelbagai kategori lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik yang unik dan kebolehan kreatif mencipta sesuatu.

Selain itu, MKB turut mencari bakat dalam kepantasan luar biasa, kebolehan luar biasa anggota tubuh / minda, formasi kreatif, kebolehan meniru bunyi / suara, keberanian luar biasa dan lain-lain yang sesuai untuk tontonan umum. Acara kemuncak MKB bakal berlabuh pada 16 Mac ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri jam 9 malam.

Mengimbas kembali perjalanan MKB, uji bakat disiarkan secara siaran langsung. Peserta yang gagal membuat persembahan yang meyakinkan juri terus tersingkir. MKB membuka ruang berkarya yang lebih luas sebagai pilihan dengan kebenaran menggunakan media baru dalam persembahan, membawa bahan atau membuat klip video promosi sendiri.

Uji bakatnya saja sudah berjaya menarik perhatian hampir 300 penyertaan. Daripada jumlah itu ia dikecilkan menjadi 50 dan seterusnya hanya 9 peserta yang mara ke peringkat akhir. MKB secara tidak langsung berjaya mencetuskan semangat rakyat Malaysia untuk merancakkan idea kreatif mereka.

Kreativiti didorongi daripada sesuatu yang berasaskan bakat, kebolehan yang dirancang secara bersepadu oleh individu atau kumpulan dengan mengambil kira nilai-nilai seni dan budaya tempatan serta penggunaan teknologi. Di Peringkat Uji Bakat pertama hanya 60 saat saja yang menjadi penentu dan percaturan buat peserta untuk ke pusingan seterusnya.

Setelah melalui tiga peringkat suku akhir dan dua peringkat separuh akhir sejak Disember lalu, sembilan peserta telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir iaitu The Siblings Band (Kumpulan adik beradik yang bermain alat muzik secara kreatif) dari Melaka, Nik The Free Styler (Permainan bola sepak gaya bebas) dari Kedah dan Zaini Bayang (Ahli Silap Mata Ilusi) dari Selangor.

Tak ketinggalan ialah Wan Rull Puppet (Boneka dan Lawak Jenaka) dari Sabah, Warisan Persada (Keberanian Luar Biasa-Pijak Kaca) dari Negeri Sembilan, Roku Steps (Kebolehan Tarian Api) dari Selangor, Three F (Kebolehan aksi skipping dan tali gaya bebas) dari Perlis, Aiman Hafiz (Ahli Silap Mata) dari Pulau Pinang dan Nobita Kimi (‘Beat Box’-Kebolehan Pelbagai Gaya Suara) dari Sabah.

MKB sudah mencetuskan fenomena baru dunia penyiaran apabila berjaya mencecah secara purata lebih setengah juta rating setiap kali bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam di TV2 dengan mengetengahkan kedua-dua pengacara mereka Azad Jasmin dan Seri Nabilla.

Selepas melepasi pusingan Separuh Akhir ini edisi khas Dunia Ria Mimpi ke Bintang akan bersiaran sementara menunggu pertandingan pada malam kemuncak. Ganjaran istimewa untuk pemenang hadiah utama MKB diumumkan berjumlah RM 124,000.00. Selain MKB, tiga lagi program di bawah kerjasama strategik RTM-JKKN iaitu Sri Pantun, Lantai Cilik dan My Ekspresi.

Baru-baru ini sidang media yang berlangsung turut mengumumkan pihak penaja yang sudi menyerahkan tajaan berupa minuman rasmi iaitu F&N Fruit Tree, pakaian sukan berjenama Figoes, 30 buah barangan kelengkapan elektrik – Noudi serta penaja penginapan peserta Mimpi ke Bintang & My Ekspressi – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).

Nik Freestyler 2Nik Freestyler

The Siblings Band

The Siblings Band

Aiman hafiz

Aiman Hafiz

Warisan Persada

Warisan Persada

Nobitakimi

Nobitakimi

Zaini Bayang

Zaini Bayang

wanrul puppet

Wanrul Puppet

Rokustep

Rokustep

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BlackBerry Launches the All New BlackBerry Z10 Smartphone in Malaysia

Cabaran Seterusnya Menanti Finalis Da’i